Friday, September 10, 2010

* Kau Ilhamku *

HUJUNG minggu Neamaa kembali sibuk. Ada saja tempat yang perlu dituju. Kembali ke pejabat, otaknya mula ligat berfikir tentang apa yang terbaik untuk ditulis di dalam karangannya nanti. Bukan satu tugas mudah bagi mereka yang tiada latar belakang berkaitan penulisan. Naemaa bersyukur kerana ilmu yang diperoleh daripada universiti serta latihan praktikal di beberapa industri media mampu menjadikan dia seperti mana hari ini.

Saat paling krtikal dan menyeksakan bila nak mulakan lead iaitu bahagian terawal di dalam berita yang mengandungi 5W+1H (What, when, where, why, who, how). Ah, bukan saja Naema, tapi hampir semua rakan setugasnya kadang-kala berhadapan dengan situasi sama. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan, tetapi jika lead gagal dibentuk, bahagian isi lain juga tak mampu berkembang dengan baik.

Walaupun nampak remeh dan hanya memerlukan setakat tiga empat ayat, namun untuk mengembangkan lead, masa yang diambil kadang-kala boleh mencecah hingga berjam-jam. Apa tidaknya, lead diibaratkan ringkasan bagi keseluruhan berita berkenaan. Ya, masih terngiang-ngiang suara pensyarahnya, Puan Siti Zabedah yang menerangkan mengenai perkara itu. Ada ketika kenangan itu mampu membuat Naemaa tersenyum sendiri.

Yes siap!” Naemaa berdiri sambil mencekak pinggang. Ruang ofisnya lengang. Dari kejauhan Naemaa hanya nampak kepala beberapa rakan lain di sebalik skrin komputer masing-masing. Mereka itulah yang senasib dengan Naemaa. Bertugas di hujung minggu. Apa yang membezakan mereka ialah jenis berita yang perlu disiapkan. Naemaa bersyukur kerana hari ini dia tak perlu berkejar ke tiga atau empat lokasi berbeza untuk memenuhi undangan sekaligus membuat liputan seperti kebiasaannya.

Langkah kakinya tiba-tiba terhenti. Telefon yang berbunyi dari dalam beg tangan segera dicari. Nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefon dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Naemaa masih belum ada kekuatan untuk menjawab dan berbual dengan si pemanggil. Tiga panggilan sama dibiarkan begitu sahaja. Enjin kereta segera dihidupkan. Dia ingin segera sampai ke rumah. Bagai ada yang menantinya di sana.

No comments:

Post a Comment