Monday, June 28, 2010

* hadiah paling istimewa *

Assalamualaikum..

SEPANJANG cuti hari tu rasa tak sabar nak update blog. Bukan sebab nak cerita pasal cuti atau kahwin, tapi nak share 'hadiah yang paling istimewa' yang aku terima tiga hari sebelum majlis perkahwinan. Sangat suka. Sangat bersyukur. Sangat terharu. Sangat tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana sebenarnya.

MUNGKIN ada yang anggap 'hadiah' ni sekadar biasa2 aja. Tapi pada aku, memang cukup suprised! Terima kasih Abang Ngah. Terima kasih Kak Ina. Terima kasih Adam! Terus terang cakap, aku memang tunggu hadiah tu. Memang setiap hari aku minta dengan Tuhan. Tapi bukan baru2 ni. Aku mintak sejak 22 tahun lepas. Lama. Tapi Tuhan adil. Dia tak akan pernah hampakan kita.

JOM tengok 'hadiah'..







SIAPA dia? Dialah Adam. Anak saudara aku. Sebenarnya Abang Ngah, Kak Ina dan Adam lah 'hadiah' paling istimewa tu. Lama kami terpisah. Lama kami tak jumpa. Lama jugak aku tak panggil 'Abang Ngah'. Lama jugak Abang Ngah tak panggil 'akak'. Kedatangan mereka ke rumah aku tiga hari sebelum majlis memang rahmat paling indah dalam hidup. Tolong jangan tinggalkan aku lagi..

* terompah patah *

Assalamualaikum...
Salam sejahtera!!


ALHAMDULILLAH..
semuanya dah selesai. 12 dan 13 Jun 2010 dah dua minggu berlalu. Tapi penatnya masih terasa. Nak ikutkan aku tak cukup rehat. Tapi mengenangkan masa cuti ni ajelah yang panjang, jadi gunakanlah sebaik mungkin. Walaupun berat turun mendadak, kulit gelap, penat, apa yang penting aku dan dia gembira.

FUUHH..! Diam tak diam dah dua minggu aku bercuti. Seronok? Mestilah sebab tak payah kerja. Rasa macam orang kaya. Hehehehehe...Mula2 memang rasa kekok masa bangun pagi tadi. Tapi hidup kena diteruskan. Dalam hidup tak ada yang mustahil kalau kita yang tentukan sesuatu tu kan? So, aku tanam rasa 'saya sangat suka bekerja' bila celik mata pagi tadi. Alhamdulillah, berjaya!

SEMALAM perasaan aku agak celaru. Lepas hantar Helmi kat Larkin, terasa sebak sangat bila terima SMS dia yang berbunyi 'Bye2..Jaga diri elok2..Ada cuti nanti kita jumpe lagi k..Saya dah nak gerak ni'... Entah kenapa sedih sangat. Padahal aku rasa jiwa aku selama ni dah cukup kental. Mungkin la.

DATANG kerja pagi tadi rasa pelik sangat sebab Kak Liana dan AD belum datang. Ke aku yang awal? Rasanya tak sebab aku datang macam waktu biasa. Waktu yang sama aku datang kerja sebelum aku cuti, sebelum aku kahwin. Tak kan pulak Blood Bank cuti umum hari ni? Macam tak patut sebab aku dikecualikan! Hah, rupanya diorang datang lewat. Cuma Kak Liana yang tak datang terus. MC. Hai kak, ko nak kalahkan rekod aku tahun lepas ke? Hehehehehe...

SEDIH bila mengenangkan 'buah hati'aku rosak!! Si Terompah putih kesayangan merangkap kegemaran aku patah. Tak tahulah siapa yang silap. Aku yang berjalan ganas sangat atau dah memang hayat dia berakhir hari ni...Tak tahu. Tapi aku macam dapat rasa yang terompah putih tu dah tak selesa..Hmm..Terima kasih kerana dua tahun temankan aku kat JB ni. Sayang sangat kat kau! Sedar tak sedar ni terompah kedua yang aku sendiri patahkan. Mungkin lepas ni kena jalan sesopan yang mungkin..Adeeeyyhh!

Monday, June 7, 2010

* selamat tinggal *

Assalamualaikum..
Salam semua..


HARI yang bakal tiba dah boleh dibilang dengan jari nampaknya. Perasaan? Terus terang cakap, masuk hari Isnin ni, aku memang agak serabut. Tak tau pasal apa, pagi2 tadi aku gelap mata. Pusing. Telan 2 biji PCM, masih tak ok. Tapi aku kena lawan gak sakit pening ni, sebab kalau dibiarkan, manja pulak jadinya.

RAMAI yang pelik kenapa aku masih kerja hari ni? Hehehehe....'aku kan sayang tempat kerja aku'. Tak apalah, sebenarnya aku rela macam ni. Bukan sebab terlalu berdedikasi, tapi aku tak suke memikirkan benda yang boleh buat aku tak senang hati. Kalau kerja, for sure aku tenang je. Tak fikir sangat pasal KAHWIN.

SEDIH mengenangkan apa yang aku ketahui hari ni. Kak Yana dapat Post Basic. 15 Julai dia akan ke Hospital Sungai Buloh. Maksudnya, hanya beberapa hari ni je aku akan ada dengan dia sebab lepas ni aku cuti panjang. Naik pun da hujung bulan. Maksudnya jugak, lepas Julai, dia dah tak kerja Blood Bank. Dah tak pergi mobile sama2. Dah tak pergi sarapan sama2. Dah tak bertekak sama2. Dah tak berfoye2 sama2. Pendek kata, semuanya dah tak akan ada lagi. Aku kembali sendiri kat sini.

RASA macam nak pinjam bahu seseorang untuk nangis tadi. Tapi aku tahan jugak sampai ke balik [ada gak terlepas setitik dua]. Maaf kak, aku halau kau tadi. Tak berniat nak marah kau. Memang tadi aku tak nak pandang dan tengok dan bercakap dengan kau. Aku terkejut sangat2.

SUKA tak suka, petang tadi kami bertiga keluar. Nabila pun penuhkan korum. Ikutkan aku tak ada hati nak keluar. Tapi bila fikir lepas ni dah tak tau bila agaknya boleh keluar lagi, akhirnya aku mengalah. Dalam ketawa2, sebenarnya ada duka. Kan kak? Banyak yang kita dah lalui. Harap2 kau berjaya kat sana. Insyaallah kalau ada rezeki, bila kau balik JB nanti, kita jumpa lagi.

TAPI aku harap, time kau balik, aku pulak dah ke KL. Insyaallah. Bukan nak larikan diri tapi aku tak sanggup kot nak lalui kesedihan ke-2..


*Esok LBS..Yessss!


*Baju merah tu, Kak Liana*Baju kuning tu, aku*


*Baju hijau tu, Nabila*Baju kuning tu, aku*


*Aku memag bosan menunggu org*


*Akhirnya, inilah yang berlaku*

Sunday, June 6, 2010

* setahun *

Alhamdulillah..
Bersyukur sangat...


6 JUN 2010..Genaplah setahun kami bertunang. Mulanya pagi tadi aku terlupa yang hari ni 6 Jun. Tapi bila aku berSMS, baru terperasan tarikh tu. Ya ampun..Punyalah banyak benda nak kena ingat, sampaikan tarikh tu pun aku lupa. Pada waktu2 macam ni tahun lepas, rasanya keluarga aku tengah berkemas2. Tetamu pun ada yang da pulang. Tapi aku pasti Yan, Amir, Kak Merry dan Abi masih rancak berborak dengan aku masa ni. Hahaha...ingat lagi ke korang?

TAK ADA sambutan yang istimewa pun hari ni. Cuma Abg Adi mengambil tarikh yang sama untuk bertunang dengan pilihan hatinya hari ni jugak. Rombongan dah pun dalam perjalanan pulang dan sampai ke Kuala Selangor [semasa ayat ini ditaip]. Malam ni mereka singgah di Serdang. Makan malam beramai2 di sana. Ish...sedihnya tak dapat ada dengan mereka.

PERANCANGAN awal nak ke Blood Bank pagi tadi. Tapi disebabkan hujan mencurah2, aku batalkan hajat tu. Bukan apa, aku jadi malas nak bersiap lepas tu nak turun bawah lepas tu nak kena drive sendiri. Alangkah bagus kalau ada driver sendiri. Hehehehehehe....

MAKAN tengahari bermenukan kue teow goreng. Sedap. Puas hati aku makan sambil tengok tv. Angin pun sepoi2 bahasa. Jarang aku dapat lepak rumah dalam suasana macam ni nak2 di hujung minggu. Bukan tak ada mobile.Ada. Tapi aku direhatkan hari ini *berapa agaknya collection hari ni*

WALAUPUN duduk ala2 tak ada kerja, tapi otak aku penat berfikir. Macam2 aku fikir. Pasal itu dan pasal ini. Selagi tak selesai semuanya, rasa serba tak kena. Kadang2 tidur malam pun terbawak2 dalam mimpi. Hai saudaraku Limah, kau mcm mana?Hehehehe....relax2!!

HARI dah petang. Hajat nak melawat Lina pun aku delay ke esok. Frust gak semalam datang melawat tapi tak dapat tengok princess baru keluarga Mak Andak. Tak apa, esok Mak Long datang tengok ye?

Saturday, June 5, 2010

+ hayati kisah Naemaa dan Qaleeda +

Assalamualaikum...
Salam semua!!

SABTU datang lagi. Rasanya Hosni dan Dayah dah selamat diijab kabulkan ni. Hari yang korang tunggu sampai jua akhirnya. Next week aku punya turn pulak. Mak aiii tiba-tiba terasa takut pulak.

SEMALAM sibuk dengan karangan aku. Penat nak pandang skrin lama2. Tapi dalam penat2 aku berjaya stay sampai jam 11 malam. Alhamdulillah. Idea datang mencurah2. Rasa best je menaip. Sampaikan terlupa pada kerisauan nak kahwin minggu depan.

HARI ni jugak Abg Adi tunang. Aku dan Helmi tak dapat nak join konvoi ke Perak dengan ahli keluarga lain. Maaf sangat2. Kami kesibukan. Helmi kerja hari ni. Aku pun sama. Maklumlah, masing2 akan cuti panjang minggu depan, jadi kenalah kerja lebih sikit. Hehheheheh...

KISAH Naemaa dan Qaleeda. Apa benda tu? Hmmmm......banyak yang terkandung dalam siri tu. Aku tegah berkira2 sama ada nak kongsi kisah tu kat blog ni atau tak. Sebabnya kisah ni panjang. Bukan cerpen. Kalau cerpen satu entri pun da cukup agaknya. Lagipun kisah tu sangat bermakna. Aku suka baca berulang kali. Lantak la kan, mata aku. Ikut suka la nak baca kerap mana pun? Huh.

NANTI aku fikirkan cara yang terbaik utk cadangan di atas. Aku ni lapar. Perut teringin nak makan McD...Yuhuhuhuhuhuhuhuhu.....Kalau Kak Yana tau mesti hebat dia marah2 kat aku. Ala kak, sekali ni je. Pasni aku dah tak makan lagi k? Hehehehehe....


*Marah bukan sebab sakit. Tapi sebab takut baju aku tak muat. Berat dah bertambah2 ok. Tapi masih tak sedar diri. Camne?

Friday, June 4, 2010

+ kembali yang asal +

Salam semua..

ALHAMDULILLAH...syukur sangat sebab kesakitan yang aku tanggung selama lebih kurang lima hari ni dah hilang sekaligus mengembalikan mood aku kepada yang asal *bestnye*. Maka dengan ini selera makan pun kembali seperti sedia kala walaupun aku sangat risau mengenai tabiat terbaru tu. Hmmmm...redah.

PAGI tadi sempat juga aku jenguk cousin kat wad. Tengah tunggu masa nak bersalin anak kedua [Kami sebaya. Tapi dia dah ada 'aset']. Bila tengok Lina, aku rasa seronok sangat. Dia lagi lah seronok sebab bergelar ibu. Tak apalah, rezeki masing-masing. Hehehehehe...

SUASANA dalam Blood Bank memang agak sunyi. Ramai yang dah cuti. Maklumlah, hari ni kan minggu terakhir persekolahan. Jadik ramai yang ambil kesempatan untuk berkahwin, jalan-jalan, balik kampung dll...

TAK lupa juga aku nak ucapkan tahniah pada Hosni & Hidayah. Semoga semuanya berjalan lancar esok. Selamat Pengatin Baru untuk korang!!!! Maaf la sebab aku tak dapat nak ke sana. Jauh. Lagi pun keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk merayap sejauh itu [Tak mungkin mak aku lepaskan aku ke utara tanah air, kan?]. Semoga berbahagia selamanya. Amin.

RAMAI yang bertanya bila agaknya aku mula cuti? Kalau nak ikutkan perkiraan mereka, ni minggu terakhir aku bekerja. Hehehehehehehehe...... Kira la berapa banyak hari yang kamu suka ye. Sebab hakikatnya aku masih berkerja minggu depan. Sayang nak ambil cuti awal sebab perjalanan untuk tahun ni masih jauh. Kat depan tu tak tau apa yang menanti nanti. Apa pun, terharu dengan ingatan tulus ikhlas tu ye.

BERBALIK kepada kesihatan aku [mood tengah baik ni], hari ni rasa tersangatlah gembira. Yela, walaupun rasa gembira tu datang bila dah nak hujung-hujung minggu, tapi masih tak terlambat untuk aku nikmati keseronokan bekerja tu kan?


MAKSUDNYA
, antara sedar atau tak, kesihatan tu sebenarnya menjadi salah satu faktor paling penting dalam diri untuk kita bekerja dengan lebih gembira. Lain rasanya kalau kita bekerja dalam keadaan terpaksa dan sukarela. Kalau masih ada yang belum pernah rasa, Insyaallah satu hari nanti korang akan rasa jugak. Percayalah!


*Tak sabar nak tunggu berita gembira dari Lina ni...Haiiiissshhh....!

Wednesday, June 2, 2010

+ hajat nak lari tapi terkena jugak +

Salam Semua...

Hari ni Rabu. Dah lima hari aku 'melahirkan' si bongsu ni. Rasanya ubat yang aku amik dari KPL dan klinik langsung tak bagi kesan seperti yang aku harapkan. Mungkin kat ofis tadi ramai yang dah perasan bila aku tak banyak bunyi. Senyap macam orang tengah tanggung masalah besar. Makan pun aku tak hirau dah. Nak bergurau senda pun aku buat endah tak endah.

Bila sakit2 macam ni, rasa nak cakap benda2 yang serius aje. Dah tak mahu nak berseloroh macam biasa. Tapi tiba2 tadi aku terkenangkan satu peristiwa yang mampu buat aku tersenyum.

*************************************************************************************

(Kisah ni ada kaitan dengan Azira dan Kak Mery. Tu pun kalau depa ingat lagi la)

Masa ni kami bertiga tengah praktikal lagi. Aku kat Harian Metro, Kak Mery kat Malay Mail dan Zira kat NST.

Dah namanya kebetulan, kami bertiga kena cover assignmnent berkaitan penubuhan Kelab Peminat Farhan AF. Yes, aku ingat dah! Tak silapnya kat restoran apa entah namanya yang terletak kat Jalan Ampang (berdekatan stesen LRT Ampang) Ha, yang mengelolakan tu saudara mara dan pakcik si Farhan ni.

Kiranya assignment tu lebih kepada hiburan la. Dalam hati aku dah mula berbunga rasa bosan. Kerja yang sepatutnya aku buat, dah habis. Si pengacara pulak amatlah teruja dengan kehadiran ramai orang terutama pihak media (biasala bila saudara mara jadi artis). Macam2 game yang dia buat termasuklah ada satu game yang memerlukan kita memancing ikan kertas. Tapi kalau kita bernasib baik, adalah ganjaran yang menanti di sebalik ikan2 yang banyak tu.

Bila tengok suasana yang agak tak berapa nk cocok dan sesuai dengan jiwa kami ni, kami bercadang untuk blah je dari majlis tu. Mula2 bertolak2 juga. 'akak lah bangun dulu, Zura la,ala....zira la..'.

Kononnya, dengan segala kekuatan yang ada, kami segera berdiri dengan hajat nk tinggalkan meja. Hah, memang nasib tak baik. Tiba2 nama kami dipanggil si pengacara tu. DAMN!!! Akhirnya, kami bertiga dipaksa 'memancing' kat tengah2 khalayak. Pedih gak telinga bila si pengacara ni dok perli2 kami. 'Nak kemana yang tiga orang tu? Oh, lari ye? Hah, padan dengan muka kan? Rasanya muka ni dah macam kena palit cat merah yang semakin mengering!

Lepas je keluar tinggalkan restoran tu, apa lagi, terbahak2 la kami bertiga. Dalam kereta (Savy Azira =)) memang tak putus2 cerita pasal insiden yang memalukan diri sendiri tu.


*Lain kali kalau datang berkunjung ke rumah@tempat orang, pandai2lah mintak izin untuk mintak diri. Jangan main cabut aja. Kalau nasib baik si tuan rumah tak perasan, tak ape. Tapi bayangkan kalau nasib tak baik. Haruuuuuuu~

Tuesday, June 1, 2010

+ ya atau tak +

Salam semua...

Harini aku MC. Mulanya pagi2 tadi dah pergi kerja macam biasa. Ambil sarapan macam biasa. Buat kerja macam biasa. Semuanya aku buat macam biasa walaupun kesakitan pada gusi bawah dah mula berpindah ke bahagian atas. Pipi kiri pulak membengkak. Aku rasa aku kuat untuk habiskan 8 jam bekerja untuk Selasa ni. Sayangnya, itu semua hanya andaian aku aje..

Jam 12.. Aku dah tak boleh nak buat2 ceria. Nak menyahut bila orang tegur pun aku rasa sakit sangat. Apatah lagi nak bercakap banyak2 (mcm yang selalu aku buat tiap2 hari). Aku mula perasan percakapan aku jadi semakin tak jelas bila aku bercakap dengan orang. Sampai dua tiga kali dia mintak aku ulang ayat yang sama. Dalam hati aku mestilah timbul rasa nak marah. Kan?

Macam2 cadangan yang aku terima mengenai klinik gigi yang terbaik untuk dikunjungi (sebenarnya aku pening dengar 'lepas tu kau belok kanan, u turn, depan sikit belok kiri..bla...bla..bla...). Akhirnya aku buat keputusan untuk ke klinik gigi yang terletak di Larkin Sentral.

Mujur tak ramai orang. Mula2 kakak yang jaga kaunter agak kerek. Tapi tu lah, tak kenal maka tak cinta.

Lepak check-up, Dr Nadzri terangkan lah serba sedikit mengenai status kesihatan gigi aku. Uuuhhhh... empat hari aku merana ok!

Dia mencadangkan aku supaya jalani pembedahan kecil pada bahagian gusi belakang. Tujuan? Untuk buang gigi bongsu yang gagal tumbuh secara normal. Proses ni bukan yang biasa dia lakukan. Berdasarkan X-Ray, keadaan gigi bongsu tu agak tenggelam dan menekan sedikit saraf yang berselirat di bawah gusi tu. Pembedahan agak rumit sebab dia kena pastikan saraf langsung tak terusik semasa proses tu nanti.. Arrrggghhhh...!

Mata aku dah berair. Aku ingatkan masalah sakit gigi aku ni selesai bila aku ke sana. Rupanya membawa satu lagi khabar yang merunsingkan. Tapi, Dr Nadzri tak galakkan aku jalani pembedahan tu sehinggalah selesai majlis 12 Jun nanti. Katanya, kalau aku buat sekarang, hidup aku agak merana sebab rasa sakit akan berlanjutan selama sebulan (sanggup?).

Jadi untuk tempoh ni, dia bagi aku ubat-ubatan. Kalau sakit makan. Kalau tak sakit tak payah makan.

Nak melangkah keluar dari klinik rasa lemah sangat. 'Hai la gigi, kenapa baru sekarang kau nak tumbuh?' Jadi sekarang, aku kenalah makan ubat yang pelbagai saiz dan rasa. Lagi pun dah lama aku tak makan ubat. Sekali sekala apa salahnya (motivasi diri sendiri).