Monday, September 27, 2010

* Kau Ilhamku *

*DUA*

WAJAH Yana dan Azlin dipandang silih berganti. Naemaa tak tahu nak mula bercakap tentang apa. Lidahnya kelu. Tak macam kebiasaannya, dia akan mula bercerita tanpa henti. Sering kali cerita yang keluar mengundang tawa rakan yang mendengar. Pendek kata, Naemaa bijak memulakan perbualan. Sikap itu yang disenangi kenalannya. Tak hairan kalau dia ramai kawan.

“Naem assignment kat mana tadi?” Soal Azlin lembut. Dah lama benar dia tak jumpa Azlin. Sejak rakannya itu pulang belajar dari Amerika Syarikat, tak pernah sekali mereka bertemu. Hanya berhubung melalui Facebook. Ya, laman sosial yang semakin popular di kalangan masyarakat dunia.

Azlin gadis bijak. Sewaktu di peringkat diploma mahupun ijazah, tak pernah sekali pointer di bawah 3.5. Tak hairan dia berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Master di luar negara. Naemaa bangga mengenali Azlin. Sikapnya yang sederhana begitu menyenangkan semua. Walaupun datang daripada keluarga kaya, tapi Azlin langsung tak pernah meninggi diri dengan apa yang dia ada.

Yana pula rakan yang happy go lucky. Ada saja idea spontan daripadanya setiap kali berjumpa. Walaupun jarang bersua muka, Yana antara rakan yang sering bertanya khabar Naemaa. Malah mereka sering berkongsi berita. Maklumla, masing-masing bekerja di surat khabar berbeza. Agak senang untuk bertukar idea.

“Tadi ada kes jenayah. Tengah tunggu gambar suspek je ni,” balas Naemaa sambil mencapai gelas milo panasnya sebelum bibirnya menghirup perlahan-lahan air kegemarannya itu.

“Eh kau da tukar desk ke Naem? Dulu bukan rencana ? Wah, sekarang dah mantap. Meletop gitu.” Yana tersenyum memandang Naemaa. Namun Naemaa hanya bersahaja.

“Dua-dua aku buat. Rencana ikut turn. Jenayah kalau ada, aku kenalah cover.” Balas Naemaa pendek. Dia memang tak suka bercerita panjang mengenai ruang tugasnya di akhbar itu. Yana hanya mengangguk tanda faham. Azlin pun begitu.

“Yana tadi ada assignment dengan Datuk Siti. Makin cantik dia Naem. Geramnya tengok kulit dia.Ya Allah cantik sangat tau!” Kali ini Yana bersuara sambil melakukan bahasa tubuh yang menggelikan hati. Naemaa tahu Yana begitu obses dengan Penyanyi Nombor Satu Negara itu sejak mereka belajar lagi. Sehinggakan telah berkerjaya, Yana masih mengagungkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

“Pasal apa tadi Yana? Produk terbaru dia ke album baru?” Soal Azlin yang agak tertarik dengan cerita Yana. Naemaa diam memandang gelagat keduanya. Hatinya sedikit terhibur melihat telatah Yana yang selamba.

“Hmm pasal ‘Simply Siti’ dia tu la Leen. Tapi mahal la. Yana ingat nak cuba tapi takut tak sesuai dengan kulit I la,” balas Yana berseloroh. Azlin ketawa kecil. Naemaa pun tahu serba sedikit mengenai produk kecanitkan milik penyanyi itu. Tapi disebabkan dia bukanlah jenis yang taksub kepada kecantikan, maka apa yang berkaitan mengenainya hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yana dan Azlin tahu sikap Naemaa yang satu itu. Begitu juga Qaleeda.

“Kak Siti macam mana sekarang? Masih kat Muar ke?” Naemaa tiba-tiba teringatkan Siti Mariah rakannya yang betugas sebagai Pegawai Penerangan di Hospital Muar. Tahun lepas dia keguguran. Ketika itu usia kandungan mencecah lima bulan. Walaupun Naema belum pernah bergelar ibu, tapi dia pasti perasaan yang ditanggung Kak Siti serta suaminya, Abang Rodi.

Yana membetulkan posisinya. Tubuhnya agak ke depan berbanding tadi yang sedikit bersandar di kerusi. Begitu juga dengan wajahnya. Daripada ceria kepada suram.

“Yana ada call dia kelmarin. Kak Siti masih kat Muar. Kesian dia kan? Jauh daripada suami,” terang Yana perlahan. Azlin hanya mengangguk perlahan. Naemaa hanya diam memandang Yana.

“Leen lagi dah lama tak jumpa dia. Sejak balik ke sini tak pernah langsung kita buat gathering party kan? Yana plan la something. Boleh jumpa kawan-kawan. Rindunya kat budak Journalism!” Bersemangat Azlin menuturkan kata-katanya. Riak wajah Yana kembali ceria. Namun Naemaa langsung tidak memberi reaksi.

“Naem nanti kita buat gathering nak? Kita ni nama je duduk KL, tapi lepas habis belajar, semua buat hal masing-masing. Nak-nak kau Naem, sibuk memanjang.” Kali ini Yana serius. Sambil bercakap dia memegang tangan Naemaa yang duduk di hadapannya itu. Yana benar-benar berhajat untuk membuat majlis perjumpaan untuk kawan-kawan lama mereka. Dapatlah dia berjumpa dengan geng mereka yang digelar ‘Geng Pak Samad’.

Nama itu muncul secara tak sengaja sewaktu mereka bertujuh menyewa di rumah milik Encik Samad di Seksyen 7, Shah Alam. Ketika itu mereka berada dalam semester empat Ijazah Kewartawanan di UiTM Shah Alam. Yana, Naemaa, Qaleeda, Kak Siti, Azleen, Nor dan Kak As. Hubungan mereka akrab walaupun kadang-kala ada sedikit pertengkaran. Namun semua itu tak pernah memisahkan mereka.

“Insyaallah”. Ringkas benar jawapan Naemaa. Dia mencapai gelas, menghabiskan sisa minumannya. Walaupun kedua temannya itu tampak bersemangat, namun tidak bagi dirinya. Kalau boleh dia tak mahu berjumpa dengan rakan sekelasnya dalam waktu terdekat ini. Semua itu akan mengembalikan kenangan dia bersama Qaleeda. Naemaa bimbang benar perasaannya gagal dikawal nanti.

“Ok nanti kita confirm semula ye?” Azlin cuba menarik perhatian Naemaa semula yang padanya tampak muram tiba-tiba. Yana hanya diam. Agak lama Naema membisu. Dadanya sebak. Mahu saja dia cepat-cepat beredar dari situ. Namun apa pula anggapan Yana dan Azlin nanti?

Selepas menghabiskan minuman masing-masing, mereka kemudian mengambil keputusan untuk pulang. Tak banyak yang mereka bualkan. Kalau nak diikutkan, banyak topik yang ingin Yana dan Azlin bualkan bersama Naemaa. Tapi keadaan Naemaa seakan tidak berminat untuk berborak panjang seperti selalunya. Malah, tubuh putih gempal Naemaa semakin susut. Mukanya juga cengkung. Wajahnya sayu, tak seceria dulu. Yana faham apa yang ditanggung Naemaa. Tujuannya mengajak Azlin dan Naemaa keluar minum hanya untuk mengurangkan rasa sedih Naemaa. Tapi ternyata dia gagal. Rasa sedih Naemaa masih tebal walaupun sudah lebih sebulan Qaleeda meninggalkan mereka.

Tuesday, September 21, 2010

*Kau Ilhamku*

Selepas selesai solat, Naemaa duduk di hujung katil. Rasa kesal mula menyelinap masuk ke dalam hatinya. Sepanjang minggu lepas dia langsung tak hiraukan perkara yang wajib itu. Lima waktu dibiarkan berlalu tanpa rasa bersalah. Dia hanya melayan perasaannya yang ketika itu hanyut entah ke mana. Naemaa kesal kini. Sesungguhnya dia manusia yang masih belum sempurna. Jiwanya masih belum kuat untuk melawan hasutan syaitan.

“Ya Allah, berdosanya aku”. Hatinya sayu. Terasa malu pada tuhan tatkala menadah tangan berdoa sebentar tadi. Teresak-esak dia menangis. Setiap butir yang diucapkan keluar secara spontan. Naemaa tak mengarangnya. Apa yang diucap datang dari hatinya yang dirundung kesedihan tak terperi. Agak lama dia duduk bersimpuh di atas sejadah. Kakinya mula terasa kebas. Naemaa bukan boleh duduk lama-lama begitu. Mudah saja sakitnya datang.

“Boleh tak kau lunjurkan kaki ni?” Suara Qaleeda agak keras. Dia marah dengan tindakan Naemaa yang membengkokkan kakinya dek kerana geli diurut. Tapi Naemaa langsung tak takut, malah dia hanya ketawa sampai merah muka.

“Aku geli la!” Jeritnya. Tapi selepas itu dia menghulur kembali kaki yang sakit itu ke peha Qaleeda. Wajah temannya itu masih mencuka. Naemaa tahu Qaleeda marah. Tapi dia tak ambil kisah sebab sikap Qaleeda memang begitu. Marahnya tak lama. Cuma kena tahan telinga sebab bebelan demi bebelan akan keluar daripada mulut Qaleeda.

Rajuk dan marah Qaleeda reda bila Naemaa melawak. Akhirnya mereka akan ketawa terbahak-bahak. Penat bercerita, masing-masing tidur. Sebantal dan sekatil. Memang ada yang curiga tapi bagi mereka, semua itu bukan perkara ganjil. Keakraban persahabatan mengatasi segalanya.

Naemaa cuba membetulkan pembaringannya. Siling yang kosong ditenung lama. Matanya masih tak mahu lelap. Lantas dia bangun mencapai kamera. Jarinya ligat menekan butang ‘play’. Gambar muncul satu persatu di atas skrin. Sesekali Naemaa tersenyum. Sesekali wajahnya bagai tak berperasaan dan kali ini air mukanya bertukar suram. Wajah Qaleeda terpampang pada skrin. Senyuman Qaleeda benar-benar ikhlas ketika itu. Menerima hadiah harijadi daripada Naemaa sempena ulang tahunnya yang ke-19. Sambutan mengejut yang serba sederhana dirancang Naemaa dan beberapa rakan kolej kediaman yang duduk di aras sama. Nama kolej itu pun Naemaa tak lupa. Kolej Teratai 3.

Kek untuk Qaleeda dibeli atas bantuan rakan Naemaa yang tinggal di luar kolej. Ketika hendak keluar mengambil kek, Naemaa sengaja mengunci pintu bilik. Takut benar dia kalau-kalau Qaleeda keluar dari situ. Mujur ketika itu Qaleeda sedang leka mengulang kaji. Tak perasan dirinya ‘dikurung’. Suasana di bilik bertukar meriah bila mereka meluru masuk sambil menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ untuk Qaleeda.

Nyata Qaleeda terkejut. Namun Naemaa tahu temannya itu gembira. Naemaa ingat lagi bagaimana bersusah payah dia ke Plaza Alam Sentral (PAS) sendirian mencari hadiah untuk Qaleeda. Nak beli yang mahal-mahal, dia tak mampu. Duit biasiswa yang diterima cukup-cukup untuk belanja satu semester. Dia kena berjimat. Akhirnya, cawan kaca berlukiskan kartun Mickey dan Minnie menjadi pilihan. Melodi ‘Happy Birthday’ kedengaran setiap kali cawan diangkat. Itu yang memikat Naemaa.

Tapi Naemaa agak kesal sebab dalam riuh rendah menyambut hari kelahiran itu, hadiah untu Qaleeda itu terlepas jatuh ke lantai. Hanya Naemaa tahu apa isi hadiah itu. Dia bimbang kalau cawan itu pecah. Tentu Qaleeda rasa tak gembira. Tapi syukur ia masih elok. Muzik pun masih ada.

Tak sangka rakan lain turut berkongsi sesama sendiri membeli hadiah hari jadi untuk Qaleeda. Selain cawan daripada Naemaa, ada tiga empat hadiah lagi yang Qaleeda terima. Malam tu aktiviti ulang kaji bertukar kepada sesi kejar mengejar sesama mereka. Kek hari jadi dipalit ke muka sesiapa sahaja. Lintang pukang Qaleeda lari menyelematkan diri sehingga memaksa dia menyorok di dalam bilik teman lain. Kasihan Qaleeda.

Naemaa menyeka air matanya yang berlinang. Suasana malam yang sunyi menambah lagi duka kesedihannya. Dia rindukan temannya Qaleeda. Kalau dulu, bila teringatkan Qaleeda, dia akan hantar khidmat pesanan ringkas (sms). Walaupun ada yang tak berbalas, tapi Naemaa tahu Qaleeda menerima dan membacanya. Tapi kini, kalau hantar sms, tak akan ada yang menerima apatah lagi membacanya. Naemaa sebak. Sebak mengenangkan bagaimana keadaannya menempuh hari mendatang tanpa Qaleeda.

Naemaa tak tahu pukul berapa dia melelapkan mata. Terlalu banyak kenangan yang dikenang malam tadi. Bateri kemera pun terpaksa di cas sebaik bangun pagi. Semuanya gara-gara asyik mengulang tengok gambar-gambar ketika bergelar pelajar dulu. Tapi Naemaa tak kisah. Baginya, itu sahaja cara untuk melepas rindu. Rindu pada Qaleeda.

Friday, September 10, 2010

* Kau Ilhamku *

HUJUNG minggu Neamaa kembali sibuk. Ada saja tempat yang perlu dituju. Kembali ke pejabat, otaknya mula ligat berfikir tentang apa yang terbaik untuk ditulis di dalam karangannya nanti. Bukan satu tugas mudah bagi mereka yang tiada latar belakang berkaitan penulisan. Naemaa bersyukur kerana ilmu yang diperoleh daripada universiti serta latihan praktikal di beberapa industri media mampu menjadikan dia seperti mana hari ini.

Saat paling krtikal dan menyeksakan bila nak mulakan lead iaitu bahagian terawal di dalam berita yang mengandungi 5W+1H (What, when, where, why, who, how). Ah, bukan saja Naema, tapi hampir semua rakan setugasnya kadang-kala berhadapan dengan situasi sama. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan, tetapi jika lead gagal dibentuk, bahagian isi lain juga tak mampu berkembang dengan baik.

Walaupun nampak remeh dan hanya memerlukan setakat tiga empat ayat, namun untuk mengembangkan lead, masa yang diambil kadang-kala boleh mencecah hingga berjam-jam. Apa tidaknya, lead diibaratkan ringkasan bagi keseluruhan berita berkenaan. Ya, masih terngiang-ngiang suara pensyarahnya, Puan Siti Zabedah yang menerangkan mengenai perkara itu. Ada ketika kenangan itu mampu membuat Naemaa tersenyum sendiri.

Yes siap!” Naemaa berdiri sambil mencekak pinggang. Ruang ofisnya lengang. Dari kejauhan Naemaa hanya nampak kepala beberapa rakan lain di sebalik skrin komputer masing-masing. Mereka itulah yang senasib dengan Naemaa. Bertugas di hujung minggu. Apa yang membezakan mereka ialah jenis berita yang perlu disiapkan. Naemaa bersyukur kerana hari ini dia tak perlu berkejar ke tiga atau empat lokasi berbeza untuk memenuhi undangan sekaligus membuat liputan seperti kebiasaannya.

Langkah kakinya tiba-tiba terhenti. Telefon yang berbunyi dari dalam beg tangan segera dicari. Nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefon dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Naemaa masih belum ada kekuatan untuk menjawab dan berbual dengan si pemanggil. Tiga panggilan sama dibiarkan begitu sahaja. Enjin kereta segera dihidupkan. Dia ingin segera sampai ke rumah. Bagai ada yang menantinya di sana.

Thursday, September 9, 2010

* Raya Tahun Lepas dengan Raya Tahun Ni Tak Sama *

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA!!Esok kita semua sambut satu Syawal. Sure sekarang masing2 tengah sibuk dengan macam2 benda. Mak mesti tengah sibuk kat dapur. Isi balang kuih. Siapkan bahan2 untuk masak lauk pagi esok. Abah? Semestinya mengambil tugas menyusun balang kuih. Tak pun isi ang-pau. Hahahahahaha....! Dia sangat sibuk ye menjelang malam raya. Harap maklum.

KALAU aku ada, setiap tahun mesti aku yang akan diamanahkan untuk isi ang-pau. Sambil tu bodek2 abah untuk dapatkan duit raya ekstra. Biasanya kena usaha lebih sikitlah sebab abah tak makan bodekkan anak2. Nak2 aku. Huh.

DIKALA menyiapkan entri ni, aku layan MP3. Tapi bukan lagu raya. Lagu2 70-an. Ini penting bagi mengelakkan aku daripada berasa hiba ye. Kena pandailah kawal emosi sendiri. Kalau tak kecundang di malam raya. Oh, itu sangat memalukan.

BAGASI (bukan beg) untuk balik kampung dah siap sedia untuk dibawa balik ke destinasi yang sepatutnya. Sejak semalam lagi aku dah susun semuanya kat ruang tamu. Senang nanti nak pantau, mana yang dah ada, mana yang masih belum disumbat dalam bagasi tu.

LEMANG pun ada tau! Hehehehehehe....Tak sia2 aku meronda dengan Ika tadi. Dapat gak lemang. Tu semua aku nak bawa pergi rumah Mak Andak esok pagi. Menumpang kasih beraya dengan famili diorang.

TIBA2 rasa rindu dengan kawan2 aku. Raya tahun lepas kami beraya beramai2. Meraikan perayaan sebagai bujang. Maklumlah, tahun lepas beraya sebagai tunangan orang. Tahun ni pulak sebagai isteri (eceh!). Pasti suasana dan perasaannya berbeza. Haaaaiiiishh...Haru la pulak...

WALAUPUN masa dah berlalu hampir setahun, tapi bila tengok balik gambar2 tahun lepas, rasa baru semalam kami duduk berkumpul ramai2. Rindu!! Sangat rindu. Tapi sepanjang perjalanan hidup ni, pasti kita akan alami perubahan demi perubahan. Betul tak? Yang penting, korang sentiasa dalam hati. Tak ada seorang pun yang aku lupa. SELAMAT HARI RAYA. Insyaallah kita jumpa kat Muar yek!


*Kat rumah Nadia. Aidilfitri 2009


*Rumah Siti.


*Open house rumah Mizan.


*Melepak kat rumah Intan.


*Main2 kat rumah Wani.


*Aku & Intan


*Hmmmm....


*Keluarga besar kami.


*Raya tahun lepas (raya ketiga), Limah & Pak Din bertunang :)


*Mereka :)

Wednesday, September 8, 2010

* keputat *

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN raya dah selesai. Yang tak selesai lagi ialah waktu bekerja aku menjelang esok. Hehehehe...Esok kerja lagi tau. Sangat sedih bila dengar pengumuman tadi. Tapi sedih kejap aje. Buat apa sedih lama2. Bukan aku tak dapat balik beraya langsung. Kan? Hehehehe....Sabar Nad sabar.

SEPERTI dah menjangkakan Jumaat raya, jadi ada sebahagian geng Blood Bank tadi dah bertungkus lumus siapkan ketupat@keputat. Aku tak lepaskan peluang. Turut menolong. Apa tak tolongnya? Cuma part aku bukanlah menganyam. Tapi sekadar memotong daun ketupat (pisahkan lidi dengan daun) sebelum dianyam.

NAMPAK mudah kan? Tapi dengan semut naik kepala. Habuk melekat kat bibir. Mengantuk. Menjawab pertanyaan setiap yang lalu lalang kat tempat kami beroperasi. Tugasan ni menjadi sungguh mencabar!

AKU bukan tak nak belajar. Tapi dua tahun lepas aku dah try. Hampa. Sebab mata aku agak lemah dalam menyilang selikan daun ketupat sebelum ia membentuk sarung ketupat mengikut jenis2 tertentu (bantal, satay dll). Kadang2 risau jugak kot2 tersarung tangan sendiri!

WALAUPUN aku tak pandai menganyam, tapi sekurang2nya aku tahu macam mana bentuk daun ketupat. Tak lah sampai aku tak kenal langsung daun pokok apa yang diguna pakai untuk dijadikan sarung makanan tradisi ni. Paling sadis kalau2 aku anggap daun pandan pun boleh dijadikan daun ketupat. Kan ke hiba perasaan mak aku kalau tau anak dia naif dalam bab ni? Jadi, banggalah menjadi diri anda k.


*Muka mencari mood menganyam :)


*Serius. Takut nak tegur!


*Yeaah. Tiga dah siap!


*Hosni & Hilmi, aku sangat kagum sebab korang tau menganyam!


*Ketupat dah semakin bertambah. Target nak siapkan 200 sarung ye. Harap maklum.


*...dan bertambah.


*Semakin bertambah-tambah!


*Walaupun bukan aku yg anyam, tapi bangga bila tgk hasil yang sebegini.


*Lim Kee Yang (Yang). Anak donor. Sibuk mengintip kitorg kat pantri. 1 Malaysialah katakan? Hehehehehe...


*Kerja semakin ringan. Pekerja dah masuk shift.


*Syok kalau buat secara bergoyong-royong (walaupun di ofis!)


*Tekun.


*Ala....nak jaga hati punya pasal, tepek jugak la gambar dia kat sini.


*Semakin mencapai misi.


*Tolong ikat je. Hahahahahahaha!


*Hampir siap!


*Siap!!! Tapi kasi touch-up lagi sikit.


*Nah, duit raya untuk semua. Bagi2 la yek.

* ofis 'baru' di Larkin Sentral *

Assalamualaikum...

DAH masuk hari Rabu. Tapi mata masih tak mengantuk. Mungkin sebab minum Nescafe tadi. Hah, ni lah risiko yang aku kena tanggung setiap kali teguk air tu. Nak ikutkan lepas habis kerja tadi aku bercadang nak melepak kat rumah je. Tapi tiba2 plan berubah.

SEMPAT ke bazar Taman Suria. Beli oblong (sejenis makanan. ala2 roti John tapi lebih special) untuk Mak Yam. Dah lama dia mengidam benda tu. Tak sampai hati pulak nak hampakan dia. Jem teruk. Tapi aku redah jugak. Nasib senang dapat parking. Kalau tak memang dah angin aku kat sana tadi.

TAK banyak juadah yang aku beli. Oblong, cendol sedap dan wedges. Macam yang aku cakapkan tadi. Jem teruk. Hampir jam 630 pm aku sampai rumah. Sakit kaki tekan clucth!! Lepas selesai semua perkara wajib, aku keluar ke Larkin, tapi bukan seorang diri :)

SPECIALnya, hari ni birthday Anuar Haron. Ehem. Siapa? Mungkin Lily boleh jawab. Hahahahahahaha...Aku menumpang diorang je. Tumpang kasih. Kan Ly? Hehehehehe...Kebetulan hari ni jugak Blood Bank HSAJB buat kempen derma darah di Larkin Sentral. Jadi lokasi lepak2 kitorg adalah di terminal bas tu.

UNTUK pengetahuan korang yang tak pernah tahu mengenai Larkin Sentral ni, sebenarnya tempat ni ala2 Puduraya. Tempat turun dan naik bas harian mahupun ekspres. Tapi tak lah sebesar Puduraya tu. Kiranya, kalau nak ke luar Johor Bahru, memang di sinilah tempat naik bas (bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam).

DISEBABKAN bulan puasa, jadi suasana mobile (kempen derma darah) tak lah sama seperti hari2 biasa. Agak perlahan dan teratur. Aku sampai sana jam lapan lebih. Kawan2 pun dah selesai berbuka.

PENDERMA darah tetap ada. Kebanyakan mereka regular donor. Memang tak ada masalah untuk mereka menderma walaupun ada yang beranggapan, pendermaan darah pada bulan Ramadan membawa kesan negatif. Sebenarnya tak. Dengan syarat penderma (beragama Islam) melambat2kan waktu sahur (dan wajib sahur) serta datang menderma dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

WAKTU menderma penting bagi menjamin tahap kecergasan penderma sekaligus memastikan penderma masih berupaya untuk meneruskan ibadahnya sehingga waktu berbuka. Jadi, alasan berpuasa dan tak boleh derma darah tu memang tak masuk akal ye. Sila ubah mentaliti itu. Jangan hanya mendengar mitos.

JADI, inilah suasana di Larkin Sentral malam tadi...


*cek paras hemoglobin darah. Ika yang sangat serius. Wahh....takutnya!


*Screening tahap kesihatan. Yes doktor. Terima kasih sebab menjadi ceria. Hehehehe..


*Jom derma organ!


*Terima kasihlah korang sebab menderma.


*Wafi yang setia menemani Arif.


*Wafi dah derma. Tu yang Arif terus isi form..Hehehehe....


*Haiii Mak Yam sangat suka nampak???


*Bincang pasal bas ke, bincang pasal mobile?Lalalalalalala.....


*Brader yang tengah baring ni steady aje kan?


*Datang dengan hajat. Hanya kami yang tahu :)


*Ika...muka penat


*Mak aii...suka beno!


*Ehem.

* Kau Ilhamku *

*SATU*

“Naem, jom makan.” Panggilan Syila hanya dibalas dengan senyuman. Naemaa menggeleng. Tumpuannya kembali kepada skrin komputer di depan mata. Jarinya ligat menaip satu persatu huruf pada papan kekunci. Sesekali dia menoleh pada beberapa helaian kertas yang agak berselerak di tepi skrin.

Syila dan dua lagi rakan memerhati sejenak tingkah laku rakannya yang agak berbeza berbanding sebelum ini. Namun dia faham mengapa ianya terjadi. Syila tak mahu memaksa Naemaa. Dia hanya berlalu keluar dengan perasaan simpati. Baginya, makan tengah hari kini bertukar menjadi sunyi sepi. Tak ada lagi gurau senda dan gelak tawa Naemaa.

Tumpuan Naemaa hanya seketika. Bingkai gambar di sisi kanan meja ditenung lama-lama. Gambarnya dan Qaleeda sewaktu mereka masih menuntut dalam semester tiga Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tujuh tahun lepas. Jelas kelihatan wajah keanak-anakan mereka. Kalau dulu dia akan tersenyum setiap kali terpandang gambar itu, tapi kini dia akan menangis. Terasa dia sudah kehilangan segala-galanya.

Kandungan mesej yang diterima tadi dibaca berulang kali. Otaknya bagai berhenti berfikir. Dia tak tahu apa yang perlu dibalas kepada si pengirim. Hatinya berbisik, ‘maaf Rais’. Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam beg yang disilangkan ke tepi badan. Padanya, itu yang terbaik buat masa ini. Naemaa yakin. Tugas yang tergendala di sambung kembali.

BUNGKUSAN makanan itu langsung tak dihirau. Syila memandang Naemaa. Wajah rakannya yang dulu berisi kini semakin cengkung. Dia tahu apa yang ditanggung Naemaa kini. Tapi dia tak mampu untuk mengurangkan kesengsaraan itu. Dia juga tahu Naemaa perlukan masa. Sebab itu dia tak terlalu mendesak Naemaa untuk melakukan itu dan ini. Seperti selalunya, dia berlalu meninggalkan Naemaa. Walaubagaimana pun, dia amat berharap Naemaa akan menjamah makanan yang dibelinya tadi sebelum petang. Bimbang ia akan basi.
“Hello Naem, tengah buat apa?” Kedengaran lembut suara di hujung talian. Naemaa menarik nafas panjang. Terasa sebak untuk bersuara.
“Kerja,” jawabnya ringkas. Sebenarnya dia tak mampu nak berkata-kata. Setiap kali nak bercakap, air matanya akan mula bergenang.
“Naem, Yana minta maaf. Yana tak dapat datang hari tu. Yana dapat berita pun dah lewat. Maafkan Yana.” Beriya-iya Yana menuturkan ayat itu. Mata Naemaa mula berkaca-kaca. Bugkusan makanan yang satu itu kelihatan pecah menjadi tiga dan empat bungkusan. Air mata Naemaa tumpah lagi. Kali ini tiada esakan. Dia tak mahu menarik perhatian Syila yang sentiasa peka dengan pergerakan dirinya kini.
“Tak apa Yana. Aku tak kisah. Lagi pun semuanya dah selamat. Kau doakan untuk dia ye?” Kali ini Naemaa menekup mulutnya sendiri. Esakannya semakin kuat namun masih belum sampai ke pendengaran Syila. Yana terdiam di hujung talian. Mungkin dia juga turut menangis. Agak lama talian sepi.
“Yana, mintak tolong yang lain sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah,” Naemaa menyambung kembali perbualan. Kali ini dalam nada agak tegas. Air matanya dikesat perlahan-lahan. Sudah bayak kali dia berjanji pada diri sendiri yang dia tak akan menangis lagi. Tapi janji hanya tinggal janji. Naemaa tewas dengan perasaan sendiri.

Agak lama untuk Naemaa mengembalikan semula semangat untuk menyambung kembali tugasan yang tergendala tadi. Walaupun ketua editornya belum bersuara, namun Naemaa faham, tugasan hari ini perlu dihantar untuk semakan sebelum jam lapan malam. Kini jam lima petang, Dia hanya ada masa lebih kurang tiga jam untuk menyiapkan dua lagi berita yang tinggal. Mahu tak mahu, Naemaa terpaksa juga memerah otak untuk mengarang ayat demi ayat sehingga terbentuknya satu perenggan seterusnya menghasilkan sebuah berita lengkap. Kerjanya jadi mudah jika tak ada yang mengganggu fikiran.

Monday, September 6, 2010

* buah hati dah mandi *

Assalamualaikum..

SIANG tadi memang tak ada mood nak kerja. Sebab? Sakit perut. Badan rasa seram sejuk je. Tapi bukan demam ke apa, cuma perut meragam sejak awal pagi semalam. Tak tahu lah pasal apa. Huh..Terjejas mood nak kerja tau!

NASIBLAH adik aku MMS kan gambar Uteh yang selalu aku rindukan tu. Hari ni dia mandi awal. Habis basah kuyup satu rumah. Sebab dia tak tahu jilat dan bersihkan bulu. Selama ni bergantung sepenuhnya pada mak dia, Roonie. Jadi bila dah duduk dengan kitorg, terpaksa lah dia belajar sendiri dan berdikari. Tak kan nak harapkan Yot pulak???Hah, kalau nak tengok dunia terbalik, silalah suakan dua makhluk ni.

BERDASARKAN cerita adik aku, lepas mandi tadi Uteh berlari satu rumah. Bayangkanlah, lepas keluar bilik air, terus berlari. Mak aku pun tak sempat nak tangkap dan lap badan dia. Berlari bukan seminit dua ok! Tapi TIGA JAM!!!

LEPAS
tu surelah dia kepenatan dan menjelirkan lidah ala2 anjing gitu. Belum sempat bagi makan, dia dah sibuk tengok adik aku mengemas. Agak jaki (pelik & jakun kot) bila adik aku on vacum cleaner. Dia tak lari macam Yot. Tapi berdiri dengan dua kaki. Pelik dan comel kan? Hahhhhhh...bila aku dapat balik peluk budak debab tu?????

YOT? Macam biasa, terpaksa dikeluarkan bila sampai turn budak debab tu keluar dari sangkar. Nanti bila budak tu da masuk sangkar, barulah panggil balik Yot. Kalau tak, memang dia bertekak dalam rumah. Bukan senang nak leraikan. Silap hari bulan kaki kita yang jadi mangsa. Sumpah. Sebab aku sendiri dah kena masa hari pertama bawa masuk Uteh dalam rumah. Rasanya? 'Sangat tak sakit!'


*muka innocent...sebelum mandi.


*Lepas mandi. Seminit dua aje jilat bulu. Lepas tu...


*Lepas berlari TIGA jam.


*Hah, saya sangat penat!!

* Kau Ilhamku *

*PROLOG*

AIR mata Naemaa dah tak mengalir seperti dua hari lepas. Waktu itu dia menangis bagaikan hanya mempunyai peluang sehari sahaja untuk mengeluarkan air mata. Rasa malu menangis di khalayak terutama rakan sekerja bagaikan hilang sebaik menerima berita sedih itu. Perasaan hibanya bertambah bila satu persatu wajah rakan sekolejnya datang bersalam dan memeluknya erat-erat. Tak ada langsung kata-kata yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya mahu pun mereka yang datang. Hanya kedengaran esak tangis yang bertali-tali.

Diari hitam kuning yang berada di depan mata masih ditenungnya sayu. Sudah tiga hari dia tidur bertemankan diari itu. Dia masih belum ada kekuatan untuk menyentuh apatah lagi membaca helaian demi helaian yang terkandung di dalam diari itu. Hatinya bagaikan dihiris apabila terpandangkan nama si pemilik diari yang terletak pada bahagian bawah diari tersebut. Air matanya mula bergenang. Matanya dipejam rapat-rapat. Berat sungguh ujian yang diterimanya kini.

Badannya mula panas. Tekaknya kian perit. Kepala semakin berdenyut. Namun Naemaa tak menjadikan ketidakselesaan itu sebagai sebab untuk dia berbaring seharian di atas katil. Perutnya juga pedih. Seingat Naemaa, kali terakhir dia menjamah makanan tiga hari lepas. Itu pun waktu sarapan bersama beberapa rakan kerjanya di kafeteria bangunan pejabatnya.

Makanan yang disediakan rakan serumah langsung tak disentuh. Dia hanya minum bila terasa dahaga. Perutnya bagai mengerti kesedihan yang ditanggung Naemaa. Langsung tak ada rasa lapar yang mencucuk-cucuk seperti selalunya. Tapi Naemaa tak ambil peduli semua itu.

Komputer riba dan kamera yang berada di atas meja kecil di sisi katil dipandang sekilas. Bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya untuk mencapai kamera digital itu. Jarinya menekan butang ‘on’ kemudian butang ‘play’. Kali ini air matanya tak mampu dibendung. Bahunya terjungkit-jungkit menahan esak. Bimbang tangisannya dipagi hari didengari rakan serumah.

Setiap imej yang terpapar pada skrin kamera ditatap satu persatu. Hanya bila imej Qaleeda yang muncul, dia akan mengetap bibir. Dadanya bagai mahu pecah menahan sebak. Semua gambar yang dirakam tiga tahun lepas sengaja dipindah masuk semula ke dalam kad memori kameranya itu. Baginya, bila terasa rindu, mudah untuk dia melihat kembali gambar-gambar berkenaan.

Selama ini, Hanya gambar yang menjadi temannya ketika hendak tidur. Hanya gambar yang mengisi rasa sepinya ketika bersendirian di rumah. Hanya gambar yang membantunya mengubat rindu kepada rakan-rakan sekelas. Sehingga dia tak mampu nak bayangkan kalau suatu hari nanti, kesemua gambar itu hilang daripada simpanan kad memorinya. Naemaa tak ada bahan kenangan lain selain daripada gambar-gambar itu.

Detik jam pada dinding bilik semakin lemah dipendengarannya. Jam berapa dia tidur, pukul berapa dia bangun langsung tak dihiraukan. Dia hanya mengikut gerak hati. Kalau rasa nak tidur, Naemaa akan berbaring sambil memeluk kameranya. Begitu juga setiap kali terjaga. Kamera akan diletakkan di atas meja dan beralih pula kepada diari hitam kuning itu. Diari itu ada semua kisah yang pernah menjadi asam garam hidupnya beberapa tahun yang lepas. Ya. Diari itu.

* ahli keluarga baru *

Assalamualaikum...

LEGANYA bila buka tadi dapat minum air masak. Nak ikutkan, waktu berbuka dah cukup kalau dapat teguk segelas air. Tu lah sebenarnya ubat paling mujarab untuk hilangkan keletihan selepas seharian berpuasa. Tapi tu bagi aku lah. Tak tahu orang lain macam mana. Lain orang, lain selera. Kan?

SEMENTARA nak tunggu masuk waktu tadi, sempat juga berSMS dengan Abby (Zafrina Zairuddin). Bertanya khabar. Dia baru bersalin Sabtu lepas. Sayangya aku individu paling terkebelakang yang tahu pasal berita gembira ni. Sedihnya. Tapi tak apalah, dari langsung tak tahu. Kan?

MUHAMMAD Khalis Zaim Bin Khairul Marhan. Sweet! Sepanjang berbuka tadi nama si kecil tu asyik bermain2 dalam kepala ni. Sedap nama tu. Pandai Abby pilih. Dan selesai berbuka, aku tak buang masa. Terus buka Facebook. Tak sabar nak tengok wajah putera sulung Abby!!

COMEL. Wajah ada iras mak dan ayahnya (actually akak tak tahu Zaim panggil mak ayahnya apa. Mama-Papa? Ibu-Ayah? Mummy-Daddy? Ummi-Abah?). Entah bila akak dapat cubit2 pipi gebu si kecik tu kan? Lepas ni Abby dah balik Ipoh. Yang pasti Pak Lang dah tak keruan tunggu kepulangan Zaim. Hehehehe....

AKAK harap lepas ni Abby & K-Rol bertambah bersemangat. Gembira. Bahagia. Bertanggungjawab. Diam tak diam nanti sekejap je Zaim dah besar. Dah boleh geng dengan Muaz dan Dania. Wah...meriah keluarga Ibrahim. Hehehehehehe....Insyaallah kita jumpa nanti k. Do take care. Miss you..!

*Nak kongsi gambar ni. Comel kan?

Sunday, September 5, 2010

* buah melaka telur puyuh *

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH...kenyangnya perut hari ni. Terima kasih la Lily sebab sudi masakkan lauk pauk untuk berbuka tadi. Balik kerja je memang aku dah tak nampak apa selain batal dan bantal dan bantal. Ni gara2 Nescafe kow malam semalam. Hampir pukul dua pagi baru mata ni dapat lelap. Sadis....sebab jam 530 pagi dah terjaga dan pergi kerja. Nasib tak terlelap masa drive tadi.

CUACA pagi tadi pun sangat menguji ketahanan mental ok! Hujan. Dalam kepala memang dah terbayang2 bantal tilam selimut yang bagai melambai2 ajak dipeluk. Wow! Nasib kuat semangat. Hahahaahahaha.....

ESOK dah Isnin. Sekejap je kan nak raya? (Haisssh, macam budak2!) Barang2 nak balik Muar pun aku tak siapkan lagi sebab rasanya masih belum ada mood nak mengemas untuk balik raya. Maklumlah, raya pertama di sini. Jadi, perasaan tu macam biasa2 aje. Tunggu la malam 9hb nanti.....(tak boleh jangka apa yang berlaku. Buat masa ni, follow the flow)

MASA nak menyuap telur puyuh dalam mulut tadi, terngiang2 suara Lily. Dia pesan kat aku jangan makan telur tu banyak2 sebab dia telah diamanahkan oleh 'seseorang' untuk memastikan aku tak makan banyak dan elak migrain. Pesanan tu dah pun sampai kat aku. Dan dah juga aku turutkan. Terima kasih untuk yang berkenaan. Bukan setakat pesanan tadi aku ingat, malah setiap benda yang dah kita lalui selama ni, aku akan ingat sampai bila2. Cuma satu je yang mampu buat aku lupa selamanya..AJAL.

TERINGIN benar nak menjamah satu juadah ni...Cuma aku tak pasti sama ada masih ada peluang atau tak untuk merasa hasil air tangan tu. Air tangan yang dah sebati dalam darah dan badan aku sejak 2002. Boleh ke?

ALAMAK..Tak suka la emo2 ni. Syyooohhh!!

UNTUK Lily...jangan lupa plan Selasa ni. Tugas dan tanggungjawab kau sangat besar ok! Aku hanya mampu membantu sekadar yang boleh. Insyaallah. Semoga semuanya sukses. Amin...!


*Sempena Aidilfitri, aku ada ole2 untuk semua. Tak lah sehebat mana, cuma biasa2 je. Yang penting, ianya ikhlas dari aku dan keluarga..

* eh, bila nak raya? *

Assalamualaikum...

HMMMMM.....Tak sabarnya nak habiskan esok (walaupun bekerja). Lepas esok, minggu baru menjelma. Lepas tu RAYA!!!! Seronoknya! Sejak Jumaat lepas aku dah rasa bahang Aidilfitri. Lagu raya pun dah start berkumandang di laptop dan menjadi ringtone aku. Maaf lah kawan2, andai kamu tersentuh dengan dendangan lagu tu. Nak raya janganlah sedih2..Bukan sepatutnya kena happy2 ke?

APA pun yang berlaku, jangan jadikan Aidilfitri sebagai hari untuk memurungkan diri. Masa tu lah nak berjumpa saudara-mara. Masa tu lah nak merasa kuih yang macam2 rasa. Masa tu jugalah nak collect duit raya. Hehehehehe.....(aku dapat lagi ke?). Kalau muka masam mencuka, rezeki pun lari. Orang pun naik benci. Mak bapak pun akan rasa tak happy. Betul?

OK. Nak lupakan kisah yang berbaur nasihat tu. Sekarang perasaan rindu pada Yot dan Mok Uteh semakin meluap2. Nak2 bila tengok semula gambar2 dalam handset. Tak sabar nak balik. Nak peluk2 Uteh. Nak tonyeh2 Yot. Sebelum ni pun aku asyik sebut pasal Uteh (asalnya nama dia Si Putih, tapi lama2 dah jadi Uteh@Mok Utek, sebab dia semakin gemuk) tapi gambar langsung tak dimuat naik (agak skema pulak bila guna perkataan yang dah ditranslasikan). Hari ni aku nak share beberapa keping gambar Uteh yang selalu aku tengok bila nak tidur (ni dah kira satu tabiat).

Kesayangan kami :)


*Bila dalam sangkar baru senang nak ambil gambar. Kalau tak......berlariiiii tak henti2!


*Arrrrggghhhh.....GERAM!


*Enam bulan yang lepas. Sila teka, yang mana Uteh??


*Roonie...ibu Uteh. Semasa beliau muda belia.


*Roonie -- Agak bersikap 'nak-ambil-tahu'


*Roonie -- Sebahagian bukti yang menunjukkan dia kepoh!


*Pic speak louder than words oke!


*Yot...juga kesayangan kami.


*1st day Uteh datang rumah. Yot merajuk. Langsung tak mau bekerjasama bila sesi fotografi :(


*Ok fine. Langsung tak mau pandang kamera.