Wednesday, January 18, 2012

*Eh.. eh... Dia dah pandai hisap jari*

Assalamualaikum...

DAH seminggu tak jengah blog. Macam-macam hal berlaku. Semuanya dek kerana si kecik tu asyik meragam. Muntah dan cirit-birit. Tapi lepas tukarkan susu formula Alhamdulillah keadaan dia makin memuaskan. Harap dia ok dan terus ceria macam biasa.


HARI
ni masuk hari ke-3 Thaqif minum susu Isomil. Altenatif selain susu berasaskan susu lembu. Sebelum ni dah empat jenis susu aku cuba bagi pada dia tapi semuanya tak serasi. Muntah dan cirit-birit. Isomil ni berasaskan soya. Tanpa laktosa. Bukan apa, ada sesetengah bayi tak sesuai dengan susu berlaktosa. Itu yang timbul macam-macam alahan. Nak mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, aku nekad bagi dia susu soya walaupun tahu akan ada 'penolakan' nanti.

ANDAIAN aku tepat. Thaqif tak berapa berkenan dengan susu baru tu. Minum pun setakat 2 oz. Biasanya dia akan minum 3 oz. Tapi yang menyenangkan hati bila dia tak muntah dan cirit selepas minum susu tu. Berak sehari sekali je berbanding sebelum ni lebih dari tiga kali dan badan dia menjadi longlai. Siapa tak risau?

OK tinggalkan cerita pasal susu. Sebab aku yakin lambat laun dia akan ok. Cuma sukatan untuk susu tu perlu dikurangkan. Bila dah ok barulah ikut sukatan seperti yang disaran. Bukan apa, susu tu tersangat pekat. Bagi aku tak berapa sesuai untuk Thaqif yang baru nak 'berkenal-kenalan' dengan makanan baru tu.

DISEBALIK kerisauan tu, ada juga perkembangan yang boleh dibanggakan. Tadi masa tengah salinkan pakaian malam, Thaqif menunjukkan skill terbaru. Dia hisap jari! Wah, teruslah aku bukakan sarung tangan dia. Terkial-kial dia nak masukkan ibu jari dalam mulut sendiri. Bijaknya anak mama!

PALING geli-hati bila mata dia sampai juling-juling nak tengok jari sendiri. Mungkin sebab terlalu fokus pada jari sendiri. Tu yang juling! Lama juga aku dan mak perhatikan dia. Kejap masuk dalam mulut. Kejap tersasar ke lubang hidung. Paling haru bila terkucil ke biji mata sendiri. Apa lagi, menangis lah dia. Thaqif... Thaqif...

NAK biarkan dia lama-lama tanpa sarung tangan memang tak berani sebab sebelum ni dah terjadi pelbagai insiden. Habis mata dan pipi dicakarnya. Kalau nak buka pun mesti ada orang yang perhatikan. Dalam usia sekarang, memang dah sampai masa untuk dia explore pancaindera sendiri. Tapi kita perlu mengawasi keadaan. Kalau tak lain jadinya.



*Thaqif dah tunjuk skill nak mengiring. Yeay!*

Sunday, January 8, 2012

*Tok Mak pun hafal lagu InsyaAllah*

Assalamualaikum...

CUACA di Muar hari ni agak redup. Hujan kejap-kejap. Baguslah. Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan apa yang panas. Nak tidur siang pun selesa (bagi yang nak tidur). Antara yang terjebak sama dalam keselesaan cuaca hari ni semestinya Si Teciiiit aku tu. Amboiiii bukan main sodap dia tidur!

KALAU nak ikutkan tatacara tidur siang Muhammad Thaqif ni, memang tak semudah yang disangka. Walaupun tidur dalam buaian, tapi amat susah untuk dia melelapkan mata dalam tempoh singkat. Kadang-kadang dah dekat sejam henjut, mata dia masih celik (kebiasaannya dia akan tahan mata mengantuk tu!). Pendek kata, sejak dia berbuai, tukang buai dia yang cepat tidur, bukannya dia yang duduk dalam buaian tu.


NAK
cepatkan proses melelapkan mata dia tu, aku pun try pasang lagu Maher Zain (InsyaaAllah). Lagu ni memang jadi favourite song masa preggy dulu. Pergi dan balik kerja mesti pasang lagu ni. Kalau nak tidur malam pun sama. Tidak ku sangka pula kegilaan tu terpalit pada Thaqif.

PERTAMA kali pasang lagu tu, dia terus senyap. Padahal sebelum tu dia menangis. Nampak sangat dia tenang bila dia senyap dan senyum-senyum sepanjang lagu tu dimainkan. Nak-nak bila sampai part Maher sebut InsyaAllah... Insyaallah...


SO sekarang, setiap kali dia nak tidur mesti kena dendangkan lagu InsyaAllah. Dalam tidur boleh tersenyum meleret-leret. Hisssh, geram je rasa! Pernah juga cuba matikan lagu tu bila nampak dia dah lena. Malangnya, dia terjaga dan merengek-rengek. Keadaan tu terhenti bila lagu yang sama dipasangkan semula. Ya Rabbi... Thaqif memang minat lagu Insyaallah.

SEKARANG orang dalam rumah ni semua dah hafal lagu Insyaallah. Jangan tak caya, Tok Mak yang dulunya rajin berselawat setiap kali buaikan dia pun dah hafal lagu ni. Menjadi satu kewajipan untuk menghafal lagu ni kalau berniat nak tidurkan dia. Kalau pasangkan lagu Insyaallah tapi si tukang buai duduk sunyi sepi, Thaqif akan pandang muka orang tu dengan satu perasaan pelik. Lepas tu start tendang-tendang kaki. Kononnya nak bagi kita sedarlah yang kita ni membosankan dia. Tu la dia budak zaman sekarang.

MUJURLAH tidur malam dia tak berapa nak perlukan dendangan suara Abang Maher tu. Kalau tak mesti tekanan je makhluk yang tidur sebelah dia tu. Malam dia tak banyak ragam. Jam tujuh dah lena. Setiap empat jam akan bangun menyusu. Pendek kata memang tidur habislah!





*Semoga Thaqif terangsang dengan alunan muzik dan segala lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut menjadi satu nasihat serta doa untuknya. Amin*

*kisah susu sejuk*

Assalamualaikum...

SEMALAM hari tanpa entri. Demam tiba-tiba. Menggigil tengah malam. Sakit satu badan. Syukurlah tak melarat sampai berhari-hari. Bangun pagi tadi dah rasa ok sikit walaupun masih ada saki baki pening dan lenguh sendi.

DISEBABKAN demam, maka semalam tak dapat nak menyusukan Thaqif secara direct. Budak bulat tu terpaksalah minum susu yang dah dipam. Susu pam ni biasalah, lepas pam mesti kena simpan dalam peti ais. Kalau tak nanti basi.

PETANG tadi bagi susu yang sama pada Thaqif. Cuaca panas, jadi cepatlah dia minta susu. Kalau nak ikutkan dia akan menyusu setiap dua jam. Tapi mungkin disebabkan cuaca, tekak dia pun cepatlah haus. Dan bila haus dia tak akan rela menunggu lama. Kalau lambat dapat susu, haruslah menjerit macam kena cubit.

MEMANG
pun dia menjerit-jerit masa tunggu proses memanaskan susu. Proses tu adalah makan masa dalam 15 minit. Bergantung pada suhu air panas yang digunakan. Di sebabkan tangisan Thaqif agak luar biasa kuatnya, maka si mama ni tadi tak sangguplah nak mendengarnya. Susu yang disangka dah hangat terus disumbat masuk dalam mulut si anak. Tangisan berhenti serta merta. Thaqif menikmati susu dengan tenang sehinggalah habis 3 oz. Syukur.

SELANG
dua ke tiga minit selepas minum, dia tiba-tiba menangis memejam-mejam. Eh, cuak juga lah dibuatnya. Aku dengan mak ingatkan dia kepanasan. Bermacam-macam cara kami buat. Tak juga jalan. Akhirnya mak tepuk-tepuk perut dia. Kembung. Perut dia pun agak buncit dan keras. Alahai...

LEPAS sapu minyak telon, dia mula muntah. Bukan muntah meleleh. Tapi menyembur! Oh, sangat takut! Diselang seli dengan kentut yang berdas-das! Adalah dalam 3 kali tukar pampers sebab setiap kali kentut pasti ada 'sesuatu' yang mengikut sama. Tak kisahlah janji dia rasa lega dan selesa.

KUANTITI muntah dan berak Thaqif dalam tempoh setengah jam selepas menyusu tadi memang melebihi 3 oz susu yang dia dah minum. Aku pun susukan dia lagi. Kesian tengok anak aku. Berpeluh-peluh. Tapi keadaannya nampak tenang dan selesa berbanding sebelumnya. Habis menyusu dia pun tidur.

TENGOK anak dah tidur, aku pun kutip semua baju kotor termasuk botol susu yang dah digunakan. Berderau darah bila pegang botol susu tadi. Sejuk! Maknanya susu yang aku hangatkan tadi tak hangat sepenuhnya! Hanya hangat pada bahagian bawah. Kenapalah aku cuai sangat? Nasib Thaqif tak apa-apa. Maafkan mama sayang...



*Bila tengok Thaqif tidur sambil kedua-dua tangan terangkat ke atas (gaya orang tengah azan), rasa lega. Itu tandanya dia berada dalam zon selesa dan relaks!

Friday, January 6, 2012

*kopi abah buat mata terang*

Assalamualaikum.

SAMBUNG balik lah update blog. Baru kejap tadi bagi susu pada Thaqif. Dia pun dah tidur. Nasib baiklah lepas habis susu dia terus terlelap walaupun tadi memang dah nampak tanda-tanda nak celik lama. Senyum-senyum. Buat muka yang buat orang rasa geram nak cium je. Tapi selepas beberapa minit, mata anak teruna saya tu dah layu. Syukur.

LEPAS tu terima call dari seorang kawan. Baru balik kerja katanya. Nak masuk rumah TIBA-TIBA terperasan ada satu objek yang dikatakan menyerupai kucing. Elok duduk depan pintu rumah dia. Peliknya kucing tu macam patah leher. Terlentok-lentok. Kaki macam tak ada isi (ni berdasarkan cerita si kawan tadi lah). Ekor pun sama, kering kat bahagian hujung. Pelik.

BILA nampak objek macam tu, tambah pulak tengah malam, lepas tu teringat pulak malam ni malam Jumaat, lagi lah meremang bulu roma kot. Aku suruh dia pergi tengok dekat-dekat. Mungkin betul kucing. Kalau betul, alihkan aje. Kesian kucing tu mungkin sakit atau tercedera. Dan kawan tu tadi pun ambil keputusan untuk letak telefon dan berjanji akan call semula. Harap dia ok dan selamat masuk ke dalam rumah.

HISH, pukul berapa dah ni? Tapi mata ni memang sangat cergas. Langsung tak mengantuk. Apa pun, memang kena paksa tidur juga sebab esok ada 'tugasan' yang wajib diselesaikan. Kalau tak memang tersenggut-senggut! Dengan ini...




SELAMAT MALAM SEMUA!