Wednesday, January 18, 2012

*Eh.. eh... Dia dah pandai hisap jari*

Assalamualaikum...

DAH seminggu tak jengah blog. Macam-macam hal berlaku. Semuanya dek kerana si kecik tu asyik meragam. Muntah dan cirit-birit. Tapi lepas tukarkan susu formula Alhamdulillah keadaan dia makin memuaskan. Harap dia ok dan terus ceria macam biasa.


HARI
ni masuk hari ke-3 Thaqif minum susu Isomil. Altenatif selain susu berasaskan susu lembu. Sebelum ni dah empat jenis susu aku cuba bagi pada dia tapi semuanya tak serasi. Muntah dan cirit-birit. Isomil ni berasaskan soya. Tanpa laktosa. Bukan apa, ada sesetengah bayi tak sesuai dengan susu berlaktosa. Itu yang timbul macam-macam alahan. Nak mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, aku nekad bagi dia susu soya walaupun tahu akan ada 'penolakan' nanti.

ANDAIAN aku tepat. Thaqif tak berapa berkenan dengan susu baru tu. Minum pun setakat 2 oz. Biasanya dia akan minum 3 oz. Tapi yang menyenangkan hati bila dia tak muntah dan cirit selepas minum susu tu. Berak sehari sekali je berbanding sebelum ni lebih dari tiga kali dan badan dia menjadi longlai. Siapa tak risau?

OK tinggalkan cerita pasal susu. Sebab aku yakin lambat laun dia akan ok. Cuma sukatan untuk susu tu perlu dikurangkan. Bila dah ok barulah ikut sukatan seperti yang disaran. Bukan apa, susu tu tersangat pekat. Bagi aku tak berapa sesuai untuk Thaqif yang baru nak 'berkenal-kenalan' dengan makanan baru tu.

DISEBALIK kerisauan tu, ada juga perkembangan yang boleh dibanggakan. Tadi masa tengah salinkan pakaian malam, Thaqif menunjukkan skill terbaru. Dia hisap jari! Wah, teruslah aku bukakan sarung tangan dia. Terkial-kial dia nak masukkan ibu jari dalam mulut sendiri. Bijaknya anak mama!

PALING geli-hati bila mata dia sampai juling-juling nak tengok jari sendiri. Mungkin sebab terlalu fokus pada jari sendiri. Tu yang juling! Lama juga aku dan mak perhatikan dia. Kejap masuk dalam mulut. Kejap tersasar ke lubang hidung. Paling haru bila terkucil ke biji mata sendiri. Apa lagi, menangis lah dia. Thaqif... Thaqif...

NAK biarkan dia lama-lama tanpa sarung tangan memang tak berani sebab sebelum ni dah terjadi pelbagai insiden. Habis mata dan pipi dicakarnya. Kalau nak buka pun mesti ada orang yang perhatikan. Dalam usia sekarang, memang dah sampai masa untuk dia explore pancaindera sendiri. Tapi kita perlu mengawasi keadaan. Kalau tak lain jadinya.



*Thaqif dah tunjuk skill nak mengiring. Yeay!*

2 comments:

  1. yeayy..mama dah post gambor thaqif kat blog......msti dah pandai senyum lebor2 ni kan??:D

    ReplyDelete
  2. promote blog: nurulalianis.blogspot.com =D

    ReplyDelete