Saturday, December 18, 2010

*cuti weekend jumpa chef*

Assalamualaikum...

AH, kenyang! Sebenarnya bukan makan apa pun. Kenyang menaip perkataan dan ayat. Lama jugak tak buat exercise jari. Dah naik kejung rasanya. Tapi ok lagi ni, boleh menaip laju2 macam dlulu.. Yuhooooo!

TENGAH cari mood nak siapkan assingnment.Hujung bulan dah nak kena submit.Kalaulah tajuk senang, memang dari minggu lepas aku dah langsaikan semuanya. Tak pe. Buat perlahan2. Asalkan isi dan tajuk saling berkaitan dan tak merapu ke laut!

MINGGU lepas (haiii, minggu lepas lagi?) sempat luangkan masa balik Muar-Melaka. Mujurlah tak jauh, larat juga kami menyusur Lebuhraya Utara-Selatan & AMJ. Apa yang penting, perjalanan bukan seorang diri, tapi berdua!

SEHARI di Muar memang tak cukup. Tak puas. Rasa tak habis cerita dengan mak. Tak habis gian nak peluk Yot & Puteh. Macam tu juga bila di Melaka. Kejap sangat rasanya. Apakan daya, masa kami sangat terhad. Kalau ada kuasa untuk tambah masa, memang dah lama kami tambah. Tapi, kami hanya manusia biasa. Hanya perlu akur pada-Nya.

JOM cerita bab masak! Sebenarnya bab ni tak dirancang. Terjadi secara tak sengaja. Lepas Zuhur, suami aku offer ajak jalan2 kampung. Benda ni rutin biasa bila kami balik Melaka. Best jalan2 tengok sawah padi. Kena angin sepoi2.. Lagi pulak suami aku ala2 YB kampung. Jalan semeter dua, ramai pulak menegur. Bukan apa, dia ni budak nakal kampung dulu. Dah besar Al-Hamdulillah jadi orang. Hehehehehe.....Tak lah, gurau jek!

MENOLAK untuk naik kereta, kami akhirnya pinjam skuter Cha (adik ipar). Wah, lagi ligat. Tapi rasa seronok datang sekejap jek! Sebab suami aku memilih untuk jadi pemboceng! Habis siapa lagi jadi tukang bawak kalau bukan aku?? Menggigil lutut! Aku tak ada lesen. Lebih mengharukan aku memang TAK TAHU BAWA MOTOR!! Ni memang kes pedajal orang!

DENGAN semangat yang si dia berikan, aku terkial2 kayuh skuter.
"Sayang, ni naik motor ke naik perahu?"
"Kejaplah, orang nak amik simpang"
"Memanglah, tapi kalau dekat jalan besau, tak kan nak kayuh motor guna kaki?"

*geram!

AKU memang failed! Dalam hati aku asyik fikir excident jek. Dalam 10 minit, akhirnya aku berjaya tenang dan bawa skuter dengan hati lalalalalala...Ewah, dari 40 km/j, berganjak ke 80km/j!
"Perlahan sikit, ni jalan kampung"
"Tolong duduk diam2 yek kalau tak nak kena tinggal tepi jalan"

Hahahahaha.....akhirnya diam juga si pembonceng. Sampai la kat satu jalan kecik dan sempit. Aku memang dah nampak ada tiga buah kereta. Memang pemanduan yang terlalu perlahan.
"Slow sayang. Jalan sempit depan tu"
Ok, aku perlahankan skuter. Tapi aku tak boleh imbang berat. Hah, terhuyu-hayang dibuatnye! DAN, kereta arah bertentangan kami yang tadinya perlahan terus berhenti. Begitulah jugak dengan kereta2 di belakang. Pak cik kereta paling depan siap keluarkan kepala.
"Dik, baik2 bawa motor. Risau pak cik tengok. Ni pak cik berhenti, hah, jalan elok2"
Wah!! Sangat malu yek. Rupanya kejahilan aku bawak motor tak boleh disorok2. Malu!

PERCAYA atau tak, dengan terkial2 bawa skuter, sampai juga ke Pantai Puteri. Lokasi ni bukan setakat untuk berkelah, tapi port terbaik untuk dapatkan ikan serta makanan laut segar. Ikan, ketam dan udang fresh penuh dalam motor! Sekali pandang macam ada acara makan besau aje kat rumah. Hahahahahaha!

SAMPAI rumah..suami aku meringankan tulang menebas rumput kat kebun belakang. AKU? Masak. Ye, masak. Lauk ketam berempah. Semestinya dengan tunjuk ajar mak mertua. Lauk tu kegemaran suami. Haruslah aku kena tahu macam mana nak masak. Aku sangat taat bila kat dapur. Yelah, kata nak belajar. Kenalah dengat kata. Mujurlah mak mertua aku sporting. Lapang dada aku nak belajar. Alahai, terima kasih mak. Dia cakap, kalau nak masak jangan segan nak belajar. "Apa2 lauk boleh tanya mak. Telefon aje." Hehehehe...Jangan marah yek. Aku ada mobile-resipi.

RUPANYA tak la susah mana nak masak 'lauk utama'. Janji bahan kena betul. Kalau tak memang rasa dia kacau-bilau.


*Habis Croc! Gara2 berkayuh naik skuter..Sedih betul.

Tapi moral of the story, sesusah mana pun perkara atau keadaan yang kita hadapi, ia akan menjadi mudah dengan adanya sokongan dari insan tersayang.
*Awaklah tulang belakang saya! Terima kasih..

No comments:

Post a Comment