Thursday, August 26, 2010

* dua2 aku sayang *

Assalamualaikum...

SELESAI
sudah puasa hari ni. Macam biasa, aku mengambil langkah tak kisah tentang hari keberapa Ramadan yang telah selesai. Pada aku, tak ada sebab untuk aku menghitung hari. Sebabnya aku tak suka nak mengingatkan Hari Raya. Bukan apa, keadaan tu membuatkan aku akan terasa 'eh, banyak barang lagi yang aku tak beli!'. Oh, sungguh aku tak suka sebab aku ni jenis orang yang kelam-kabut.

OK, lupakan pasal Raya. Yang penting pagi2 Aidilfitri, aku berhari raya di JB. Wah, seungguh menggembirakan! *tipu* Buat masa ni, aku masih berbesar hati untuk merayakan Aidilfitri di sini. Kerja pagi raya bukan bermakna aku tak dapat cuti langsung. Cumanya lewat sikit aje. Hehehehehehe....Tunggu orang balik ye mak. Sedihnya bila dengar takbir raya nanti..Hmmmm....

SEBUT pasal mak, teringat pada dua 'adik2' aku kat rumah tu. Selain Kotot (bukan nama sebenar), aku ada dua lagi adik. Siapa lagi kalau bukan kucing2 kesayangan pengarang jantung hati yang lara ini..Ewaaaah. Setiap hari mak atau adik aku akan update keadaan Yot tak pun Putih. Bukan apa, dua2 masih belum ngam.

KALAU Putih keluar sangkar, Yot kena paksa keluar rumah (bukan atas kerelaan dia mahupun mak aku). Kadang2 Yot termenung menghadap longkang bila mak aku letak dia dekat luar pintu dapur. Bila Putih mandi, Yot akan melingkar depan pintu bilik air. Apa lagi, yang kat dalam bilik air tu huru hara la. Yot dengki. Dia tak melawan, tapi dia tunjuk protes dengan cara lain. Bangsa kepala batu punya kucing ni.

PUTIH pulak lain perangai. Memang kucing yang sangat demand. Tidur berkipas. Kalau tengah hari, harus mandi. Paling tidak pun, kena basahkan badan dan bulu atas kepala. Kalau tak lidah terjelir2 macam anjing sambil menghadap mak aku yang sememangnya sangat selalu meninjau2 dia dalam sangkar.

DUA-DUA aku sayang. Dua2 pandai. Tapi dua2 tak nak berdamai. Sampai bila? Aku sangat mengharapkan mereka ni dapat bergurau senda sesama sendiri. Kejar2. Main bola kertas sama2. Macam Yot dengan Moq dulu. Tapi tu dulu, zaman Yot kecik2. Sekarang dia dah besar panjang. Bak kata mak aku pun "Kalau kau dah besar, tiba2 abah bawak balik anak tiri, kau boleh terima? Susahkan? Macam tu jugalah dengan Yot".

Tuesday, August 24, 2010

* lega *

Assalamualaikum...

DAH
berapa hari ek kita puasa? Terus terang cakap, Ramadan kali ni memang aku tak kira langsung. Tak macam sebelum2 ni. Setiap hari mesti nak lorek2 dalam kalender. Hehehehe..Poyo kan? Ah, peduli apa, kalender aku. Bukan kalender orang!

NAK ikutkan badan ni memang dah terlalu letih. Setiap minggu memang tak akan duduk diam. Kalau tak kerja, aku memang tak akan duduk kat JB. Bukan tak suka atau apa, tapi sebab terpaksa melaksanakan beberapa tugas berkaitan. Ewaaaaah!

SYUKUR Alhamdulillah. Akhirnya selamat juga aku pindah masuk ke rumah baru. Nak pitam juga berpindah dalam bulan puasa ni. Tapi kena kuatkan semangat juga sebab kalau kita tak uruskan sendiri, siapa lagi? Betul? Apa pun bersyukur sangat2..Dan tersangat terima kasih kepada 'mereka' yang berkaitan. Luv u all.

SABTU minggu lepas sempat juga aku luangkan masa menjenguk ke Majlis Berbuka Puasa SABGS Batch 1997-2001. Sayangnya tak bawa kamera. Tapi adalah juga beberapa gambar yang sempat aku ambil untuk dijadikan tatapan setiap kali sebelum tidur... Paling best nombor naik untuk cabutan bertuah. Hehehehehehehe.....

MENGANTUK. Rindu pun ye. Ehem. Rindu pada Si Putih. Oh lupa, keluarga aku dah ambil seorang lagi anak angkat. Baru nak masuk lima bulan. Tapi tersangatlah aktif. Sebenarnya budak ni anak Roonie. Kucing suami aku yang dia bela zaman2 bujang dulu dan Roonie pun dah beranak. Si Putih ni la anak dia. So bila Yot dah semakin tua, aku cadangkan pada mak aku supaya ambil je budak kecil tu. Abah aku pun dah semakin sayang pada dia. Cuma Yot je macam naik hantu bila terpandang Putih. Pening kepala. Nantilah aku upload gambar dia. Sekarang ni tengok bantal lebih berselera.

*Silalah tatap beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu lepas...






















Wednesday, August 18, 2010

+ tercabul +

Assalamualaikum...

HARAPAN aku nk update blog semalam. Tapi lepas balik kerja, terus bertukar plan. Menyibukkan diri kepada sesuatu yang bakal berubah menjelang SEPTEMBER ini. Hehehehehehe...Keletihan sebenarnya sebab da hampir dua minggu asyik terkejar2 ke sana ke mari. Bukanlah aku berniaga di bazar Ramadan ke apa, tapi....adalah!

AKU sangat suka menanti SEPTEMBER!!!!Kenapa? Sebab di bulan ni la aku dilahirkan kira2 26 tahun lepas. Sangat bersyukur. Tak ada apa yang istimewa aku harapkan menjelang bulan ni. Hanya satu. Dapat duduk bersama2 dengan suami terchenta. Amin.

DI SAAT ni, aku kat Blood Bank. Bersama 'budak2 separuh umur'. Hahahahahaha....Nak tunggu masuk waktu berbuka. Kacang Pol sayang!! Ko tunggu aku yek! Pastu Oblong..Haaaaaa.....Tak sabar nak menyatukan kau ke dalam tubuhku. Miahahahahahahaha!

HARAP2 mobile malam ni sukses dan membanggakan. Semoga dapat balik awal. Dapatlah aku kemas2 apa yang patut. Tak sabarnya nak tunggu minggu depan. Semalam Kak Ain call. Sempat juga aku berkongsi cerita dengan dia. Lama tak tengok Diyah. Lama tak ketawakan Ika. Haaiiiish.. Sungguh tak adil dan tak patut betul aku ni kan? Nanti la ek, kalau Mak Uda senang, kita pergi jalan2 tau.

SIBUK2 pun, aku tetap teringin nak berbuka puasa dengan suami. Sepanjang seminggu berpuasa ni, masih belum ada rezeki kami utk berbuka bersama2. Cuma sempat bersahur bersama menjelang Ramadan. Terima kasih sangat2 pada awak ye sayang! Nanti kita jumpa. Hehehehehe...Gatal je bunyi. Haaaiiiishh!

OK. Sampai sini aje lah dulu. Jari tak berdaya nak menaip banyak2. Sejuk. Selsema dan sengau dah dua minggu. Harap2 minggu depan dah ok sebab banyak agenda yang menanti ni. Hai September!!!!

Sunday, August 15, 2010

Assalamualaikum...

SALAM RAMADHAN. Diam tak diam dah lima hari berpuasa. Tapi aku dah lama jugak mendiamkan diri. Bukan menjauhkan diri (bak kata sesetengah rakan). Bukan juga dek kerana dah berkahwin (status 'berkahwin' bukan penghalang utk kita bersosial. Asalkan tak memudaratkan). Tapi disebabkan masalah kesihatan dan juga terikat dengan beberapa komitmen. Ye lah, kalau tak kerana kerja, pasti aku akan ke MUAR. Tak pun, MELAKA. Tak pun KL. Biasalah tu. Hehehehehe..

DEMAM ni dah seminggu. Asalnya batuk dan selsema. Tapi melarat2 pulak sampai la ke hari ni. Ubat dah berkoyan2 aku telan. Tapi masih macam ni jugak. Yang tak tahan rasa macam nak semput. Padahal aku memang bebas daripada penyakit tu. Tak tahulah, harap2 minggu ni tahap kesihatan semakin meningkat dan tak merosot. Bukan apa, penyakit ni kadang2 banyak mengganggu kita utk fokus pd kerja.

DIAM tak bermakna aku melupakan terus dunia sosial ni. Masih jugak intai mengintai Fb kesayangan. Kot2 ada berita menarik. Setakat ni, kalau aku on Fb pun, tumpuan lebih kepada beberapa majlis yang akan berlangsung dalam masa terdekat ni. Yang paling hampir pastinya Majlis Berbuka Puasa SABGS 1997-2001. Tak sabar rasanya nak sampai ke hari Sabtu ni.

SELAIN majlis tu, Sabtu ni juga ada banyak perkara yang aku nak selesaikan. Paling penting aku nak melawat Mokde. Rasa sangat terkejut dengan berita yang aku terima semalam. Dia menghidap penyakit yang tak disangka2. Lemah rasa badan ni bila dapat SMS dari mak & Kotot semalam. Apa yang mampu aku buat? Apa pun aku harap adik2 saudara aku (Pal & Imah) tabah menghadapi kenyataan ini. Memang berat. Tapi akak yakin korang mampu.

SEBELUM tu, kami kehilangan datuk saudara. Itu pun mengejutkan jugak. Tapi ajal maut di tangan tuhan. Kalau dah memang sampai masa untuk bertemu dengan yang Maha Esa, tak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kita pasti pulang jua ke pangkuan-Nya. Cuma agak terkilan sebab tak dapat balik melawat jenazah. Maaf..

APA pun, aku harap dengan kehadiran 'anggota baru' dalam keluarga aku Sabtu ni bakal memabawa kegembiraan. Haaaaaaiiissshhh...tak sabarnya nak balik. Tak sabarnya nak timang2 dia. Ura2 mengenai kedatangan si kecil tu dah seminggu melanda keluarga aku. Sabar2....sampai masa kita bertemu jua...