Monday, July 26, 2010

Assalamualaikum...

AGAK lama aku tak jengah blog ni. Tiba2 rasa rindu. Mulanya memang malas nak on laptop. Tapi memikirkan sepanjang petang tadi tak ada apa yang boleh aku buat, maka dengan itu terpaksalah berkawan dengan 'teman baik' aku ni. Terima kasih sayang~

PEJAM celik pejam celik hari ni dah pun masuk Isnin. Eh, semalam Ahadkan? Wah, macam tak caya je aku baru aje jumpa Sha, Fana dan Rayyan (Maaf mama Fana, aku tak tau ejaan nama si kecik ni betul ke tak). Lebih kurang setahun jugak aku tak jumpa Sha. Fana? Em..sejak habis degree 2007, hah, kira la sendiri. Tapi tak banyak bezakan diorang ni. Hehehehehe..

FANA, dah bergelar ibu. Lupa. Masa dia kahwin tahun lepas, aku ada datang!! Lupa lah Fana. Bertemankan Ikin dan Helmi. Masa tu jumpa Sha dan Moon. Kalau tak kerana kenduri Fana, rasanya susah la kami nak jumpa. Biasalah, aku bukan duduk Lembah Klang macam dulu.

MELIHAT Rayyan, rasa macam mimpi pulak! Dia sangat ligat ok! Baru masuk enam bulan tapi begitu lasak. Sian Fana. Tapi tak apa sebab Fana dah biasa dengan budak kecik. Pengalaman menguruskan adik2. Yesss, caya la Fana! Masa aku dan Sha sampai rumah, Fana tengah mandikan Rayyan. Erk..Dalam pandangan aku, bukan Fana tengah mandikan anak dia, tapi mandikan Rosli! Wahahahahahaha....Rosli tu papa Rayyan. Kagum. Rayyan sangat menyerupai bapaknya!

RAYYAN sangat ligat! Lepas je mandi, dia dah mulakan aktiviti. Fana cool je melayan anak dia. Disebabkan aku ni berhajat nak makan A&W, maka terpaksalah mereka ikutkan rentak aku. Terima kasihlah korang. Termakbul keinginan aku. Rayyan? Mestilah sangat happy. Peramah macam omaknya jugak! Tapi dalam bising2, sempat dia lelapkan mata dalam masa tak sampai 20 minit. Huaaaaaa....untungnya jadik budak kecik. Ngantuk je, bantal ada di mana2. Fana, lepas ni kalau aku teringin, harap kau sudilah meminjamkan 'bantal' empuk itu ok? Hehehehehe..

DISEBABKAN masing2 terikat dengan masa, perjumpaan kami tak lah sampai berjam2. Tak sempat jugak nak bergambar gedikss dengan si kecik tu. Apa pun, sempat jugak aku menimba ilmu dari Fana. Hahahahaha....Ilmu???

TAK ADA apalah. Cuma Fana share pengalaman dia bersalin. Wow! Aku sangat teruja dan takut. Apa pun, bak kata Fana, semua yang berlaku bergantung pada rezeki masing2. Pokoknya (huh, dah macam Indon) hati dan semangat kena kuat dan kental. Sebab kekuatan kita adalah nyawa untuk anak yang bakal lahir tu.

HMMMM....Aku bukanlah seorang ibu. Aku tak layak untuk bercerita lebih pasal mengandung, bersalin dan membesarkan anak2. Tapi selama bergaul dengan kawan2 yang kebanyakkannya dah melalui saat manis tu, banyak jugak cerita yang aku dah dengar. Kalau persepuluh, lapan daripadanya adalah cerita yang mampu mengubah ekspresi muka aku ni hah. Mungkin ngeri. Mungkin takut. Ah, biarkan. Sebab aku tak akan dapat mendalami perasaan si ibu selagi tak melaluinya sendiri. Ewah!

No comments:

Post a Comment