Friday, January 6, 2012

*kopi abah buat mata terang*

Assalamualaikum.

SAMBUNG balik lah update blog. Baru kejap tadi bagi susu pada Thaqif. Dia pun dah tidur. Nasib baiklah lepas habis susu dia terus terlelap walaupun tadi memang dah nampak tanda-tanda nak celik lama. Senyum-senyum. Buat muka yang buat orang rasa geram nak cium je. Tapi selepas beberapa minit, mata anak teruna saya tu dah layu. Syukur.

LEPAS tu terima call dari seorang kawan. Baru balik kerja katanya. Nak masuk rumah TIBA-TIBA terperasan ada satu objek yang dikatakan menyerupai kucing. Elok duduk depan pintu rumah dia. Peliknya kucing tu macam patah leher. Terlentok-lentok. Kaki macam tak ada isi (ni berdasarkan cerita si kawan tadi lah). Ekor pun sama, kering kat bahagian hujung. Pelik.

BILA nampak objek macam tu, tambah pulak tengah malam, lepas tu teringat pulak malam ni malam Jumaat, lagi lah meremang bulu roma kot. Aku suruh dia pergi tengok dekat-dekat. Mungkin betul kucing. Kalau betul, alihkan aje. Kesian kucing tu mungkin sakit atau tercedera. Dan kawan tu tadi pun ambil keputusan untuk letak telefon dan berjanji akan call semula. Harap dia ok dan selamat masuk ke dalam rumah.

HISH, pukul berapa dah ni? Tapi mata ni memang sangat cergas. Langsung tak mengantuk. Apa pun, memang kena paksa tidur juga sebab esok ada 'tugasan' yang wajib diselesaikan. Kalau tak memang tersenggut-senggut! Dengan ini...




SELAMAT MALAM SEMUA!

No comments:

Post a Comment