Saturday, December 31, 2011

*2011 adalah yang terbaik*

Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak update blog ni. Seingat aku sejak Februari lepas. Teruknya. Bahasa pun mesti tunggang langgang! Tak apa lah. Hari yang ke-366 (sebab tahun ni Tahun Lompat) ni aku nak mulakan sedikit cerita. Saja. Buat lepas rindu.

Sebenarnya sebelum ni aku tak berapa teruja untuk sambut tahun baru. Sejak beberapa tahun lepas, setiap kali masuk tahun baru, aku mesti akan berhadapan dengan 'kehilangan'. Macam-macam jenis kehilangan. Permulaan tahun 2011, aku tak ada azam. Yang ada hanya harapan. Harapan untuk segera bertukar ke Kuala Lumpur. Duduk sebumbung dengan suami. Itu saja harapan aku. Tapi dalam masa yang sama, aku tak terlalu mengharap sebab aku tau harapan tu adalah mustahil (sebab proses permohonan pertukaran aku sangat complicated).

Tapi Allah Maha Adil. Semuanya telah diaturkan ;)

Januari~ Adik aku dapat tawaran belajar di Johor Bahru. Syukur! Hanya DIA yang tahu betapa gembiranya kami saat itu.

Februari~ Penantian aku berakhir. Permohonan untuk bertukar ke KL lulus! Tamat sudah kisah duduk berjauhan dengan En. Suami. Tamat sudah kisah travel selama 4 jam (naik bas)/ 3 jam (naik kereta) dari JB ke KL setiap kali dapat cuti hujung minggu. Tamat sudah kisah ke sana ke mari dan buat itu ini secara solo sepanjang berada di JB walaupun sudah bersuami. Ye, semuanya tamat. Bermula kisah mengharungi jem di KL setiap kali balik kerja. Tapi aku tak kisah pun! Lapan bulan menanti. Apalah sangat kalau sangkut dalam jem setakat satu ke dua jam!

Penghujung bulan ni juga, aku disahkan mengandung! Sangat sangat bersyukur. Benda yang kami tak jangka akan berlaku dalam masa terdekat! Alhamdulillah.

Jun~ Genap setahun usia perkahwinan aku dan En. Suami. Oh, sekejap je kan?? Rasa macam baru je berkenalan dengan dia. Hehehehehe...

Julai & Ogos~ Pertama kali sambut Ramadan dan Syawal dengan En. Suami secara full-time! Sebelum ni, berjauhan. Perasaan? Entah. Hanya yang pernah melaluinya akan faham.

Juga pertama kali menyambut bulan mulia ni sebagai ibu mengandung. Terima kasih pada teman2 yang tak pernah jemu bertolak ansur dan bagi semangat.

November~ Tadaaaaa! Kelahiran Muhammad Thaqif. Permata hati kami yang pertama. Terima kasih atas hadiah yang Kau berikan ini.


Tahun 2012 diharap akan menjadi tahun lebih baik dan hebat untuk kami. Rasa sangat yakin dan bergaya untuk mulakan tahun baru bersama orang baru dan kehidupan baru. Kepada Thaqif, mama sayang kamu. Cepat besar ye. Terima kasih kerana telah memilih untuk lahir ke dalam keluarga kita. Alhamdulillah.Syukur.

Saturday, January 29, 2011

*kucing tak penah sakit jantung sebab...*

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...


BESTNYA!! JB musim hujan. JB semakin sejuk. JB dah tak panas macam dulu. Sedap kalau nak tidur dekat JB. Bangun pagi2 segar jek bila tidur dekat JB. Ha'ah. Memang best time2 hujan ni. Rasa nak melengkung jek dalam selimut. TAPI, mood akan cepat drop bila ada yang ganggu ketenteraman. Wahai jiran yang masih aku hormati, suasana yang aman damai tenteram dan makmur ni akan jadi macam kat padang pasir bila kau on kan radio macam 'waktu siaran' sebelum ni. Kenapalah tak ada petir? Geram aku!

TAK apalah. Mungkin dia dilahirkan untuk menguji tahap kesabaran jiran tetangga. Siapa tahu esok lusa dia naik haji umrah ke. Senyap la tu. Maklumlah, dalam hidup ni penuh dengan kejutan. Bila2 masa je semua benda boleh berubah. Yang hidup boleh mati. Yang senang bole susah. Yang bijak boleh bodoh dan macam tu lah sebaliknya. Kuasa Tuhan.

HATI ni masih terasa bagai digeletek. Bukan sebab baru lepas dengar lawak atau tengok benda yang mencuit hati, tetapi kerana masih terngiang2 suara Pakar Motivasi popular, Datuk Hj Mohd Fadzilah Kamsah mengenai mood. Apa yang diperkatakan berdasarkan kajian dan pemerhatian sendiri. Hebat dan logik. Aku sangat sangat sangat suka.

MENURUTNYA, ada tiga cara untuk menjana rasa gembira sepanjang hari. Pertamanya, senyum selama 10 saat setiap kali bangun pagi. Lakukan secara kerap. Kalau boleh tetiap hari sebab kita mesti nak rasa gembira setiap hari. Betul tak? So celik je mata, silalah senyum selama 10 saat. Tapi tak payahlah nak senyum2 sambil pandang cermin @ pandang kamera. Tu bukan nak motivasi tapi lebih kepada gejala penyakit!

APA rasionalnya tindakan tu? Ok, menurut beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan, sistem badan akan menghasilkan hormon2 yang mampu melahirkan perasaan positif. Selain tu, dengan wujudnya perasaan positif ni, makanya secara automatik otak akan menghantar signal yang baik2 aje pada badan. Tak silap aku, perkara ini aku pernah dengar. Sama juga dengan teori di mana kita akan menjadi bersemangat kalau hari dimulakan dengan senyuman. Kan?

KEDUANYA, tidur ikut sunah Rasulullah S.A.W. Macam mana? Tidur mengiring ke kanan. Kenapa? Cara tidur macam ni dikatakan mampu menjaga kesihatan jantung. Mampu membantu jantung mengepam dan mengalirkan darah dengan lancar ke seluruh badan. Jadi bila bangun pagi, badan rasa segar dan cukup rehat. Katanya, cara ni dah lama diamalkan oleh KUCING. Hahahahahahahaha...Betul. Kucing kalau diperhatikan, memang akan tidur mengiring ke kanan.

HAL ni aku tak perasan sampailah aku dengar motivasi pagi ni. Kata Datuk lagi, beliau amat mengakui kesahihan faktor ni berdasarkan penelitian keatas gambar2 kucing yang pelbagai jenis. Kebanyakkan gambar yang diteliti menunjukkan kucing sememangnya tidur mengiring ke kanan. Sangat hebat ye wahai kucing2 sekalian? Betullah tu, bak kata Datuk pun, kucing mana pernah sakit jantung?

AKHIR sekali, bila bangun pagi, pastikan anda streching-kan badan tu. KUCING pun amalkan senaman ni setiap kali bangun tidur. Tak kiralah tidur pagi ke, petang ke, malam, memang diorang akan duduk termenung jap, then bersenam panjang2kan badan. Tak ada pulak kucing celik je mata terus berlari2. Hal tu berlaku bila ada yang mengganggu. Harap maklum.

AMALAN meregangkan otot diakui boleh membantu kelancaran peredaran darah dalam badan. Bila darah mengalir dengan sempurna, maka otak akan menerima bekalan darah yang mencukupi dan secara tak langsung badan akan rasa lebih segar sebab organ2 badan berfungsi dengan baik. Bila organ badan sihat, fizikal pun akan sihat juga. Semua ni saling berkait dalam mempengaruhi mood kita. Setuju?

PESAN Datuk, walaupun kucing tu hanya binatang yang tak berakal, tapi ada amalan mereka yang boleh dicontohi oleh manusia. Selain riak muka mereka yang sentiasa 'senyum', manja, bertenaga, aktif dan dengar kata, kucing tersangatlah penyayang. Tak pernah sekali mereka mendera apatah lagi membuang anak2 sesuka hati. Sedangkan manusia?

NATIJAHNYA, selepas dengar motivasi pagi tu, aku bukan hanya berkongsi dengan rakan2 ofis, malah aku tengok semula gambar2 kucing2 aku yang ada dalam handphone dan lappy. Betul. Kebanyakkan gambar tidur diorang yang dirakam menunjukkan cara tidur sedemikian. Sangat kagum. Tak hairanlah mereka ni dianggap Kekasih Nabi. Besar sungguh kuasa Yang Maha Esa.



**Perhati2kanlah kucing kesayangan masing2!


*Tak salah jadikan mereka idola!
Di sini aku suka nak kongsi beberapa gambar kucing2 aku. Tengoklah sendiri yek!



*Yot*


*Moq & Yot*


*mereka lagik ;)


*Nabu si kucing Mak Mim*


*Emoq Uteh*
Tapi mak cakap si samdol ni tidur ikut suka hati dia jek! Biasalah..tak matang lagik.

Thursday, January 27, 2011

*saya nak belajar dengan dia*

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

DIKALA ini (ewah..) perut tengah meragam. Pasal apa? Entah. Aku sendiri tak tahu. Tapi 'cikgu' aku cakap, penyakit jangan dilayankan sangat. Kena kuat lawan penyakit. Kalau tak memang kita akan melepek setiap masa. Macam juga puasa. Kalau diikutkan sangat rasa letih lapar mengantuk. Memang pakej lah! Sudahnya kita akan tidur sepanjang hari. Amalan entah ke mana, pahala entah ke mana. Amboi, aku bercakap mengalahkan anak perempuan sulung Noh Gadot pulak.

HARI ni boleh dikatakan hari paling mencabar. Mencabar perasaan dan minda. Aku tersangat malas nak buat kerja. Awalnya, pagi masa datang kerja, aku memang bersemangat macam biasa. Selepas satu tahap, semangat aku jatuh menjunam. Gara-gara 'sesuatu' yang agak menyentuh emosi. Bunyi macam poyo. Tapi itulah yang berlaku dalam tempoh enam jam yang lalu. Apa pun, cikgu aku pesan, masa kerja, jangan campur adukkan dengan perasaan mahupun peribadi. Nanti kerja tak menjadi. Ye cikgu...Kata2 cikgu tu betul!

DISEBABKAN malas, aku mula la duduk diam2, conteng2. Sebenarnya, aku memang gemar melukis. Alhamdulillah, Tuhan kurniakan aku dengan bakat yang jarang ada pada orang lain. Semua orang mampu melukis, tapi cantik atau tak itulah yang membezakan hasil seni masing2. Kan? Rasanya dah berhelai2 kertas (sebenarnya borang statistik) aku conteng. Tup2 aku teringat pesan ckigu lagi. "Kalau nak melukis boleh, tapi jangan sampai merosakkan harta orang lain. Lukislah atas kertas kosong. Nanti boleh simpan. Senang2 saya pun boleh tengok. Kan cantik macam tu?" Oh, kata2 cikgu tu terngiang2 kat corong telinga ni.

MENJELANG petang, emosi agak stabil. Kerja yang tertunggak dah pun aku siapkan walau bukan sepenuhnya (kan aku dah cakap, aku malas hari ni). Donor B negatif dan A negatif pun dah dipanggil datang menderma hujung minggu ni. Jadi aku melepak2 sambil berborak kosong dengan kawan2. Sangat santai kan aku hari ni? Kalau bukak syarikat sendiri memang dah lingkup! Tiba2 perut rasa pedih. Ya Allah, baru teringat rupanya last makan jam 8.50 am tadi. Itu pun roti jala je. Makan sementara tunggu nak dengar taklimat di Wisma Persekutuan. Patutlah lapar. Lagi sekali.....Aku teringat pesan cikgu. "Jangan biarkan perut kosong. Nanti sakit macam dulu siapa yang susah? Makan jangan tunggu disuruh. Saya hanya boleh ingatkan, selebihnya kena buat sendiri ye. Kita jauh...."Oh..sedih la pulak.

ASYIK2 nak dengar cakap cikgu aje kan? Meluat? Sukatilah. Yang penting aku sangat sayang cikgu aku. Dialah yang rajin membebelkan aku. Tapi aku tak kisah pun walau kadang2 aku melawan juga. Hehehehe...Aku suka sangat dia. Saya sayang cikgu!

Disebabkan rindu sangat dengan cikgu...sanggup aku upload gambar2 dia yang tak seberapa ni. Saya tak pandang rupa. Tapi saya suka skodeng hati ;)


*my teacher*


*masa ni teacher sy baru lepas perform. selain mengajar, dia main muzik*


*teacher dan .... peminat kot*

Tuesday, January 25, 2011

*tugas pendidik mendidik, bukan mengherdik*

Salam...

TAJUK entri kedengaran agak 'kasar'. Suka diingatkan bahawa entri kali ni bukan bertujuan untuk menghentam profesion perguruan mahupun pendidikan. Rasanya tak ada faedah aku menghentam sesiapa kalau diri sendiri pun ibarat 'ketam mengajar anak berjalan tegak'. Betul?

KAWAN2 rapat aku sendiri pun kebanyakkannya bergelar cikgu. Tak adil pulak aku 'mencuit' mereka dengan entri yang boleh mencabar kreadibiliti masing2. Kan? So, dengan penjelasan ni, aku harap tak ada yang terasa dengan cerita yang bakal aku mulakan ni. Bukan apa, tujuan hanya untuk berkongsi dan bukannya untuk mencaci. Harap maklum ye kalian ;)

TADI adik aku call. Biasalah, budak baru daftar belajar, macam2 nak kena isi. Dengan borang yang pelbagai. Memandangkan aku yang paling dekat dengan dia, jadi haruslah dia sentiasa mengharapkan bantuan akak sulung ni (oh, bunyi macam adik-beradik ramai kan?). Waktu dia call aku tengah bersiap2 nak balik. Agak risau bila dia bertanya sama ada petang ni aku free ke x? 'Aduhai, jangan dia suruh datang sana sudah'. Bukan apa, hari ni aku agak mengantuk untuk drive jauh2. Cuma fokus nak balik rumah dan rehat puas2.

SANGKAAN aku meleset. Rasa menyesal juga sebab berburuk sangka pada dia. Sorry Kotot! Rupanya dia nak share cerita mengenai seorang tutor yang bermulut kelat! Apa taknya, cara dia menegur budak2 baru ni macam diri tu dapat Anugerah Dekan setiap semester masa dia study dulu. Hello, kalau ye pun, tak perlu lah berhidung tinggi. Kawan2 aku pun jauh lebih hebat dari anda, tapi sampai sekarang mengamalkan sikap rendah diri. Semua orang senang hati.

NAK dijadikan cerita, adik aku ni adalah tersilap isi borang. Dan kesilapan tu dilakukan oleh aku sendiri. Memang kami tak sedar kesilapan tu ye sehinggalah borang yang banyak2 tadi sampai ke tangan tutor bermulut kelat tu.

"Siapa isi borang ni?" -- Adik aku yang agak panas baran ni diam.
"Ayah?" -- Diam lagi.
"Tak, kakak saya"
"Kakak awak tu datang dari kampung mana? Hulu mana? Ke dia tak reti baca?" --Oh, kali ni adik aku semakin panas telinga. Apa taknya, si tutor menegur dengan kasar di dalam bilik kuliah berkapasiti 100 orang pelajar dengan mikrofon depan muka ye. Mikrofon on!

SATU dewan terdiam. Adik aku? Tak tahulah macam mana muka si panas baran tu. Apa yang pasti, si tutor bertukar lembut lepas dapat tahu 'kakak kepada pelajar yang dia herdik' tadi bertugas di hospital yang sama dengannya. Sangat plastik! Bayangkan kalau adik aku sebatang kara di sini? Sure kena hentam sampai tertimbus dalam tanah.

PERKARA ni bukan kali pertama berlaku. Masa hari kedua aku hantar barang2 Kotot, aku dah kena sound dengan warden. Padahal masa tu mak aku ada sekali. Berkeras warden perempuan tu tak bagi kami naik atas. Suara macam petir. Pada aku, apalah salahnya kau bertolak ansur dengan orang tua yang juga seorang ibu. Mak aku datang jauh2 semata2 nak tengok tempat anak dia. Tup2 kena marah macam tu.

INSIDEN tu buat aku tak puas hati. Kebetulan aku dapat tahu nama dia. Terus aku bertanya pada salah seorang kenalan kat tempat kerja aku. Memang takdir, rupanya dia bekas kawan serumah Mak Yam masa study dulu. Hah! Biru muka masa aku sampaikan salam Mak Yam pada dia. "Eh, awak kenal Mariam? Lama dah saya tak jumpa dia". Terdiam dia bila aku jawab "Aaah, Mak Yam tu mak cik saya. Mak saya ni adik dia". Teruslah dia peluk2 bahu aku sambil ketawa ala2 binturung. Hah, sangat menjengkilkan!

BUKAN niat untuk komplen mana2 pihak. Sebab pihak yang nak dikomplen tu pun ada kaitan dengan kerjaya sendiri. Maka tak sedaplah kalau menjadi 'gunting dalam lipatan'. Kan? Apa yang aku nampak, sikap 'pilih bulu'. Insiden ni berlaku di mana2 jabatan. Cuma situasinya berbeza.

KALAU anda tak kenal 'orang dalam' atau anda 'bukan staf', kemungkinan untuk anda dijerkah adalah tinggi. Tak semua penjawat awam bersikap sedemikian, tapi yang segelintir itulah menjadi bualan masyarakat. Paling tak best bila masyarakat melabelkan semua penjawat awam menggunakan label yang sama -- KEREK! Tak suka kan?

TAK tahu mana silapnya... Yang pasti semua penjawat awam didorong untuk menyuburkan budaya SENYUM dan BERSOPAN. Tak guna pakai lencana 'smile' kalau muka macam baldi sepanjang hari. Tak guna pakai lencana 'Kami Sedia Membantu' kalau mulut tak lepas merungut dan hati tak putus menggerutu! Semuanya sangat plastik!

APA yang aku boleh pesan kat Kotot; banyakkan bersabar. Jangan ikutkan panas baran tu. Mungkin juga tenaga pengajar kat sana nak kan pelajar2 mereka berjiwa kental. Tahan makian. Tu semua tak mustahil juga..Paling penting, jangan menjawab. Sebab diam tak bererti kita kalah. Nak menjawab boleh, tapi jawab dengan berhemah. Itu aje yang aku mampu 'bekalkan' pada dia. Untuk Kotot, semoga kau kuat dan jadi orang berdisiplin tinggi ye! All the best sista!

Monday, January 24, 2011

* ade share dengan TNB ke *

Salam..

RASA huru-hara bila menaip entri kali ni. Bukan sebab jiwa kacau. Tapi dek kerana perangai makhluk-tuhan-tak-hormat-jiran yang semakin hari semakin menjengkilkan aku (dan mungkin jiran tetangga yang lain). Tak tahu macam mana nak gambarkan. Tapi cuba bayangkan situasi bila radio di 'on' kan tujuh hari seminggu-24 jam sehari! Ok, orang sabar pun boleh hilang iman kan? Orang pekak pun tak mustahil boleh dengar semula.

NAK kata jiran aku psycho, tak tahulah. Aku memang tak pernah nak bertegur sapa dengan dia sebab tak pernah bertentang muka. Tapi apa yang aku tau, setiap kali aku nak pergi kerja, dia dah bangun (pukul berapa dia bangun pun aku tak pasti sebab keadaan rumah yang meriah setiap saat) dan start 'berborak2' dengan kucing2 dia.

BANYAK kali jugalah aku dengar dia menengking2. Mula tu ingatkan dia bergaduh. Aku diamkan aje. Tapi lama kelamaan aku perasan yang dia sedang berkomunikasi sehala. Gulp! Sah psycho. Akhirnya aku dapat 'tangkap' yang dia ni selalu marah2kan kucing2 dia.
"Kan aku dah cakap makan sikit2. Ni tak, asyik mintak makan aje!"
"Jangan berlari2 bawah dapur!"
"Tengok tu, habis jatuh semua barang aku!"


--HAH, itulah antara jeritan yang aku terpaksa dengar hampir setiap hari. Pendek kata, telinga aku ni memang terpaksa menadah pekikan suara jiran yang seorang ni. Kadang2 rasa macam dia tengah memekik depan muka aku ni ha. Sangat tak suka! Tak sakit ke tekak menjerit tak sudah2? Kalau aku, sure tonsil dah bengkak.

MENJERIT tu satu bab. Belum cerita pulak pasal dia on radio tak kira masa. Petir berdentum ke, azan ke, subuh-malam-subuh pun radio dia kekal berdendang. Ada sekali tu suami aku datang then dia pun naik pelik dengan En. Jiran ni. "Dia ada share dengan TNB ke? Radio on sepanjang hari. Sayang boleh tidur ke?" Entahlah, mula2 duduk sini dulu memang aku agak baran dan tertekan. Tapi lama ke lamaan dah lali. Cuma aku takut penyakit nak-on-radio-selalu berjangkit kat aku. Sekarang pun macam dah ade tanda2 jek. Eiii..mintak jauh!

Sunday, January 23, 2011

*janganlah sakit..saya risau*

Assalamualaikum...

BARU beberapa jam tadi sampai JB. Biasanya akan terasa kepenatan. Tapi hari ni, sepanjang perjalanan, otak dan badan tak sehaluan. Kalau ikutkan perancangan awal, sampai je JB, nak keluar dengan Kotot. Tapi cancel. Sebab aku langsung tak de mood. Risau. Sedih. Rasa nak patah balik KL pun ye jugak.

APA taknya, sejak semalam Cinta Hati Saya tak sihat. Demam dek kerana keracunan makanan. Ikutkan hati memang nak ambil cuti panjang tapi keadaan tak mengizinkan. Lagipun, cuti yang berbaki perlu disimpan untuk sesuatu yang lebih penting nanti.

JAM 1.00 pagi semalam kami bergegas ke klinik. Mula2 jalan kaki sebab klinik sebelah rumah je. Tapi klinik yang disangka beroperasi 24 jam rupa2nya tutup menjelang malam minggu. Hampa. Lagi bertambah risau bila tengok muka suami dah keletihan. Dia mengadu sakit dada dan susah bernafas. Aku sangat cuak.

DIA yang aku kenal, tak akan mudah ke klinik kalau tak betul2 sakit. So semalam dia sendiri yang offer diri untuk ke klinik. Maknanya memang dia betul2 sakit. Disebabkan aku tak sabar nak tunggu siang, aku paksa juga dia ke klinik berhampiran Sunway Pyramid. Syukur ada dua buah klinik yang beroperasi 24 jam. Tapi parking sangat bermasalah. Malam minggu..Sabar aje la..

MUJUR tak ramai orang. Hanya seorang mak cik yang semput dan juga kami. Sementara nak tunggu turn tu, suami aku tak henti mengadu sakit dada. Ya Allah, masa ni aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Nak menangis tapi terngiang2 di telinga aku ayat yang selalu dia ucapkan pada aku..."sayang saya kan kuat". Ya, aku kuat! Aku tarik nafas dalam2. Tak terkata apa2.

LEPAS keluar dari klinik, dia sempat ajak aku ronda2 kat area Sunway. Aku tengok muka dia sedikit ceria. Mungkin dia tak nak aku risau. Walaupun dia cakap dia dah ok, tapi aku takut sangat. Ronda2 pun tak lama. Perut dia pun belum baik sepenuhnya.

PAGI tadi, sakit dadanya dah kurang. Cuma katanya kadang2 terasa ngilu bila nak tarik dan hembus nafas. Melihat keadaan dia yang bersemangat sediakan sarapan pagi kami, aku agak yakin dan senang hati dengan kesihatan dia. Harap sangat semuanya kembali normal. Haiii...lambatnya nak bulan Februari.