Sunday, August 15, 2010

Assalamualaikum...

SALAM RAMADHAN. Diam tak diam dah lima hari berpuasa. Tapi aku dah lama jugak mendiamkan diri. Bukan menjauhkan diri (bak kata sesetengah rakan). Bukan juga dek kerana dah berkahwin (status 'berkahwin' bukan penghalang utk kita bersosial. Asalkan tak memudaratkan). Tapi disebabkan masalah kesihatan dan juga terikat dengan beberapa komitmen. Ye lah, kalau tak kerana kerja, pasti aku akan ke MUAR. Tak pun, MELAKA. Tak pun KL. Biasalah tu. Hehehehehe..

DEMAM ni dah seminggu. Asalnya batuk dan selsema. Tapi melarat2 pulak sampai la ke hari ni. Ubat dah berkoyan2 aku telan. Tapi masih macam ni jugak. Yang tak tahan rasa macam nak semput. Padahal aku memang bebas daripada penyakit tu. Tak tahulah, harap2 minggu ni tahap kesihatan semakin meningkat dan tak merosot. Bukan apa, penyakit ni kadang2 banyak mengganggu kita utk fokus pd kerja.

DIAM tak bermakna aku melupakan terus dunia sosial ni. Masih jugak intai mengintai Fb kesayangan. Kot2 ada berita menarik. Setakat ni, kalau aku on Fb pun, tumpuan lebih kepada beberapa majlis yang akan berlangsung dalam masa terdekat ni. Yang paling hampir pastinya Majlis Berbuka Puasa SABGS 1997-2001. Tak sabar rasanya nak sampai ke hari Sabtu ni.

SELAIN majlis tu, Sabtu ni juga ada banyak perkara yang aku nak selesaikan. Paling penting aku nak melawat Mokde. Rasa sangat terkejut dengan berita yang aku terima semalam. Dia menghidap penyakit yang tak disangka2. Lemah rasa badan ni bila dapat SMS dari mak & Kotot semalam. Apa yang mampu aku buat? Apa pun aku harap adik2 saudara aku (Pal & Imah) tabah menghadapi kenyataan ini. Memang berat. Tapi akak yakin korang mampu.

SEBELUM tu, kami kehilangan datuk saudara. Itu pun mengejutkan jugak. Tapi ajal maut di tangan tuhan. Kalau dah memang sampai masa untuk bertemu dengan yang Maha Esa, tak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kita pasti pulang jua ke pangkuan-Nya. Cuma agak terkilan sebab tak dapat balik melawat jenazah. Maaf..

APA pun, aku harap dengan kehadiran 'anggota baru' dalam keluarga aku Sabtu ni bakal memabawa kegembiraan. Haaaaaaiiissshhh...tak sabarnya nak balik. Tak sabarnya nak timang2 dia. Ura2 mengenai kedatangan si kecil tu dah seminggu melanda keluarga aku. Sabar2....sampai masa kita bertemu jua...

2 comments:

  1. demam 'pem-bawa-kan' tuh agaknyeee.. haha

    ReplyDelete
  2. pembawkan? bukanlah. pembiawakan! hahahahaha

    ReplyDelete