Monday, July 26, 2010

Assalamualaikum...

AGAK lama aku tak jengah blog ni. Tiba2 rasa rindu. Mulanya memang malas nak on laptop. Tapi memikirkan sepanjang petang tadi tak ada apa yang boleh aku buat, maka dengan itu terpaksalah berkawan dengan 'teman baik' aku ni. Terima kasih sayang~

PEJAM celik pejam celik hari ni dah pun masuk Isnin. Eh, semalam Ahadkan? Wah, macam tak caya je aku baru aje jumpa Sha, Fana dan Rayyan (Maaf mama Fana, aku tak tau ejaan nama si kecik ni betul ke tak). Lebih kurang setahun jugak aku tak jumpa Sha. Fana? Em..sejak habis degree 2007, hah, kira la sendiri. Tapi tak banyak bezakan diorang ni. Hehehehehe..

FANA, dah bergelar ibu. Lupa. Masa dia kahwin tahun lepas, aku ada datang!! Lupa lah Fana. Bertemankan Ikin dan Helmi. Masa tu jumpa Sha dan Moon. Kalau tak kerana kenduri Fana, rasanya susah la kami nak jumpa. Biasalah, aku bukan duduk Lembah Klang macam dulu.

MELIHAT Rayyan, rasa macam mimpi pulak! Dia sangat ligat ok! Baru masuk enam bulan tapi begitu lasak. Sian Fana. Tapi tak apa sebab Fana dah biasa dengan budak kecik. Pengalaman menguruskan adik2. Yesss, caya la Fana! Masa aku dan Sha sampai rumah, Fana tengah mandikan Rayyan. Erk..Dalam pandangan aku, bukan Fana tengah mandikan anak dia, tapi mandikan Rosli! Wahahahahahaha....Rosli tu papa Rayyan. Kagum. Rayyan sangat menyerupai bapaknya!

RAYYAN sangat ligat! Lepas je mandi, dia dah mulakan aktiviti. Fana cool je melayan anak dia. Disebabkan aku ni berhajat nak makan A&W, maka terpaksalah mereka ikutkan rentak aku. Terima kasihlah korang. Termakbul keinginan aku. Rayyan? Mestilah sangat happy. Peramah macam omaknya jugak! Tapi dalam bising2, sempat dia lelapkan mata dalam masa tak sampai 20 minit. Huaaaaaa....untungnya jadik budak kecik. Ngantuk je, bantal ada di mana2. Fana, lepas ni kalau aku teringin, harap kau sudilah meminjamkan 'bantal' empuk itu ok? Hehehehehe..

DISEBABKAN masing2 terikat dengan masa, perjumpaan kami tak lah sampai berjam2. Tak sempat jugak nak bergambar gedikss dengan si kecik tu. Apa pun, sempat jugak aku menimba ilmu dari Fana. Hahahahaha....Ilmu???

TAK ADA apalah. Cuma Fana share pengalaman dia bersalin. Wow! Aku sangat teruja dan takut. Apa pun, bak kata Fana, semua yang berlaku bergantung pada rezeki masing2. Pokoknya (huh, dah macam Indon) hati dan semangat kena kuat dan kental. Sebab kekuatan kita adalah nyawa untuk anak yang bakal lahir tu.

HMMMM....Aku bukanlah seorang ibu. Aku tak layak untuk bercerita lebih pasal mengandung, bersalin dan membesarkan anak2. Tapi selama bergaul dengan kawan2 yang kebanyakkannya dah melalui saat manis tu, banyak jugak cerita yang aku dah dengar. Kalau persepuluh, lapan daripadanya adalah cerita yang mampu mengubah ekspresi muka aku ni hah. Mungkin ngeri. Mungkin takut. Ah, biarkan. Sebab aku tak akan dapat mendalami perasaan si ibu selagi tak melaluinya sendiri. Ewah!

Tuesday, July 13, 2010

* i miss u *

Assalamualaikum...

RASA nak berderai air mata bila baca entri blog Kak Mery. Entah kebetulan atau apa, memang sejak minggu lepas aku bercadang nak buat entri mengenai Geng Pak Samad. Ingin juga aku kongsikan rasa lara dalam hati. Nak jugak berkongsi rasa rindu yang terpendam. Haiiiihhhh.....RINDUNYA!!!!

BETUL cakap Kak Mery, andai kata dapat berkumpul sekejap, rasanya dah cukup untuk kami ber'huha'. Mengembalikan zaman kekecohan ketika duduk bergumpal dalam satu rumah. Syokkan? Kak Wa, ingat tak Nell masak Meggi campur cili padi, menusuk masuk hidung. Korang ingat tak kita penuhkan Matriks Yan untuk pergi kelas? Masa tu HotFM baru nak bertapak. Kita gila dengar lagu tema Nescafe?? Ingat?

BERCERITA pulak masa di fakulti. Kita sekelas. "Pintek". Can u remember it guys? Kalau En Norsham panggil salah seorang dari kita, pasti tujuh2 akan datang sama, bersesak2 dalam bilik sempit milik Ketua Program Kewartawanan tu. Dah tu, kalau seminit dua kita semua berborak tak apa, tapi makan berjam2. Itulah kita..Ya Allah....Kalau boleh ulang balik masa tu, alangkah bahagianya!

KENANGAN 'Sehari Bersama Wartawan' paling best dan manis. Masing2 dengan senior wartawan daripada media yang berbeza. Aku paling ingat wartawan yang aku ikut dulu. daripada agensi BERNAMA. Sangat sempoi. Kalau korang ke sana dan ke sini dengan kereta, aku ni dah macam abang-adik. Naik bas. Dengan keadaan dia yang layan tak layan je. Tapi Al-Hamdulillah...semuanya selamat dan kita berjaya laluinya kan?

YA ALLAH ya tuhan ku...Terasa bergetar jari ni nak taip semua kenangan kita yang berdesup masuk dalam kepala ni. Banyak. Terlalu banyak. Tak termuat kalau aku nak ceritakan dalam entri ni.

AKU tak mampu nak flash-back. Sungguh!




*THE GREAT 7...Donna, aku ingat gelaran yang kau beri pada Geng Pak Samad...Aku harap kita semua berjaya.
*KAK MERY..Apa pun yang akak buat, apa pun yang akak lalui, semuanya ada doa kami. Kekuatan kita ada pada diri masing2. Antara sedar dengan tak. Jadi, tabahkan hati k.
*YAN..Aku bangga setiap kali buka KOSMO! nampak by-line kau. Walaupun aku tak mampu nak teruskan langkah dalam bidang kewartawanan, tapi aku tumpang bangga sebab salah seorang kawan aku sedang meniti kemuncak kerjaya. Great!
*NELL..Kau tetap kebanggaan aku. Dulu kita sama2 menjadi skuad. Maaf aku terpaksa undur diri. Kau teruskan langkah. Cipta nama dan kumpul pengalaman.
*KAK WA.. Lama tak jumpa. Seronok sangat bila tahu akak sambung Master. Yeaaah! Semoga selamat lahirkan anak buah kami!
*ZIRA..Ibarat ikon kami. Kamus bergerak kami. Library kami. Thanks!
*DONA..Si gila2. Tak sangka akhirnya kau pilih kerjaya sebagai guru. Terbaik!!


WALAU kita berada di tempat yang berbeza, tapi kita semua ada satu persamaan yang dah dianugerahkan. KITA PENULIS. Misssss u babe!!

Wednesday, July 7, 2010

* ubat rindu *

Assalamualaikum..
Salam semua!!

HUJAN pulak petang ni. Niat nak tidur lepas balik kerja, tapi bunyi petir yang macam nak menembak seseorang buat aku patah hati. Tak mahu tidurlah sebab nanti malam payah pulak nak lelap mata. Syukur sebab My Besties dah baik sakit. Risau pulak dengar dia tanggung sakit seorang diri kat sana. Lain lah kalau dulu........

ENTRI kali ni bukanlah mengenai peristiwa hari ini. Tapi berlaku sekitar Sabtu dan Ahad lepas. Sejak Jumaat, Abang Manaf masuk wad. Jadi sepanjang Sabtu dan Ahad aku habiskan masa di hospital bersama Kak Ain dan anak2 buah, Syafika juga si kecik Syadiyah. Bukan mudah nak dekati Diah (Nama manja Syadiyah).

MACAM-MACAM umpan untuk ambil hati dia. Perlu. Sebab aku perlu jaga dia bila Kak Ain masuk melawat abang. Puas pujuk Diah. Tapi dia kekal dengan sikap 'jual mahal' dan 'mengeras'. Kadang2 dia ok. Tapi bila ada si kakak Ika tu lah. Bila Ika tak ikut, ha, masalah. Dia memang tak mahu berenggang daripada mama dia.

MULA-MULA Diah tak mahu ambil kisah dengan apa yang aku buat. Dia tetap dengan dunia dia. Hanya mata yang berkomunikasi. Tapi aku lagi suka nak sakat dia. Lagi galak aku kacau, lagi kuat dia mengeras. Diah..Diah..

APA pun hujung minggu lepas kami habiskan masa sama2. Sekurang2nya aku rasa dekat dengan seseorang. Haiiisssyhhhhh...



*Diah jeling-jeling Mak Uda*


*Haaa...Diah dah ok sikit*


*Diah da senyum*


*Main panjat tiang sambil nyanyi2*

Masa ni aku saja cakap kat dia, "Diah, tengok Mak Uda lebih tinggi dari Diah". Tup2 dia terus panjat tiang. Konon tak mahu kalah dengan apa yang aku cakap tadi.


*Yesssss....dia dah semakin ok*


*Nyanyi Diah..Jom nyanyi*

"Mak Uda dengar ni... A B C D E F G H1N1 selsema babi". Aiseyyy...siapa yang ajar ni Diah?


*KAMI*


*Jom makan!!Berseri2 muka Ika. Hehehehe*


*Laparnya...*


*Fav-pose Diah*


*Aktiviti lepas makan*

Ika pun tak mau lepas peluang.



*Uiii...kecut perut aku tgk Diah melompat2 camni*

Ika masih mencuba. Teruskan usaha ye!


*Yeaaaaahhhhhhhh*


*Main puas2 ye*


*Uiii....ligat*


*Try naik kuda pulak*


*Hah, si kakak2 pun tak mahu lepas peluang.Patah oiiiii*


*Termenung jauh*



*Hah, jeling*

Ni hari kedua without Ika. Hampir sejam setengah Diah keras kat tiang, tak hirau apa pun yang aku cakap...Huaaaaaaaa Diah boikot Mak Uda!!



*Hehehehehe...apa pun reaksi Diah, aku tetap rindu nak jumpa dia. Terima kasih Diah. Temankan Mak Uda hujung minggu lepas. *

Tuesday, July 6, 2010

* bye2..JB *

Assalamualaikum..

DULU masa kecik2, aku selalu dengar cikgu2 sebut ayat ni 'setiap pertemuan, pasti ada perpisahan' setiap kali salam dan peluk cikgu lain yang nak bersara. Dah tu, bila aku besar sikit, aku pulak guna ayat yang sama. Rasa macam cukup bagus setiap kali gunakan ayat tu. Pendek kata, ikhlas benar kalau di dengar orang.

BERTEMU dan berpisah. Sesuatu yang agak kontra. Tapi antara suka dengan tak, setiap kita pasti akan melaluinya. Seperti juga orang lain, aku sendiri kalau boleh TAK NAK lalui saat tu. Benci sangat! Apa pun, hakikat tetap hakikat. Siapalah kita nak melawan takdir Yang Maha Esa..Alahai, dah macam ayat Ramli Sarip pulak...!

TAKDIR. Ye memang dah ditakdirkan tahun ni Blood Bank banyak menerima dan melepaskan staf, termasuklah Kak Liana. Dia ni bercita2 besar walaupun tingginya sama2 dengan aku je *heheheheheheheheheheheh*. Isnin lepas kami buat sedikit majlis untuk dia sebelum dia meninggalkan Blood Bank, HSAJB dan tanah Kulai untuk sambung belajar di Sungai Buloh *tempat tak berapa hebat kak. JB lagi hebat*

AKU tak mahu cerita panjang sebab otak masih penat dan letih. Tak mampu nak gunakan ayat sebaik mungkin. Nampak macam huru-hara dan menjengkilkan aje! Meh kita layan gambar2 yang AKAN MENCERITAKAN SESUATU.


*Macam biasa, ambik mood*



*Alahaiiii...menitik air mata mak kat kg kalau tengok ko mcm ni kak*


*Lauk pauk. Ada kambing yang tak tahan tu. EMMMMMMBEEEEKKKKK*



*Kambing...Errrr...*


*Lagi..*


*Lagii..*


*Laaaaagiiii...*


*Ni mak Su buat. Sangat sedap*


*Kuih ni pun..Tapi pisang tu bukanla. Tu ciptaan Tuhan*


*Air ni satu pakej dengan beriani*


*Beriani a.k.a nasi minyak...Mengimbau kenangan*

Ok..Sekarang kita mulakan cerita. Sila buka mata lebar2 dan besar2..


*Eleh, pura2 sibuk la tu*


*Assalamualaikum...mintak tolong tepiii sikit. Hehehehehehe*


*Mohon berkat. Terima kasih Ustaz Adnan*


*Errr...NO KOMEN*


*Mula2 awan berarak diselangi dengan angin sepoi2
bahasa*



*Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib ada payung*


*Tapi payung pun tak boleh pakai. Bocor*


*Ok2...Jangan hujan2 lagi yek*


*Ikhlas daripada kami kak*


*Makan time!*


*Ole2 untuk yang berpuasa*



HABIS..



*Semoga apa yang baik, menjadi kenangan untuk kau kat sana nanti ye. All the best sista!*

Monday, July 5, 2010

* kerahsiaan *

Assalamualaikum...
Salam Selamat Malam...



SEBENARNYA ada cerita nak dikongsi. Tapi letih sangat sampai jadi malas nak berfikir. Esok mobile di UTHM Batu Pahat. Hebat dan sangat mengujakan sebab kena ada dekat Blood Bank jam 630am..Best kan? Hehehehehehe...

SEBENARNYA esok aku harap dapat jumpa Syadiyah. Budak kecik tu betul2 buat aku 'geram' dengan 'kekerekan' dia. Rasanya usaha aku kena tambah lagi untuk ambil hati si kecik tu. Tak pe Diyah, Mak Uda nak culik Diyah!

SEBENARNYA jugak, aku dah ngantuk. Nanti la esok sambung apa yang patut. Tapi bergantung kepada masa tiba di JB.. Harap2 collection meletup esok..Kalau tak sia2 je datang Batu Pahat.

Sunday, July 4, 2010

* bujang kembali *

Assalamualaikum....
Salam Hujung Minggu...!


HAI, teruja pulak nak menaip. Maklumlah, perut dah kenyang *terima kasih McD*. Ni semua gara2 Sha, dia yang sebut2 pasal McD semalam, jadi celik je mata memang otak aku dah set nak makan benda tu hari ni. Ok tak apalah, janji perut dah tak kosong. Otak pun dah tak bengong. Hehehehehe..

JAM lapan malam semalam, bertempat di Danga City Mall, staf Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB menggedik untuk adakan perlawanan bowling. Ni bukan lawan suka2. Tapi Dr Zana *our bosssss* siap sediakan hadiah. Hah, pening kepala tengok hadiah yang siap dengan kategori. Sungguh psycho!

GEMBIRA tu memang lah. Walaupun main tak sehebat mana, tapi masing2 tak mahu kalah nak tunjukkan skill yang ada. Yang kononnya dah 20 tahun tak main pun tak kurang hebatnya. Bola bowling dijunjungnya atas kepala. Tak kira pulak pasal mereka yang kata tak pernah main langsung. Hah, sekalai hayun, ala2 berus baju dan giling cili gitu..*syabas Kak Ella*. Ada pulak yang dapat skill berkat bawa kereta manual. Skill tukar gear namanya *hebat kau Kak Liana*

MENANG kalah jatuh nombor 3. Yang penting enjoy. Bukan senang nak tengok semua warga Blood Bank turun dengan anak bini *kecuali aku la yang kekal solo*. Walaupun ada yang tak main, tapi kehadiran mereka dengan suami/isteri dan anak2 memeriahkan suasana *ni bukan ayat bodek tapi berdasarkan pemerhatian*

LAST sekali, lepas semua hadiah diserahkan ke tangan yang berhak, sesi bergambar2 menjadi penamat cerita. Haruslah bergambarkan. Kalau tak, Facebook tak ada fungsi. Kekekekekekeke~ Oh, lupe. SELAMAT HARI JADI Kak Liana! Semoga nyanyian koir kami di sana semalam tersemat dalam ingatan sampai bila2.

Jom layan pix yang tak berapa nak clear ni...


*amik mood. Kot2 boleh bawa balik Piala Berpusing ni*


*Dah lama tak main..test bola no 13. hehehehe....*


*AZ & Kak Liza..boleh menang ke? hehehehehehe*


*Sesi mengira markah*


*Muka pura2 gembira. Sebenarnya takut kalau2 dpt Juara Longkang. Kan??*


*Yelaaaa...layankan mood gembira ni ok*


*Khalish dan Kak Zura*


*Anak2 muda bergembira*


*Sesi nak umum pemenang. DupdapDupdap*


*Masih menunggu*


*Juara Longkang. Ingat senang nak score?*


*Yeaaah..ada pertambahan ahli lagi*


*Muka tak caya dapat Naib Juara*


*Oh Tuhan, betulkah?*


*Ini bukan mimpi, tapi realiti. TENGOK!*


*Merekalah JUARA. Tahniah!*


*Last posing sebelum balik*


*Inilah dia*