Saturday, December 18, 2010

*cuti weekend jumpa chef*

Assalamualaikum...

AH, kenyang! Sebenarnya bukan makan apa pun. Kenyang menaip perkataan dan ayat. Lama jugak tak buat exercise jari. Dah naik kejung rasanya. Tapi ok lagi ni, boleh menaip laju2 macam dlulu.. Yuhooooo!

TENGAH cari mood nak siapkan assingnment.Hujung bulan dah nak kena submit.Kalaulah tajuk senang, memang dari minggu lepas aku dah langsaikan semuanya. Tak pe. Buat perlahan2. Asalkan isi dan tajuk saling berkaitan dan tak merapu ke laut!

MINGGU lepas (haiii, minggu lepas lagi?) sempat luangkan masa balik Muar-Melaka. Mujurlah tak jauh, larat juga kami menyusur Lebuhraya Utara-Selatan & AMJ. Apa yang penting, perjalanan bukan seorang diri, tapi berdua!

SEHARI di Muar memang tak cukup. Tak puas. Rasa tak habis cerita dengan mak. Tak habis gian nak peluk Yot & Puteh. Macam tu juga bila di Melaka. Kejap sangat rasanya. Apakan daya, masa kami sangat terhad. Kalau ada kuasa untuk tambah masa, memang dah lama kami tambah. Tapi, kami hanya manusia biasa. Hanya perlu akur pada-Nya.

JOM cerita bab masak! Sebenarnya bab ni tak dirancang. Terjadi secara tak sengaja. Lepas Zuhur, suami aku offer ajak jalan2 kampung. Benda ni rutin biasa bila kami balik Melaka. Best jalan2 tengok sawah padi. Kena angin sepoi2.. Lagi pulak suami aku ala2 YB kampung. Jalan semeter dua, ramai pulak menegur. Bukan apa, dia ni budak nakal kampung dulu. Dah besar Al-Hamdulillah jadi orang. Hehehehehe.....Tak lah, gurau jek!

MENOLAK untuk naik kereta, kami akhirnya pinjam skuter Cha (adik ipar). Wah, lagi ligat. Tapi rasa seronok datang sekejap jek! Sebab suami aku memilih untuk jadi pemboceng! Habis siapa lagi jadi tukang bawak kalau bukan aku?? Menggigil lutut! Aku tak ada lesen. Lebih mengharukan aku memang TAK TAHU BAWA MOTOR!! Ni memang kes pedajal orang!

DENGAN semangat yang si dia berikan, aku terkial2 kayuh skuter.
"Sayang, ni naik motor ke naik perahu?"
"Kejaplah, orang nak amik simpang"
"Memanglah, tapi kalau dekat jalan besau, tak kan nak kayuh motor guna kaki?"

*geram!

AKU memang failed! Dalam hati aku asyik fikir excident jek. Dalam 10 minit, akhirnya aku berjaya tenang dan bawa skuter dengan hati lalalalalala...Ewah, dari 40 km/j, berganjak ke 80km/j!
"Perlahan sikit, ni jalan kampung"
"Tolong duduk diam2 yek kalau tak nak kena tinggal tepi jalan"

Hahahahaha.....akhirnya diam juga si pembonceng. Sampai la kat satu jalan kecik dan sempit. Aku memang dah nampak ada tiga buah kereta. Memang pemanduan yang terlalu perlahan.
"Slow sayang. Jalan sempit depan tu"
Ok, aku perlahankan skuter. Tapi aku tak boleh imbang berat. Hah, terhuyu-hayang dibuatnye! DAN, kereta arah bertentangan kami yang tadinya perlahan terus berhenti. Begitulah jugak dengan kereta2 di belakang. Pak cik kereta paling depan siap keluarkan kepala.
"Dik, baik2 bawa motor. Risau pak cik tengok. Ni pak cik berhenti, hah, jalan elok2"
Wah!! Sangat malu yek. Rupanya kejahilan aku bawak motor tak boleh disorok2. Malu!

PERCAYA atau tak, dengan terkial2 bawa skuter, sampai juga ke Pantai Puteri. Lokasi ni bukan setakat untuk berkelah, tapi port terbaik untuk dapatkan ikan serta makanan laut segar. Ikan, ketam dan udang fresh penuh dalam motor! Sekali pandang macam ada acara makan besau aje kat rumah. Hahahahahaha!

SAMPAI rumah..suami aku meringankan tulang menebas rumput kat kebun belakang. AKU? Masak. Ye, masak. Lauk ketam berempah. Semestinya dengan tunjuk ajar mak mertua. Lauk tu kegemaran suami. Haruslah aku kena tahu macam mana nak masak. Aku sangat taat bila kat dapur. Yelah, kata nak belajar. Kenalah dengat kata. Mujurlah mak mertua aku sporting. Lapang dada aku nak belajar. Alahai, terima kasih mak. Dia cakap, kalau nak masak jangan segan nak belajar. "Apa2 lauk boleh tanya mak. Telefon aje." Hehehehe...Jangan marah yek. Aku ada mobile-resipi.

RUPANYA tak la susah mana nak masak 'lauk utama'. Janji bahan kena betul. Kalau tak memang rasa dia kacau-bilau.


*Habis Croc! Gara2 berkayuh naik skuter..Sedih betul.

Tapi moral of the story, sesusah mana pun perkara atau keadaan yang kita hadapi, ia akan menjadi mudah dengan adanya sokongan dari insan tersayang.
*Awaklah tulang belakang saya! Terima kasih..

*zaiZura*

Assalamualaikum..

DAH masuk Disember. Syukur sangat sebab masih boleh bernafas dan dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan membahagiakan orang lain. Hehehehe...Lain macam aje bunyi. Aduhai, walaupun Sabtu, tapi komitmen bekerja tetap ada. Tak kisah pun sebab rasanya dah lama tak kerja Sabtu dan Ahad. Sesekali kena kerja, rasa segar pulak. Berbeza dengan waktu kerja hari biasa. Tak tau la. Mungkin aku je yang rasa.

MINGGU lepas (10 & 11 Disember 2010) hati tersangat gembira. Gembira sangat. Sangat-sangat gembira! Bukan apa, kawan baik sejak sekolah rendah, agama dan menengah; Nurzalifah Ghazali, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan; Sari Indra Saputra (Indra). Terkinja2lah aku dan suami terchenta menghadiri majlis berkenaan. Hilang penat lelah selepas memandu dua jam dari JB.

ZAI sangat cantik! Busana merah-hitam memang klasik. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk bergambar dengan pengantin. Bersanding dah sejam. Makan beradab lagi. Last2 aku ambil gambar dia masa tengah makan. Tersengeh2 kawan aku tu. Besar dah kau ye Zai. Dulu kecik2 kita macam tak da arah. Degil. Tak padan kecik, pendek, ligat kita berjalan sana sini. Kayuh basikal tengah2 panas. Pening kepala mak ayah. Sekarang tak sangka, semuanya berubah.

KAWAN yang kahwin tu, kira kahwin la juga. Ni kawan yang dah kahwin dan datang sebagai tetamu bukan main hebat makan nasi minyak si kawan yang kahwin. Mula2 makan meja dekat dengan pintu rumah. Sepinggan settle. Dah tu bila datang Nohal & Suami serta Intan, berpindah ke meja lebih luas. Ceh, gaya macam baru datang aje. Hehehehehe..Sempat pulak suami aku minta aku masak nasi minyak! "Sayang, agak2 la. Kalau nasi ayam tu boleh dilayan lagi..Ni nasi orang kahwin, meleleh air mata kat dapur". Namun, aku berazam akan menunaikan permintaan itu. InsyaAllah ;)

APA pun, kenduri kahwin Zai haritu banyak membawa aku kepada kawan2 sekampung yang satu masa dulu pernah sama2 melayari alam kanak2 bersama. Makcik2 yang duduk sekampung. Ada juga saudara mara jauh (Zai & aku ada pertalian darah) pun selalu aku nampak melintas depan meja kami. Senyum2 aje sebab aku tau diorang sure tak cam aku. Melainkan aku datang dengan mak abah. Disebabkan aku dari JB, maka mak abah terpaksa pergi asing2.

IKUTKAN aku yang jadi pengapit. Tapi atas alasan tertentu, makanya hari kejadian aku datang sebagai tetamu. Hehehehehehe..Kalau tak, memang malam lah baru balik rumah. Tapi tak apa, aku senang hati tengok Zai dan Indra..Semoga bahagia selamanya beb!

STATUS dah bertukar. Harap2 lepas ni keluarga kami akan berkembang. Dan harap2 juga hubungan silaturrahim ini tak akan putus sampai bila2. Sayang sangat.


*sedapnya Nescafe Soda..!


*zai..berarak.


*senyum Zai..semoga bahagia ke akhir hayat!


*makan beradab.


*Pengantin lama mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk Zai & Indra.

Friday, December 3, 2010

*Hadirmu Tak Ku Undang*

Assalamualaikum...

TUP tup dah masuk Disember. Dah nak habis pun tahun 2010. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku wish kawan2 sempena masuk tahun baru. Baru semalam juga aku pasang azam tahun baru. Dan macam tak percaya yang perkahwinan dah masuk setengah tahun. Tapi satu je yang aku kena percaya; AKU MASIH DI SINI..Hah... Sabar itu separuh dari iman.

SYUKUR juga sebab hari ni last day Helmi di sana. Esok tengahari InsyaAllah dia sampai ke Subang. Mudah2an segala urusan dipermudahkan. Memandangkan esok aku kerja, jadi terpaksalah dia pulang sendiri. Harap2 semuanya selamat. Mintak2 juga esok cuaca tak macam hari ni. Risau.

SELAIN risaukan kepulangan dia, ada satu lagi benda yang mengganggu fikiran. Bukan pasal transfer. Bukan pasal kerja. Tapi pasal kehadiran 'sesuatu' di lengan kanan aku. Ya. Sangat merisaukan. Benjolan ni aku sedar kewujudannya sejak tiga empat bulan lepas.Tapi aku tak ambil kisah sebab tak nak berprasangka.

DISEBABKAN aku pernah ada sejarah Lymphoma, (Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari
sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga
dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan
sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.
Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem
limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada
tempat tersebut.
Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali
sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di
kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit
tersebut ditunjukkan.

) maka terpaksalah aku ambil kisah mengenai kehadiran benjolan ni. Sangat cuak ok! Tengah hari tadi aku lapangkan hati untuk bertanya pada Dr Fir. Dan reaksinya membimbangkan aku!!

KATANYA, mungkin Lymphoma lagi. Cuma kali ni saiz agak kecil. Apa pun aku kena refer pakar juga sebab nak tau apa sebenarnya benjolan tu. Bukan apa, takut makin merebak dan menjejaskan saraf tangan. Macam Lymphoma dekat belakang bahu kanan aku dulu. Tapi dah buang dan Alhamdulillah, sembuh. Cuma trauma dibedah masih segar dalam kepala ni yek!

BUAT masa ni aku K.I.V dulu untuk jumpa pakar sebab aku tak nak cuak sepanjang hari. Memandangkan saiznya masih kekal sama macam sebelum ni, jadi aku simpan dulu niat nak refer doktor. Nantilah. Sebab aku masih tak sedia nak dengar apa2. Tapi andai kata dalam masa terdekat ni benjolan semakin besar dan menunjukkan simptom2 yang sama macam dulu, aku akan dapatkan rawatan. Dan mohon sangat2, kali ni tak perlulah sampai ke bilik pembedahan..Sakit yang dulu masih terasa.


*Lymphoma selepas dibedah (28 Mei 2009)*

Wednesday, December 1, 2010

*JAWATAN KOSONG: Berminat??*

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:



Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Thursday, November 18, 2010

*Diet Ikut Jenis Darah*

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

MUNGKIN apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

LEKTIN adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

MENURUTNYA, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

SELAIN itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

INDIVIDU dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

BERBEZA dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

PEMILIK golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

MAKANAN yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

MANAKALA makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


POLA makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

PENGAMBILAN jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:


Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.

Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

HASIL kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

PEMAKANAN sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Monday, October 25, 2010

* antara cinta dan suka *

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Sunday, October 24, 2010

*isteri pertama*

SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

PEDAGANG itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

BEGITU juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

SAMA halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

SUATU ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

LALU dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

PEDAGANG yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

LALU dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan ku buatkan makam yang indah buatmu."

JAWAPAN itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku."

SAHABAT, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Tuesday, October 12, 2010

* Kau Ilhamku *

Dia segera beralih ke helaian seterusnya. Kali ini tulisan tangan Qaleeda memenuhi muka surat itu. Mata Naemaa terpaku kepada setiap baris ayat yang dikarang itu. Bagai terngiang-ngiang suara Qaleeda membaca barisan ayat yang ditulisnya itu.

1 Jan 2010 (Jumaat)
- Here without Naem -

Hari ini aku ke tempat kerja dengan semangat baru. Tapi aku masih berharap keputusan yang dia buat berubah tak lama lagi. Kenapa kau buat keputusan bodoh macam tu Naem Kau dah tak sayangkan persahabatan kita ke? Tak apalah, aku dah janji dengan diri sendiri tak akan paksa kau lagi lepas ni. Aku akan biarkan keadaan berlaku mengikut takdir. Apa pun aku selalu ingatkan kau Naem.

Pagi tadi aku bersarapan dengan Auntie Nab. Tekak tak ada selera. Auntie tak habis2 cerita pasal persiapan kahwin Lini. Haiii tekanan betul. Tapi aku dengarkan aje. Yelah, orang tua memang macam tu kot? Hehehehehe….

Petang tadi ada jamuan. Ah, perut aku rasa nak meletup dah. Apa tak nya, dari pagi tadi asyik makan aje. ‘Buangnya’ tak. Perut pun dah mula rasa sakit ni. Mintak2 lah esok lusa semua benda yang aku makan keluar dengan selamat. Seksa !

Rasa macam nak SMS Naem. Tapi dia mesti tak akan balas. Aku tau dia dah ada Shima. Ah, perempuan tu buat aku sakit hati. Aku tak suka Naem membanding2kan aku dengan dia. Naem tak patut buat macam tu. Dia sengaja nak sakitkan hati aku. Tak apalah…

Ok, dah malam. Ngantuknya! Aku harap esok mood aku datang semula. Sebenarnya tahun baru ni aku tak rasa gembira pun. Rasa kehilangan yang amat sangat.

‘Auntie Nab tak habis2 cerita pasal persiapan kahwin Lini. Haiii tekanan betul.’

Tertekan? Kenapa nak tertekan? Sepatutnya dia gembira. Naemaa berasa agak pelik dengan perasaan Qaleeda itu. Padanya, ketika itu Qaleeda patut bergembira menghitung hari tarikh perkahwinannya.

Namun dia mengagak tekanan Qaleeda mungkin disebabkan faktor jarak. Qaleeda di Johor manakala tunangnya Rais di Kuala Lumpur. Agak sukar sebenarnya untuk mereka merancang persiapan perkahwinan dalam keadaan yang demikian. Naemaa akur dengan perasaan yang dirasakan temannya itu.

‘Aku tau dia dah ada Shima’. Naemaa merenung ayat itu lama-lama. Shima kenalannya yang bertugas di salah sebuah akhbar tempatan. Ya, selepas ketiadaan Qaleeda, Shima muncul dalam hidupnya. Perwatakan gadis itu saling tak tumpah seperti Qaleeda. Namun usianya lebih dua tahun daripada mereka. Kehadiran Shima sering mengingatkan dirinya kepada Qaleeda.

Malah tumpuannya kepada Shima semakin bertambah sejak mengetahui Qaleeda sudah bertunang dan akan berkahwin. Baginya, 'adik bongsunya' itu sudah ada penjaga. Tapi, nyawa Naemaa bagai mahu tercabut ketika menerima khabar itu. Padanya, Qaleeda rasa bahagia, tapi dia yang derita. Sejak itu dia bagaikan jauh hati dengan Qaleeda. Malah dia berazam tak akan menghubungi teman kesayangannya itu lagi. Naemaa sungguh berkecil hati dengan keputusan Qaleeda. Naemaa terasa dirinya dibelakangi Qaleeda. Salah ke kalau dia menjadi orang pertama mengetahui berita gembira itu? Namun sebaliknya berlaku.

Tapi Qaleeda tak putus-putus menghubunginya tak kira dalam apa jua cara sekali pun. Kadang-kadang naik menyampah pun ada. Sebenarnya dia pun tak pasti bagaimana perasaan sayang kepada Qaleeda yang ditanam sejak lapan tahun lepas bertukar kepada benci. Sebenarnya bukan benci, tapi kecil hati. Dengan mudah pula rasa itu beralih kepada Shima. Naemaa tak pernah terbayangkan yang dia dan Qaleeda akan berhadapan dengan situasi begitu. Selepas pertunangan Qaleeda, mereka bagaikan tak pernah rapat. Panggilan ‘adik’ yang diberikan kepada Qaleeda juga jarang digunakan setiap kali bercakap dengan Qaleeda.

Naemaa ingat lagi, selepas itu juga, dia dah jarang nak SMS Qaleeda. Malah setiap SMS Qaleeda akan dibalas dengan ayat yang menyindir dan berunsur peringatan. Dia tahu agak keras caranya, tapi hatinya juga perlu dijaga. Dia tak mahu Qaleeda terus membayangi hidupnya lagi. Bukan senang nak lupakan Qaleeda. Sakitnya masih berbekas hingga kini.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sengaja dia lambat-lambat menjawab panggilan itu. Rasa sedikit terhibur dengan lagu ‘Menatap Matamu’ nyanyian Aril AF7 yang menjadi nada deringannya. Padanya lagu itu menyimpan kenangan yang indah.

“Hello Naem, dah tidur ke? Sorry ganggu you malam-malam ni.” Suara serak basah Ann kedengaran di hujung talian. Ann wartawan di salah sebuah akhbar Cina tempatan. Bahasa Melayunya agak fasih. Naemaa senang berkawan dengan gadis Tiong Hua itu. Tak berkira dan mudah bekerjasama. Sering membantu Naemaa jika Naemaa tak sempat hendak membuat liputan berita yang kebetulan dihadirinnya.

“Belum, kenapa? You memang suka ganggu I malam-malam,” seloroh Naemaa. Dia tahu Ann tak akan ambil hati dengan kata-katanya. Ann tergelak kecil.

“Esok Datuk invite you tak? Soal Ann.

“Ada kenapa?” Balas Naemaa sambil tangannya menutup diari itu perlahan-lahan. Kemudian disorong ke bawah bantal.

I tak tahu tempat. Kat mana ha?” Nada Ann seakan risau. Apa tidaknya, assignment esok bermula seawal jam 8.30 pagi. Dalam keadaan Ann yang tak berapa mahir dengan kawasan Subang Jaya, pasti esok bakal membuatkan dia kelam-kabut.

You tunggu kat tempat biasa. Nanti I datang then you follow I je la. Tempat tu jauh. Kawasan kampung. Biasalah Datuk kan suka masuk kampung. Nak tinjau masalah pelupusan sampah haram,” panjang lebar Naemaa bercakap. Sememangnya dia langsung tak keberatan untuk membantu rakan wartawan jika mereka memerlukan bantuan. Sebab itu Naemaa popular dan disenangi ramai.

“Ok. Thanks. Esok I belanja you makan. Hehehe…” Nada Ann kembali ceria.

“Ingat jangan pakai skirt pulak. Kasut tumit pun jangan. Nanti terbenam dalam tanah siapa nak tolong you?” Sempat juga Naemaa berpesan. Anak Cina yang seorang ini gemar berkain pendek berbanding seluar.

“Yelah. Nanti I pakai selipar tak pun boot macam you ye?” Ann ketawa lagi. Naemaa tak terasa dengan gurauan itu. Benar dia senang mengenakan kemeja dan jeans serta kasut but kesayangannya setiap kali keluar bekerja. Padanya itu sudah cukup selesa dan meyakinkan. Malah sejak di UiTM dulu dia sudah berpakaian begitu.

Naemaa berjalan ke bilik air selepas talian dimatikan. Dia membasuh muka. Kemudian memandang cermin yang tergantung di bahagian atas sinki bilik airnya itu. Dia nampak perubahan pada wajahnya. Matanya agak kedalam. Mukanya yang dulu sering dikatakan Qaleeda sebagai ‘bulat macam pinggan’ semakin cengkung.

Bagaikan rutin, Naemaa sekali lagi melihat gambar-gambar yang terkandung di dalam kamera digitalnya itu. “Rindu sangat aku kat kau dik!” Akhirnya ayat itu terpacul keluar daripada mulut Naemaa. Ye, ‘adik’. Qaleeda ibarat adik bongsu dalam keluarga Naemaa walaupun mereka sebaya. Susuk tubuh Qaleeda yang kecil di kalangang keluarga Naemaa mendorong panggilan itu digunakan kepada teman kesayangannya, Qaleeda. Air mata Naemaa berlinang, menemani tidur Naemaa malam itu.

Wednesday, October 6, 2010

* minat sampai mati *

Assalamualaikum..

LAMA sungguh tak meleret-leret dalam blog. Bukan apa, tak ada idea. Idea yang ada hanya ditumpukan kepada *Kau Ilhamku*. Hahahahaha....Ayat macam bagus je. Penulis terkenal pun tak keluarkan statement macam ni. Hmmmmmm...Apa nak buat. Dah minat.

SEKALI pandang, penulisan dianggap sebagai perkara biasa. Ada yang anggap ia sebagai tugasan hakiki. Ada juga yang anggap, penulisan adalah seni. Bagi aku, penulisan melambangkan peribadi. Sebab? Tak tahu lah kan, mungkin setiap kita mempunyai pandangan berbeza mengenai sesuatu perkara. Contohnya penulisan. Bila aku membaca sesuatu artikel, perkara utama yang aku akan lihat, lenggok penceritaan yang digunapakai si penulis. Kalau kaku macam batu, memang membosankan. Kecuali topik yang dikarang tu mempunyai aura tersendiri untuk memancing pembaca. Secara automatiknya artikel itu mampu berdiri sendiri.

AKU sukakan penulisan yang bersahaja tapi berisi. Sebab tu aku suka sangat membaca blog orang. Banyak benda yang aku boleh belajar terutama mengenai emosi. Sedar tak sedar, manusia akan melepaskan emosi dalam apa jua bentuk. Bergantung pada minat dan kebolehan masing-masing. Bagi yang kaki melukis, emosi mereka akan tersalur dalam lukisan. Bagi yang suka mengarang, si pembaca pasti akan dapat menghidu emosi si pengarang dalam karya yang terhasil.

TAPI bagi aku, penulisan akan terhasil bila aku sedih. Tak tahu kenapa. Bila sedih, aku akan menulis. Tapi bila mood aku ok dan gembira, niat nak menulis langsung tak ada. Dulu masa gila dengan diari, aku hanya akan menulis mengenai perkara yang menyedihkan. Hal-hal yang menggembirakan ada juga, tapi tak sebanyak cerita mengenai kesedihan. Entah apa-apa je aku ni. Tapi tu lah, mungkin sebab minat.

CEMBURU benar rasanya setiap kali terbaca by-line kawan-kawan yang kini gah di medan penulisan masing-masing. Nur Farhana Abdul Manan (Sinar Harian Subang Jaya), Izyan Liyana Mohd Dariff (KOSMO!), Ferzalfie Fauzi, Muzdalifah Mustapha, Farabi Al-Jabri (Utusan Malaysia)dan yang lain (ramai lagi yang hebat), sesungguhnya aku sebak dan gembira setiap kali terbaca artikel kamu semua. Apa pun aku bangga sebab korang teruskan perjuangan..All the best!

DAN aku.....Akan sentiasa menyokong dunia penulisan!

Monday, October 4, 2010

*Kau Ilhamku*

LETIH benar badan Naemaa. Selesai solat, dia duduk merenung diari hitam kuning itu. Semalam dia langsung tak berkesempatan melihat diari itu. Pulang ke rumah dia terus tidur. Terlupa tentang diari dan kamera digitalnya itu.

Naemaa memegang diari itu. Jarinya mengusap-usap lembut huruf ‘Q.A.L.E.E.D.A’ yang ditulis kemas pada tepi bahagian bawah diari. Itu tulisan tangan Qaleeda. Masih sama seperti dulu. Kemas dan cantik. Ramai yang memuji tulisan itu dulu dan satiap kali dipuji, Qaleeda hanya tersenyum. Senyuman Qaleeda juga masih segar diingatan Naemaa. Dia menarik nafas dalam-dalam.

Dadanya bergetar bila kulit hadapan diari dibuka. Sebelum ini Naemaa tak pernah menyelak mana-mana helaian diari itu. Apa yang ada di dalamnya pun dia tak tahu. Namun Naemaa tahu diari itu bukan yang pertama buat Qaleeda. Teman kesayangannya itu gemar menulis apa saja di dalam diari sejak zaman sekolah lagi. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan membawanya kepada dunia kewartawanan.

Biarpun baru dua tahun bergelar wartawan, Qaleeda terpaksa akur dengan harapan keluarganya. Dia terpaksa menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan. Keputusan itu juga yang memisahkan mereka. Qaleeda berpindah ke Johor Bahru. Bertugas sebagai pegawai kerajaan di salah sebuah jabatan di sana. Perit untuk Naemaa menerima keputusan itu. Dia bagaikan hilang arah bila terpaksa hidup tanpa Qaleeda. Namun dia menerima takdir itu dengan redha.

Tumpuan Naemaa beralih kepada poket kecil yang terdapat pada sisi kulit diari itu. Terdapat business card milik Qaleeda. Di bahagian lain terdapat beberapa keping gambar bersaiz 4R. Naemaa menarik keluar kepingan itu. Gambar konvokesyen mereka tahun 2007, gambar Qaleeda sekeluarga, gambar pertunangannya tahun lepas serta dua keping gambar mereka ketika masih belajar di UiTM. Kesemuanya masih dalam keadaan baik. Entah kenapa Naemaa tergerak hati untuk melihat ke belakang gambar mereka itu. Dia mengetap bibir tatkala terpandang sebaris ayat yang ditulis Qaleeda. ‘Me & My Everything’.

Naemaa segera mencium kedua-dua gambar itu. Hatinya kembali sebak. Kali ini esakannya kian kuat. Berulang kali dia mencium kedua-dua gambar itu. Rasa rindu untuk memeluk tubuh kecil Qaleeda semakin kuat. Rasa rindu untuk mendengar bebelan Qaleeda kian tebal. Rasa rindu untuk melihat Qaleeda menarik muka masam datang bertimpa-timpa.

Setelah tangisannya reda sedikit, dia menyelak helaian pertama. Muka surat ini mengandungi Year Planner untuk bulan Januari dan Februari. Begitu juga dengan muka surat berikutnya. Selakan terhenti bila terpandang muka surat yang mengandungi kalendar Mei dan Jun. Jelas pada pandangan Naemaa tulisan tangan Qaleeda pada tarikh 5 Mei. ‘Birthday My Naemaa’. Kemudian pada tarikh 29 Mei. ‘My Rais turn to 27th’.

Qaleeda memang gemar mencatat harijadi kenalannya di dalam diari. Malah tarikh-tarikh penting berkaitan dirinya dan Naemaa turut terkandung di dalam kalendar diari itu. Bagaikan mahu pecah dada Naemaa bila mendapati temannya itu masih mengingati tarikh kelahiran ibu serta adik-beradiknya yang enam itu. Malah ulang tahun pemergian arwah abahnya turut dicatat sama. Naemaa pasti kesemua tarikh itu pasti disimpan sama dalam kalendar telefon bimbit Qaleeda. Ya, itulah kelebihan Qaleeda. Kini Naemaa mengagumi tindakan teman kesayangannya itu. Dia menyesal kerana pernah suatu ketika dulu, tindakan itu tak pernah dihargainya. Terima kasih Qaleeda !

Monday, September 27, 2010

* Kau Ilhamku *

*DUA*

WAJAH Yana dan Azlin dipandang silih berganti. Naemaa tak tahu nak mula bercakap tentang apa. Lidahnya kelu. Tak macam kebiasaannya, dia akan mula bercerita tanpa henti. Sering kali cerita yang keluar mengundang tawa rakan yang mendengar. Pendek kata, Naemaa bijak memulakan perbualan. Sikap itu yang disenangi kenalannya. Tak hairan kalau dia ramai kawan.

“Naem assignment kat mana tadi?” Soal Azlin lembut. Dah lama benar dia tak jumpa Azlin. Sejak rakannya itu pulang belajar dari Amerika Syarikat, tak pernah sekali mereka bertemu. Hanya berhubung melalui Facebook. Ya, laman sosial yang semakin popular di kalangan masyarakat dunia.

Azlin gadis bijak. Sewaktu di peringkat diploma mahupun ijazah, tak pernah sekali pointer di bawah 3.5. Tak hairan dia berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Master di luar negara. Naemaa bangga mengenali Azlin. Sikapnya yang sederhana begitu menyenangkan semua. Walaupun datang daripada keluarga kaya, tapi Azlin langsung tak pernah meninggi diri dengan apa yang dia ada.

Yana pula rakan yang happy go lucky. Ada saja idea spontan daripadanya setiap kali berjumpa. Walaupun jarang bersua muka, Yana antara rakan yang sering bertanya khabar Naemaa. Malah mereka sering berkongsi berita. Maklumla, masing-masing bekerja di surat khabar berbeza. Agak senang untuk bertukar idea.

“Tadi ada kes jenayah. Tengah tunggu gambar suspek je ni,” balas Naemaa sambil mencapai gelas milo panasnya sebelum bibirnya menghirup perlahan-lahan air kegemarannya itu.

“Eh kau da tukar desk ke Naem? Dulu bukan rencana ? Wah, sekarang dah mantap. Meletop gitu.” Yana tersenyum memandang Naemaa. Namun Naemaa hanya bersahaja.

“Dua-dua aku buat. Rencana ikut turn. Jenayah kalau ada, aku kenalah cover.” Balas Naemaa pendek. Dia memang tak suka bercerita panjang mengenai ruang tugasnya di akhbar itu. Yana hanya mengangguk tanda faham. Azlin pun begitu.

“Yana tadi ada assignment dengan Datuk Siti. Makin cantik dia Naem. Geramnya tengok kulit dia.Ya Allah cantik sangat tau!” Kali ini Yana bersuara sambil melakukan bahasa tubuh yang menggelikan hati. Naemaa tahu Yana begitu obses dengan Penyanyi Nombor Satu Negara itu sejak mereka belajar lagi. Sehinggakan telah berkerjaya, Yana masih mengagungkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

“Pasal apa tadi Yana? Produk terbaru dia ke album baru?” Soal Azlin yang agak tertarik dengan cerita Yana. Naemaa diam memandang gelagat keduanya. Hatinya sedikit terhibur melihat telatah Yana yang selamba.

“Hmm pasal ‘Simply Siti’ dia tu la Leen. Tapi mahal la. Yana ingat nak cuba tapi takut tak sesuai dengan kulit I la,” balas Yana berseloroh. Azlin ketawa kecil. Naemaa pun tahu serba sedikit mengenai produk kecanitkan milik penyanyi itu. Tapi disebabkan dia bukanlah jenis yang taksub kepada kecantikan, maka apa yang berkaitan mengenainya hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yana dan Azlin tahu sikap Naemaa yang satu itu. Begitu juga Qaleeda.

“Kak Siti macam mana sekarang? Masih kat Muar ke?” Naemaa tiba-tiba teringatkan Siti Mariah rakannya yang betugas sebagai Pegawai Penerangan di Hospital Muar. Tahun lepas dia keguguran. Ketika itu usia kandungan mencecah lima bulan. Walaupun Naema belum pernah bergelar ibu, tapi dia pasti perasaan yang ditanggung Kak Siti serta suaminya, Abang Rodi.

Yana membetulkan posisinya. Tubuhnya agak ke depan berbanding tadi yang sedikit bersandar di kerusi. Begitu juga dengan wajahnya. Daripada ceria kepada suram.

“Yana ada call dia kelmarin. Kak Siti masih kat Muar. Kesian dia kan? Jauh daripada suami,” terang Yana perlahan. Azlin hanya mengangguk perlahan. Naemaa hanya diam memandang Yana.

“Leen lagi dah lama tak jumpa dia. Sejak balik ke sini tak pernah langsung kita buat gathering party kan? Yana plan la something. Boleh jumpa kawan-kawan. Rindunya kat budak Journalism!” Bersemangat Azlin menuturkan kata-katanya. Riak wajah Yana kembali ceria. Namun Naemaa langsung tidak memberi reaksi.

“Naem nanti kita buat gathering nak? Kita ni nama je duduk KL, tapi lepas habis belajar, semua buat hal masing-masing. Nak-nak kau Naem, sibuk memanjang.” Kali ini Yana serius. Sambil bercakap dia memegang tangan Naemaa yang duduk di hadapannya itu. Yana benar-benar berhajat untuk membuat majlis perjumpaan untuk kawan-kawan lama mereka. Dapatlah dia berjumpa dengan geng mereka yang digelar ‘Geng Pak Samad’.

Nama itu muncul secara tak sengaja sewaktu mereka bertujuh menyewa di rumah milik Encik Samad di Seksyen 7, Shah Alam. Ketika itu mereka berada dalam semester empat Ijazah Kewartawanan di UiTM Shah Alam. Yana, Naemaa, Qaleeda, Kak Siti, Azleen, Nor dan Kak As. Hubungan mereka akrab walaupun kadang-kala ada sedikit pertengkaran. Namun semua itu tak pernah memisahkan mereka.

“Insyaallah”. Ringkas benar jawapan Naemaa. Dia mencapai gelas, menghabiskan sisa minumannya. Walaupun kedua temannya itu tampak bersemangat, namun tidak bagi dirinya. Kalau boleh dia tak mahu berjumpa dengan rakan sekelasnya dalam waktu terdekat ini. Semua itu akan mengembalikan kenangan dia bersama Qaleeda. Naemaa bimbang benar perasaannya gagal dikawal nanti.

“Ok nanti kita confirm semula ye?” Azlin cuba menarik perhatian Naemaa semula yang padanya tampak muram tiba-tiba. Yana hanya diam. Agak lama Naema membisu. Dadanya sebak. Mahu saja dia cepat-cepat beredar dari situ. Namun apa pula anggapan Yana dan Azlin nanti?

Selepas menghabiskan minuman masing-masing, mereka kemudian mengambil keputusan untuk pulang. Tak banyak yang mereka bualkan. Kalau nak diikutkan, banyak topik yang ingin Yana dan Azlin bualkan bersama Naemaa. Tapi keadaan Naemaa seakan tidak berminat untuk berborak panjang seperti selalunya. Malah, tubuh putih gempal Naemaa semakin susut. Mukanya juga cengkung. Wajahnya sayu, tak seceria dulu. Yana faham apa yang ditanggung Naemaa. Tujuannya mengajak Azlin dan Naemaa keluar minum hanya untuk mengurangkan rasa sedih Naemaa. Tapi ternyata dia gagal. Rasa sedih Naemaa masih tebal walaupun sudah lebih sebulan Qaleeda meninggalkan mereka.

Tuesday, September 21, 2010

*Kau Ilhamku*

Selepas selesai solat, Naemaa duduk di hujung katil. Rasa kesal mula menyelinap masuk ke dalam hatinya. Sepanjang minggu lepas dia langsung tak hiraukan perkara yang wajib itu. Lima waktu dibiarkan berlalu tanpa rasa bersalah. Dia hanya melayan perasaannya yang ketika itu hanyut entah ke mana. Naemaa kesal kini. Sesungguhnya dia manusia yang masih belum sempurna. Jiwanya masih belum kuat untuk melawan hasutan syaitan.

“Ya Allah, berdosanya aku”. Hatinya sayu. Terasa malu pada tuhan tatkala menadah tangan berdoa sebentar tadi. Teresak-esak dia menangis. Setiap butir yang diucapkan keluar secara spontan. Naemaa tak mengarangnya. Apa yang diucap datang dari hatinya yang dirundung kesedihan tak terperi. Agak lama dia duduk bersimpuh di atas sejadah. Kakinya mula terasa kebas. Naemaa bukan boleh duduk lama-lama begitu. Mudah saja sakitnya datang.

“Boleh tak kau lunjurkan kaki ni?” Suara Qaleeda agak keras. Dia marah dengan tindakan Naemaa yang membengkokkan kakinya dek kerana geli diurut. Tapi Naemaa langsung tak takut, malah dia hanya ketawa sampai merah muka.

“Aku geli la!” Jeritnya. Tapi selepas itu dia menghulur kembali kaki yang sakit itu ke peha Qaleeda. Wajah temannya itu masih mencuka. Naemaa tahu Qaleeda marah. Tapi dia tak ambil kisah sebab sikap Qaleeda memang begitu. Marahnya tak lama. Cuma kena tahan telinga sebab bebelan demi bebelan akan keluar daripada mulut Qaleeda.

Rajuk dan marah Qaleeda reda bila Naemaa melawak. Akhirnya mereka akan ketawa terbahak-bahak. Penat bercerita, masing-masing tidur. Sebantal dan sekatil. Memang ada yang curiga tapi bagi mereka, semua itu bukan perkara ganjil. Keakraban persahabatan mengatasi segalanya.

Naemaa cuba membetulkan pembaringannya. Siling yang kosong ditenung lama. Matanya masih tak mahu lelap. Lantas dia bangun mencapai kamera. Jarinya ligat menekan butang ‘play’. Gambar muncul satu persatu di atas skrin. Sesekali Naemaa tersenyum. Sesekali wajahnya bagai tak berperasaan dan kali ini air mukanya bertukar suram. Wajah Qaleeda terpampang pada skrin. Senyuman Qaleeda benar-benar ikhlas ketika itu. Menerima hadiah harijadi daripada Naemaa sempena ulang tahunnya yang ke-19. Sambutan mengejut yang serba sederhana dirancang Naemaa dan beberapa rakan kolej kediaman yang duduk di aras sama. Nama kolej itu pun Naemaa tak lupa. Kolej Teratai 3.

Kek untuk Qaleeda dibeli atas bantuan rakan Naemaa yang tinggal di luar kolej. Ketika hendak keluar mengambil kek, Naemaa sengaja mengunci pintu bilik. Takut benar dia kalau-kalau Qaleeda keluar dari situ. Mujur ketika itu Qaleeda sedang leka mengulang kaji. Tak perasan dirinya ‘dikurung’. Suasana di bilik bertukar meriah bila mereka meluru masuk sambil menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ untuk Qaleeda.

Nyata Qaleeda terkejut. Namun Naemaa tahu temannya itu gembira. Naemaa ingat lagi bagaimana bersusah payah dia ke Plaza Alam Sentral (PAS) sendirian mencari hadiah untuk Qaleeda. Nak beli yang mahal-mahal, dia tak mampu. Duit biasiswa yang diterima cukup-cukup untuk belanja satu semester. Dia kena berjimat. Akhirnya, cawan kaca berlukiskan kartun Mickey dan Minnie menjadi pilihan. Melodi ‘Happy Birthday’ kedengaran setiap kali cawan diangkat. Itu yang memikat Naemaa.

Tapi Naemaa agak kesal sebab dalam riuh rendah menyambut hari kelahiran itu, hadiah untu Qaleeda itu terlepas jatuh ke lantai. Hanya Naemaa tahu apa isi hadiah itu. Dia bimbang kalau cawan itu pecah. Tentu Qaleeda rasa tak gembira. Tapi syukur ia masih elok. Muzik pun masih ada.

Tak sangka rakan lain turut berkongsi sesama sendiri membeli hadiah hari jadi untuk Qaleeda. Selain cawan daripada Naemaa, ada tiga empat hadiah lagi yang Qaleeda terima. Malam tu aktiviti ulang kaji bertukar kepada sesi kejar mengejar sesama mereka. Kek hari jadi dipalit ke muka sesiapa sahaja. Lintang pukang Qaleeda lari menyelematkan diri sehingga memaksa dia menyorok di dalam bilik teman lain. Kasihan Qaleeda.

Naemaa menyeka air matanya yang berlinang. Suasana malam yang sunyi menambah lagi duka kesedihannya. Dia rindukan temannya Qaleeda. Kalau dulu, bila teringatkan Qaleeda, dia akan hantar khidmat pesanan ringkas (sms). Walaupun ada yang tak berbalas, tapi Naemaa tahu Qaleeda menerima dan membacanya. Tapi kini, kalau hantar sms, tak akan ada yang menerima apatah lagi membacanya. Naemaa sebak. Sebak mengenangkan bagaimana keadaannya menempuh hari mendatang tanpa Qaleeda.

Naemaa tak tahu pukul berapa dia melelapkan mata. Terlalu banyak kenangan yang dikenang malam tadi. Bateri kemera pun terpaksa di cas sebaik bangun pagi. Semuanya gara-gara asyik mengulang tengok gambar-gambar ketika bergelar pelajar dulu. Tapi Naemaa tak kisah. Baginya, itu sahaja cara untuk melepas rindu. Rindu pada Qaleeda.

Friday, September 10, 2010

* Kau Ilhamku *

HUJUNG minggu Neamaa kembali sibuk. Ada saja tempat yang perlu dituju. Kembali ke pejabat, otaknya mula ligat berfikir tentang apa yang terbaik untuk ditulis di dalam karangannya nanti. Bukan satu tugas mudah bagi mereka yang tiada latar belakang berkaitan penulisan. Naemaa bersyukur kerana ilmu yang diperoleh daripada universiti serta latihan praktikal di beberapa industri media mampu menjadikan dia seperti mana hari ini.

Saat paling krtikal dan menyeksakan bila nak mulakan lead iaitu bahagian terawal di dalam berita yang mengandungi 5W+1H (What, when, where, why, who, how). Ah, bukan saja Naema, tapi hampir semua rakan setugasnya kadang-kala berhadapan dengan situasi sama. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan, tetapi jika lead gagal dibentuk, bahagian isi lain juga tak mampu berkembang dengan baik.

Walaupun nampak remeh dan hanya memerlukan setakat tiga empat ayat, namun untuk mengembangkan lead, masa yang diambil kadang-kala boleh mencecah hingga berjam-jam. Apa tidaknya, lead diibaratkan ringkasan bagi keseluruhan berita berkenaan. Ya, masih terngiang-ngiang suara pensyarahnya, Puan Siti Zabedah yang menerangkan mengenai perkara itu. Ada ketika kenangan itu mampu membuat Naemaa tersenyum sendiri.

Yes siap!” Naemaa berdiri sambil mencekak pinggang. Ruang ofisnya lengang. Dari kejauhan Naemaa hanya nampak kepala beberapa rakan lain di sebalik skrin komputer masing-masing. Mereka itulah yang senasib dengan Naemaa. Bertugas di hujung minggu. Apa yang membezakan mereka ialah jenis berita yang perlu disiapkan. Naemaa bersyukur kerana hari ini dia tak perlu berkejar ke tiga atau empat lokasi berbeza untuk memenuhi undangan sekaligus membuat liputan seperti kebiasaannya.

Langkah kakinya tiba-tiba terhenti. Telefon yang berbunyi dari dalam beg tangan segera dicari. Nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefon dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Naemaa masih belum ada kekuatan untuk menjawab dan berbual dengan si pemanggil. Tiga panggilan sama dibiarkan begitu sahaja. Enjin kereta segera dihidupkan. Dia ingin segera sampai ke rumah. Bagai ada yang menantinya di sana.

Thursday, September 9, 2010

* Raya Tahun Lepas dengan Raya Tahun Ni Tak Sama *

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA!!Esok kita semua sambut satu Syawal. Sure sekarang masing2 tengah sibuk dengan macam2 benda. Mak mesti tengah sibuk kat dapur. Isi balang kuih. Siapkan bahan2 untuk masak lauk pagi esok. Abah? Semestinya mengambil tugas menyusun balang kuih. Tak pun isi ang-pau. Hahahahahaha....! Dia sangat sibuk ye menjelang malam raya. Harap maklum.

KALAU aku ada, setiap tahun mesti aku yang akan diamanahkan untuk isi ang-pau. Sambil tu bodek2 abah untuk dapatkan duit raya ekstra. Biasanya kena usaha lebih sikitlah sebab abah tak makan bodekkan anak2. Nak2 aku. Huh.

DIKALA menyiapkan entri ni, aku layan MP3. Tapi bukan lagu raya. Lagu2 70-an. Ini penting bagi mengelakkan aku daripada berasa hiba ye. Kena pandailah kawal emosi sendiri. Kalau tak kecundang di malam raya. Oh, itu sangat memalukan.

BAGASI (bukan beg) untuk balik kampung dah siap sedia untuk dibawa balik ke destinasi yang sepatutnya. Sejak semalam lagi aku dah susun semuanya kat ruang tamu. Senang nanti nak pantau, mana yang dah ada, mana yang masih belum disumbat dalam bagasi tu.

LEMANG pun ada tau! Hehehehehehe....Tak sia2 aku meronda dengan Ika tadi. Dapat gak lemang. Tu semua aku nak bawa pergi rumah Mak Andak esok pagi. Menumpang kasih beraya dengan famili diorang.

TIBA2 rasa rindu dengan kawan2 aku. Raya tahun lepas kami beraya beramai2. Meraikan perayaan sebagai bujang. Maklumlah, tahun lepas beraya sebagai tunangan orang. Tahun ni pulak sebagai isteri (eceh!). Pasti suasana dan perasaannya berbeza. Haaaaiiiishh...Haru la pulak...

WALAUPUN masa dah berlalu hampir setahun, tapi bila tengok balik gambar2 tahun lepas, rasa baru semalam kami duduk berkumpul ramai2. Rindu!! Sangat rindu. Tapi sepanjang perjalanan hidup ni, pasti kita akan alami perubahan demi perubahan. Betul tak? Yang penting, korang sentiasa dalam hati. Tak ada seorang pun yang aku lupa. SELAMAT HARI RAYA. Insyaallah kita jumpa kat Muar yek!


*Kat rumah Nadia. Aidilfitri 2009


*Rumah Siti.


*Open house rumah Mizan.


*Melepak kat rumah Intan.


*Main2 kat rumah Wani.


*Aku & Intan


*Hmmmm....


*Keluarga besar kami.


*Raya tahun lepas (raya ketiga), Limah & Pak Din bertunang :)


*Mereka :)

Wednesday, September 8, 2010

* keputat *

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN raya dah selesai. Yang tak selesai lagi ialah waktu bekerja aku menjelang esok. Hehehehe...Esok kerja lagi tau. Sangat sedih bila dengar pengumuman tadi. Tapi sedih kejap aje. Buat apa sedih lama2. Bukan aku tak dapat balik beraya langsung. Kan? Hehehehe....Sabar Nad sabar.

SEPERTI dah menjangkakan Jumaat raya, jadi ada sebahagian geng Blood Bank tadi dah bertungkus lumus siapkan ketupat@keputat. Aku tak lepaskan peluang. Turut menolong. Apa tak tolongnya? Cuma part aku bukanlah menganyam. Tapi sekadar memotong daun ketupat (pisahkan lidi dengan daun) sebelum dianyam.

NAMPAK mudah kan? Tapi dengan semut naik kepala. Habuk melekat kat bibir. Mengantuk. Menjawab pertanyaan setiap yang lalu lalang kat tempat kami beroperasi. Tugasan ni menjadi sungguh mencabar!

AKU bukan tak nak belajar. Tapi dua tahun lepas aku dah try. Hampa. Sebab mata aku agak lemah dalam menyilang selikan daun ketupat sebelum ia membentuk sarung ketupat mengikut jenis2 tertentu (bantal, satay dll). Kadang2 risau jugak kot2 tersarung tangan sendiri!

WALAUPUN aku tak pandai menganyam, tapi sekurang2nya aku tahu macam mana bentuk daun ketupat. Tak lah sampai aku tak kenal langsung daun pokok apa yang diguna pakai untuk dijadikan sarung makanan tradisi ni. Paling sadis kalau2 aku anggap daun pandan pun boleh dijadikan daun ketupat. Kan ke hiba perasaan mak aku kalau tau anak dia naif dalam bab ni? Jadi, banggalah menjadi diri anda k.


*Muka mencari mood menganyam :)


*Serius. Takut nak tegur!


*Yeaah. Tiga dah siap!


*Hosni & Hilmi, aku sangat kagum sebab korang tau menganyam!


*Ketupat dah semakin bertambah. Target nak siapkan 200 sarung ye. Harap maklum.


*...dan bertambah.


*Semakin bertambah-tambah!


*Walaupun bukan aku yg anyam, tapi bangga bila tgk hasil yang sebegini.


*Lim Kee Yang (Yang). Anak donor. Sibuk mengintip kitorg kat pantri. 1 Malaysialah katakan? Hehehehehe...


*Kerja semakin ringan. Pekerja dah masuk shift.


*Syok kalau buat secara bergoyong-royong (walaupun di ofis!)


*Tekun.


*Ala....nak jaga hati punya pasal, tepek jugak la gambar dia kat sini.


*Semakin mencapai misi.


*Tolong ikat je. Hahahahahahaha!


*Hampir siap!


*Siap!!! Tapi kasi touch-up lagi sikit.


*Nah, duit raya untuk semua. Bagi2 la yek.

* ofis 'baru' di Larkin Sentral *

Assalamualaikum...

DAH masuk hari Rabu. Tapi mata masih tak mengantuk. Mungkin sebab minum Nescafe tadi. Hah, ni lah risiko yang aku kena tanggung setiap kali teguk air tu. Nak ikutkan lepas habis kerja tadi aku bercadang nak melepak kat rumah je. Tapi tiba2 plan berubah.

SEMPAT ke bazar Taman Suria. Beli oblong (sejenis makanan. ala2 roti John tapi lebih special) untuk Mak Yam. Dah lama dia mengidam benda tu. Tak sampai hati pulak nak hampakan dia. Jem teruk. Tapi aku redah jugak. Nasib senang dapat parking. Kalau tak memang dah angin aku kat sana tadi.

TAK banyak juadah yang aku beli. Oblong, cendol sedap dan wedges. Macam yang aku cakapkan tadi. Jem teruk. Hampir jam 630 pm aku sampai rumah. Sakit kaki tekan clucth!! Lepas selesai semua perkara wajib, aku keluar ke Larkin, tapi bukan seorang diri :)

SPECIALnya, hari ni birthday Anuar Haron. Ehem. Siapa? Mungkin Lily boleh jawab. Hahahahahahaha...Aku menumpang diorang je. Tumpang kasih. Kan Ly? Hehehehehe...Kebetulan hari ni jugak Blood Bank HSAJB buat kempen derma darah di Larkin Sentral. Jadi lokasi lepak2 kitorg adalah di terminal bas tu.

UNTUK pengetahuan korang yang tak pernah tahu mengenai Larkin Sentral ni, sebenarnya tempat ni ala2 Puduraya. Tempat turun dan naik bas harian mahupun ekspres. Tapi tak lah sebesar Puduraya tu. Kiranya, kalau nak ke luar Johor Bahru, memang di sinilah tempat naik bas (bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam).

DISEBABKAN bulan puasa, jadi suasana mobile (kempen derma darah) tak lah sama seperti hari2 biasa. Agak perlahan dan teratur. Aku sampai sana jam lapan lebih. Kawan2 pun dah selesai berbuka.

PENDERMA darah tetap ada. Kebanyakan mereka regular donor. Memang tak ada masalah untuk mereka menderma walaupun ada yang beranggapan, pendermaan darah pada bulan Ramadan membawa kesan negatif. Sebenarnya tak. Dengan syarat penderma (beragama Islam) melambat2kan waktu sahur (dan wajib sahur) serta datang menderma dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

WAKTU menderma penting bagi menjamin tahap kecergasan penderma sekaligus memastikan penderma masih berupaya untuk meneruskan ibadahnya sehingga waktu berbuka. Jadi, alasan berpuasa dan tak boleh derma darah tu memang tak masuk akal ye. Sila ubah mentaliti itu. Jangan hanya mendengar mitos.

JADI, inilah suasana di Larkin Sentral malam tadi...


*cek paras hemoglobin darah. Ika yang sangat serius. Wahh....takutnya!


*Screening tahap kesihatan. Yes doktor. Terima kasih sebab menjadi ceria. Hehehehe..


*Jom derma organ!


*Terima kasihlah korang sebab menderma.


*Wafi yang setia menemani Arif.


*Wafi dah derma. Tu yang Arif terus isi form..Hehehehe....


*Haiii Mak Yam sangat suka nampak???


*Bincang pasal bas ke, bincang pasal mobile?Lalalalalalala.....


*Brader yang tengah baring ni steady aje kan?


*Datang dengan hajat. Hanya kami yang tahu :)


*Ika...muka penat


*Mak aii...suka beno!


*Ehem.