Tuesday, January 25, 2011

*tugas pendidik mendidik, bukan mengherdik*

Salam...

TAJUK entri kedengaran agak 'kasar'. Suka diingatkan bahawa entri kali ni bukan bertujuan untuk menghentam profesion perguruan mahupun pendidikan. Rasanya tak ada faedah aku menghentam sesiapa kalau diri sendiri pun ibarat 'ketam mengajar anak berjalan tegak'. Betul?

KAWAN2 rapat aku sendiri pun kebanyakkannya bergelar cikgu. Tak adil pulak aku 'mencuit' mereka dengan entri yang boleh mencabar kreadibiliti masing2. Kan? So, dengan penjelasan ni, aku harap tak ada yang terasa dengan cerita yang bakal aku mulakan ni. Bukan apa, tujuan hanya untuk berkongsi dan bukannya untuk mencaci. Harap maklum ye kalian ;)

TADI adik aku call. Biasalah, budak baru daftar belajar, macam2 nak kena isi. Dengan borang yang pelbagai. Memandangkan aku yang paling dekat dengan dia, jadi haruslah dia sentiasa mengharapkan bantuan akak sulung ni (oh, bunyi macam adik-beradik ramai kan?). Waktu dia call aku tengah bersiap2 nak balik. Agak risau bila dia bertanya sama ada petang ni aku free ke x? 'Aduhai, jangan dia suruh datang sana sudah'. Bukan apa, hari ni aku agak mengantuk untuk drive jauh2. Cuma fokus nak balik rumah dan rehat puas2.

SANGKAAN aku meleset. Rasa menyesal juga sebab berburuk sangka pada dia. Sorry Kotot! Rupanya dia nak share cerita mengenai seorang tutor yang bermulut kelat! Apa taknya, cara dia menegur budak2 baru ni macam diri tu dapat Anugerah Dekan setiap semester masa dia study dulu. Hello, kalau ye pun, tak perlu lah berhidung tinggi. Kawan2 aku pun jauh lebih hebat dari anda, tapi sampai sekarang mengamalkan sikap rendah diri. Semua orang senang hati.

NAK dijadikan cerita, adik aku ni adalah tersilap isi borang. Dan kesilapan tu dilakukan oleh aku sendiri. Memang kami tak sedar kesilapan tu ye sehinggalah borang yang banyak2 tadi sampai ke tangan tutor bermulut kelat tu.

"Siapa isi borang ni?" -- Adik aku yang agak panas baran ni diam.
"Ayah?" -- Diam lagi.
"Tak, kakak saya"
"Kakak awak tu datang dari kampung mana? Hulu mana? Ke dia tak reti baca?" --Oh, kali ni adik aku semakin panas telinga. Apa taknya, si tutor menegur dengan kasar di dalam bilik kuliah berkapasiti 100 orang pelajar dengan mikrofon depan muka ye. Mikrofon on!

SATU dewan terdiam. Adik aku? Tak tahulah macam mana muka si panas baran tu. Apa yang pasti, si tutor bertukar lembut lepas dapat tahu 'kakak kepada pelajar yang dia herdik' tadi bertugas di hospital yang sama dengannya. Sangat plastik! Bayangkan kalau adik aku sebatang kara di sini? Sure kena hentam sampai tertimbus dalam tanah.

PERKARA ni bukan kali pertama berlaku. Masa hari kedua aku hantar barang2 Kotot, aku dah kena sound dengan warden. Padahal masa tu mak aku ada sekali. Berkeras warden perempuan tu tak bagi kami naik atas. Suara macam petir. Pada aku, apalah salahnya kau bertolak ansur dengan orang tua yang juga seorang ibu. Mak aku datang jauh2 semata2 nak tengok tempat anak dia. Tup2 kena marah macam tu.

INSIDEN tu buat aku tak puas hati. Kebetulan aku dapat tahu nama dia. Terus aku bertanya pada salah seorang kenalan kat tempat kerja aku. Memang takdir, rupanya dia bekas kawan serumah Mak Yam masa study dulu. Hah! Biru muka masa aku sampaikan salam Mak Yam pada dia. "Eh, awak kenal Mariam? Lama dah saya tak jumpa dia". Terdiam dia bila aku jawab "Aaah, Mak Yam tu mak cik saya. Mak saya ni adik dia". Teruslah dia peluk2 bahu aku sambil ketawa ala2 binturung. Hah, sangat menjengkilkan!

BUKAN niat untuk komplen mana2 pihak. Sebab pihak yang nak dikomplen tu pun ada kaitan dengan kerjaya sendiri. Maka tak sedaplah kalau menjadi 'gunting dalam lipatan'. Kan? Apa yang aku nampak, sikap 'pilih bulu'. Insiden ni berlaku di mana2 jabatan. Cuma situasinya berbeza.

KALAU anda tak kenal 'orang dalam' atau anda 'bukan staf', kemungkinan untuk anda dijerkah adalah tinggi. Tak semua penjawat awam bersikap sedemikian, tapi yang segelintir itulah menjadi bualan masyarakat. Paling tak best bila masyarakat melabelkan semua penjawat awam menggunakan label yang sama -- KEREK! Tak suka kan?

TAK tahu mana silapnya... Yang pasti semua penjawat awam didorong untuk menyuburkan budaya SENYUM dan BERSOPAN. Tak guna pakai lencana 'smile' kalau muka macam baldi sepanjang hari. Tak guna pakai lencana 'Kami Sedia Membantu' kalau mulut tak lepas merungut dan hati tak putus menggerutu! Semuanya sangat plastik!

APA yang aku boleh pesan kat Kotot; banyakkan bersabar. Jangan ikutkan panas baran tu. Mungkin juga tenaga pengajar kat sana nak kan pelajar2 mereka berjiwa kental. Tahan makian. Tu semua tak mustahil juga..Paling penting, jangan menjawab. Sebab diam tak bererti kita kalah. Nak menjawab boleh, tapi jawab dengan berhemah. Itu aje yang aku mampu 'bekalkan' pada dia. Untuk Kotot, semoga kau kuat dan jadi orang berdisiplin tinggi ye! All the best sista!

No comments:

Post a Comment