Monday, May 31, 2010

+ kalau senyum nk kena bayar ke +

Salam Isnin...

Biasanya org akan kaitkan Isnin sebagai 'Monday Blues'. Tapi pada aku, istilah tu tak wujud sebab kalau aku nk layan blues ke apa, mana2 hari pon boleh. Kan?

Tapi memang dah takdir agaknya. Ada satu insiden yang berjaya membuatkan aku melalui bagaimana rasa 'tak bestnya ISNIN'. Mungkin kalau tau kerana sakit gigi dan ulser yang semakin menguji kesabaran aku, tahap kemarahan aku masih boleh dikawal. Tapi mungkin juga kerana sikap 'kurang budi bahasa'
seorang perempuan ni menipiskan lagi sifat sabar aku.

Kira2 jam 2.00pm tadi, aku ke klinik. Kalau tak kerana rasa sakit yang semakin menyucuk2 (kejap gusi atas, kejap gusi bawah) mungkin aku tak ke sana. Biasalah, klinik awam mana yang lengang? Pulak tu, parking lot untuk pelawat pun agak terhad. Mujurkan aku ada sticker. Dapatla park di kawasan staff.

Habis check-up jam 2.30 pm. Rasa lega sebab aku tak perlu tinggalkan ofis lama2 sekaligus tak dicop 'mengular'. Tapi perasaan tu bertukar negatif bila nampak sebiji MyVi putih yang begitu selesa park di hadapan kereta aku sekaligus menghalang aku daripada keluar dari tempat tu. Ah, masa ni memang aku dah berangin. Kepala pun dah rasa sebal semacam sebab terpaksa meredah hujan untuk sampai ke kereta.

Lagi aku rasa nak pancitkan tayar kereta dia bila tengok pemilik kenderaan tu tak letakkan nombor telefon (dah jadi adat kami di hospital ni, kalau menghalang kenderaan org lain, harus letakkan no. telefon. Senang nak dihubungi). Sticker pun takda. Jadi aku anggap pemilik tu orang awam. "Mungkin dia balik dalam 10 ke 15 minit lagi ni'.

2.45pm..Si pemilik masih tak muncul2. Aku jengah ke pondok pengawal. Kosong. Tadi ada juga kelibat pak cik jaga kat situ. Tapi bila masa aku nak mintak bantuan, dia tak ade pulak. Disebabkan masa dah terlalu lewat, aku masuk semula ke dlm klinik. Minta bantuan staf kat sana buat announcement. Kemudian aku kembali semula ke kereta.

3.00pm.. Bayang si pemilik Myvi masih tak kunjung tiba. Haiiiiisssh....Kepala aku dah sakit ni. Tambah pulak dengan rasa 'nyut-nyut' gusi ni. Ah, hujan tak hujan, aku sekali lagi masuk ke dlm klinik. Mintak tolong staf buat pengumuman. Kali ni aku dah rasa nk tinggi suara tapi nasiblah tak terlepas. Yelah, buat apa nk marah staf tu. Mereka tak salah. Yang salah si pemilik MyVi tu!

Buat sekian kali, aku tunggu dlm kereta. Hujan makin lebat. Aku dah terbayangkan kemungkinan tuan punya MyVi ni datang alihkan kereta bila jam dah pukul 4. Hah! Mati aku mati! Silap2 aku sampai Blood Bank jam 430pm. Tak boleh jadi ni.

Baru aku nak matikan enjin, datanglah seorang staff nurse (SN) yang berlenggang2. Lalu tepi kereta aku dgn senang hati dan terus masuk kereta. Dalam kereta siap nk betul2kan tudung. Nak capai2 barang kat seat belakang. Nasib pulak dia tak turun kemas2kan bonet kereta!

Dia bukan tak nampak aku dalam kereta. Punyalah nak kan si SN ni perasan kewujudan aku dalam kereta yang dia blok tu, aku siap on kan wiper kereta. Tapi dia seboleh2 elak untuk pandang muka aku. Oh, ok fine!!

Dengan hati yang bengkak, aku terus keluar dari situ.

Aku (atau mungkin orang lain yang berada dalam situasi aku) mungkin akan sejuk hati kalau masa dia lalu sebelah kereta aku, dia senyum. Atau angkat tangan (tak kira la sambil buat2 muka bersalah ke atau tak). Atau ucap 'maaf'. Ini tak, lagak macam tak buat salah langsung.

Hello kakak, kau tu staf. Patut kau lebih tahu selok belok nak parking kat situ. Kalau kereta kau manual dan tak turun handbreak, rasanya aku boleh usaha utk tolak sikit kereta kau ke depan. Ni kau tinggalkan kereta ko macam tu je. Gara2 sikap kau yang berlagak bagus tu, aku lewat masuk ofis. Padahal aku dilepaskan sejam aje.

Apa pun, terima kasih la dekat SN tu sebab kerana 'drama sebabak' tadi, bagi aku idea untuk menulis hari ni sekaligus jadi tauladan.


*Kadang-kadang benda yang kita anggap remeh, boleh mendatangkan kesan serius pada orang lain..

Sunday, May 30, 2010

+ dosa dah hapus banyak mane? +

Salam semua...!!!!

Alhamdulillah, selamat juga sampai Jb yang terchenta *menipu*. Tapi sepanjang perjalanan td memang rasa nk tumbuk pipi sendiri yang semakin membengkak. Sebenarnya malam tadi tak dapat tidur. Kalau nyenyak pun, ade la dalam sejam dua. Lepas tu dah mimpi org gerudi mulut la, kene lempang la, ade mak cik benam skru dlm gigi la..Macam2! Pendek kata, mmpi smlm mmg berkaitan dengan kesakitan gigi.

Pagi tadi mujurlah bersarapan kat Muo. Jadi mak buatkan bubur. Memang jarangla aku makan bubur tak habis. Tapi harini memang sesuatu d luar jangkaan. Perut lapar, tapi sakit yang aku tanggung memang berjaya mengatasi nafsu makan.

Masa nk siap2 balik tadi pn, rasa mcm tak berperasaan. Dahla hujan. Tapi aku gagahkan hati untuk balik ke sini smula.

Disebabkan ulser dlm mulut pun 'sama naik' dgn cik gusi tu, mak pn bekalkan aku sebotol air. Bukan air jampi, tapi campuran beberapa bahan yang katanye boleh menurunkan suhu badan. Antara bahannya (yg aku sempat dengar) anggur Mekah.


*Air yang diyakini mujarab..Ceh*


*Sila fokus pd bendasing yang mengembang2 tu*


*Ni la anggur Mekah. Sebelum direndam, fizikalnya tak ubah mcm kemenyan.

Rase air ni tak la sedap macam kopi Starbuck xpn kopi cap 434 yang popular kat Muo tu. Pada aku la kan, rasa dia macam air kolah. Hehehehe....Payau2 mcm air zam2 la kot. Anggur Mekah tu mak aku dapat daripada jiran aku yang baru balik dari sana. Takkan la mak aku sanggup pi Mekah balik hari semata2 nk ubatkan anak dia? Tak logik ok!

Ape pn, TERIMA KASIH la kat mak. Harap2 esok kurang la sikit sakit ni. Insyaallah.

Perut aku memang menanti sesuatu untuk diproses. Sayangnye, aku tak ade selera untuk makan harini. Maaf ye perut. Esok aku breakfast yang best2. Untuk malam ni, aku hanya minum sekotak Ribena. Jadilaaaa...


*Menu malam*

+ sakit sikit hapus dosa kecik+

Selamat Malam...

Ya Allah, sebenarnye dah 3 jam aku memakse mate utk tidur. Tapi kesakitan gusi+ulser mulut menggagalkan usaha tu. Isshhh..sakitnye. Tadi da kumur air garam. Dah sapu asam jawa tapi reda kejap je.

Bila lalui saat menyakitkan mcm ni, terdetik dlm hati tak mau lagi makan udang. Sebelum ni memang ade alahan tapi gatal2 biase je dan paling 'manja' pun, hanya terase2 sakit sikit je kat bahagian gusi.

Mungkin ketaksuban makan udang semalam buat alahan makin 'menggila' arini. Mak dah tidur. Abah dah lena. Kotot hanyut entah kemana. Boyot pon dah terbongkang. Sekarang aku je yg celik mengalahkan pak cik jaga.

*sakitnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!*

+ jgn marah...lewat 11 bulan lebih sikit je +

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Haisssh, walaupun harini mood tak berapa nk ok, tapi azam utk berkongsi tentang sesuatu amatlah tebal. Sebenarnye harini sakit gigi+ulser dlm mulut. Sakit gigi ni bukanla sebab aku tak mnjaga kebersihan mulut, tapi disebabkan alahan pada udang. Ni gara2 tak dapat tahan nafsu makan yang meluap2. Akhirnya aku gak yang merana. Tapi tak pe la sbb benda da nk jadi. Anggap la takdir (hehehehe...sedapkan hati sendiri)

Ok.....Kat sini aku nk share rentetan mengenai 'suatu majlis' yang berlangsung kira2 setahun yang lalu. Lama? Pada aku tak la. Mungkin ramai yg dah naik bosan nk bertanya "Mana gambarnya?" Baiklah, harini aku tolong upload. Jahat budak ni. Payah benau nk bagi org tgk gambar. Akhirnya aku gak berjaya pujuk hati dia untuk mengupload gambar2 berkenaan...Silakanlah....

*hantaran*


*dan lagi...*



*sireh junjung*

*home-made halwa (from Melaka)*



*kek (thnx Limah & Intan)*


*dearest cousin-Hidayah&Alia*


*Hidayah, Alia & Alif*


*Kotot & Alia*

*Org kuat majlis*



*Alia melayan penat*

*buah hati pengarang jantung*


*Inilah dia..sarung cincin*

*Kiko & Nurul*

Sebenarnya gambar tak banyak sbb time ni kamera buat hal. Yang tukang amik pun malu2 kucing nk snap2. Ni jela yang dpt diselamatkan.
Maaf juga pd kwn2 yg dtg mase tu. Tak sempat nk bergambar. Datang2 kite borak sampai lupe nk bergambar.

Begitu juga gambar dgn Mr. H (bukan nama sebenar). Dia sampai bile mjlis dah nk tutup. Walaupun penat baru balik keje then keesokan nk ke Penang, datang juga dia ke Muar. Terima kasih awak *terharu*

Diam tak diam, dah setahun berlalu dan tak lama lagi, empunya gambar2 ni pn akan melangsungkan 'suatu majlis' lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. Kita merancang, Dia yang tentukan.

Friday, May 28, 2010

+ nak suprise tapi takut tak jadi +

Salam semua...


Hewwww....esok 29 Mei. Pada org lain mungkin takde yg istimewa menjelang tarikh tersebut, tapi pada aku, ianya satu tarikh yang perlu diingat dan dkongsi bersama. Esok hari jadi Helmi (tunang saya) *hehehehe*

Tak ada plan yang bombastik sampai tunang aku tu melompat2 keriangan. Cumenya aku ade bersekongkol dgn seseorang utk 'sesuatu yang mengujakan'. Apa yang membimbangkan, aku amat risau kalau2 aku je yang excited. Tup2 dia keluar kerje ke, meeting ke atau terpakse meninggalkan ofis atas sbb2 yang tak dpt d elakkan. Maknenya suprise tu dah tak berapa nk suprisela kan?

Jadi kesimpulannya, malam ni terpaksa la aku pastikan jadual dia keluar esok, dengan waktu ketibaan 'rakan subahat' aku tu tak lari jauh mana. Kalau tak aku gak yang makan hati...

Apa pun, aku harap 29 Mei 2010 membawa sinar baru dlm hidup dia dan mungkin dlm hidup aku jugak..

*Sorry la awak, sy tak dpt nk celebrate bsday sama2..HAPPY BIRTDAY =)

+ Rindu ku Ke Sabah +

Salam semua...!!

Hari ni cuti Wesak. Walaupun aku tak sambut tapi cuti yg diberi aku sambut sebaik mungkin. Hehehehehe...Syukur bangun pagi ni aku tak diserang sindrom 'Kelat Biji Mata'. Maklumla malam tadi tido lewat. Jam 3.30 pagi baru tido. ni gara2 melayan dua makhluk yg sama2 senget berFb. Hehehehe...jangan marah ye, akak syg korg. Yela dah lama sangat tak bersembang mcm smlm, so peluang yg ade digune sebaik mungkin.

Hmmm....Sebenarnya dalam dua tiga minggu lepas, fikiran aku ni kerap benar melayang merentas Selat Borneo. Ke Sabah. Hati tiba2 jadi sayu setiap kali mengenangkan isi mesej Bibi. Siapa Bibi?


*Ni la Bibi*

Dia ni aku kenal masa cuti ke Sabah Julai thn lepas. Nk cerite salasilah pertemuan kitorg, mmg panjang. Cukupla sekadar memahami yg kami skrg saling berkait antara satu sama lain.

Apa yang aku tau dia baru habis exam. Tahun ni dia UPSR. Apa yang merisaukan aku, dia agak kemurungan skrg. Setiap hari lepas dia balik sekolah, dia akan sms aku minta aku call dia kejap. Sebak sebenarnya nk dengar suara halus dia tu. Tapi aku layankan sbb aku pun rindukan Bibi.

Tidur malam tadi sampai aku termimpi2 merentas sungai ke Sabah dengan bot. Ada pulak insiden mak Ijot (sbnrnye aku pun keliru mcm mane mak ko boleh masuk dlm mimpi aku Jot) pengsan atas bot sbb terlalu sedih mengenangkan Ijot masuk hspital+Along period pain..Errr..Tak yah tanya aku cmne plot mimpi boleh jadi mcm ni k..

Pagi tadi bangun tido pn, aku mcm rasa2 yang aku bermalam di Sabah. Ish..dah kritikal 'sakit' aku ni. Ditambah pulak dpd sms Bibi mengatakan mlm tdi dia tidur lewat sbb bosan+rindu kat aku...

Harapan aku satu je..Dapat ke Sabah lagi dan peluk cium Bibi...... :'(

*Bibi nk UPSR tahun ni, so guys, jom doakan dia lulus cemerlang k..