Wednesday, July 7, 2010

* ubat rindu *

Assalamualaikum..
Salam semua!!

HUJAN pulak petang ni. Niat nak tidur lepas balik kerja, tapi bunyi petir yang macam nak menembak seseorang buat aku patah hati. Tak mahu tidurlah sebab nanti malam payah pulak nak lelap mata. Syukur sebab My Besties dah baik sakit. Risau pulak dengar dia tanggung sakit seorang diri kat sana. Lain lah kalau dulu........

ENTRI kali ni bukanlah mengenai peristiwa hari ini. Tapi berlaku sekitar Sabtu dan Ahad lepas. Sejak Jumaat, Abang Manaf masuk wad. Jadi sepanjang Sabtu dan Ahad aku habiskan masa di hospital bersama Kak Ain dan anak2 buah, Syafika juga si kecik Syadiyah. Bukan mudah nak dekati Diah (Nama manja Syadiyah).

MACAM-MACAM umpan untuk ambil hati dia. Perlu. Sebab aku perlu jaga dia bila Kak Ain masuk melawat abang. Puas pujuk Diah. Tapi dia kekal dengan sikap 'jual mahal' dan 'mengeras'. Kadang2 dia ok. Tapi bila ada si kakak Ika tu lah. Bila Ika tak ikut, ha, masalah. Dia memang tak mahu berenggang daripada mama dia.

MULA-MULA Diah tak mahu ambil kisah dengan apa yang aku buat. Dia tetap dengan dunia dia. Hanya mata yang berkomunikasi. Tapi aku lagi suka nak sakat dia. Lagi galak aku kacau, lagi kuat dia mengeras. Diah..Diah..

APA pun hujung minggu lepas kami habiskan masa sama2. Sekurang2nya aku rasa dekat dengan seseorang. Haiiisssyhhhhh...



*Diah jeling-jeling Mak Uda*


*Haaa...Diah dah ok sikit*


*Diah da senyum*


*Main panjat tiang sambil nyanyi2*

Masa ni aku saja cakap kat dia, "Diah, tengok Mak Uda lebih tinggi dari Diah". Tup2 dia terus panjat tiang. Konon tak mahu kalah dengan apa yang aku cakap tadi.


*Yesssss....dia dah semakin ok*


*Nyanyi Diah..Jom nyanyi*

"Mak Uda dengar ni... A B C D E F G H1N1 selsema babi". Aiseyyy...siapa yang ajar ni Diah?


*KAMI*


*Jom makan!!Berseri2 muka Ika. Hehehehe*


*Laparnya...*


*Fav-pose Diah*


*Aktiviti lepas makan*

Ika pun tak mau lepas peluang.



*Uiii...kecut perut aku tgk Diah melompat2 camni*

Ika masih mencuba. Teruskan usaha ye!


*Yeaaaaahhhhhhhh*


*Main puas2 ye*


*Uiii....ligat*


*Try naik kuda pulak*


*Hah, si kakak2 pun tak mahu lepas peluang.Patah oiiiii*


*Termenung jauh*



*Hah, jeling*

Ni hari kedua without Ika. Hampir sejam setengah Diah keras kat tiang, tak hirau apa pun yang aku cakap...Huaaaaaaaa Diah boikot Mak Uda!!



*Hehehehehe...apa pun reaksi Diah, aku tetap rindu nak jumpa dia. Terima kasih Diah. Temankan Mak Uda hujung minggu lepas. *

No comments:

Post a Comment