Monday, March 8, 2010

+ isnin bukan hari yang tak best +

Selamat Hari Wanita Sedunia...

Persoalannya, wanitakah aku?Hahahahaha....Ye la, wanita. Umur pun da melayakkan aku dan kawan2 sebaya (korang tolong mengaku ye)digelar wanita. Ehem..Macam lain macam aje bunyinya kan?

Tapi sebelum tu aku nk ucapkan salam takziah buat Nurul Alianis a.k.a ikin diatas pemergian nenek semalam. Semoga dia tabah menghadapi ujian ni. Dan semoga roh dicucuri rahmat.

Nak ikutkan hari ni memang memeningkan kepala. Pening bukan sbb kerja tapi aku betul2 pening sebab malam tadi tak dapat tido dgn nyenyak. Mungkin sebab terlampau panas sehinggakan aku terjaga hampir setiap jam. Mungkin juga sebab aku terlalu banyak tidur di siang hari hinggakan aku memaksa mata utk tidur malam tdi tapi sayangnya tak berjaya.

Kesannya terbawa2 ke siang hari dan malangnya hari ni adalah Isnin..Perrghhh..Memang aku rasa berjalan tak jejak tanah harini. Pening sampai kadang2 rasa melayang2. Selera makan pun rasa macam kureng..Tu pn makan sebab Mak Mim ajak temankan dia makan nasi padang..Tapi kalau tanya aku 'sedap ke tak rasa nasi tu?', rasanya aku dah lupa macam mana rasanya..Mintak maaf la ye..

Apa yang terjadi sepanjang harini semuanya macam mimpi belaka. Termasuklah bab ada manusia yang berjumpa dan menyentuh perihal peribadi aku tadi. Hakikatnya aku amat berterima kasih pada dia sebab sudi berbual dan bercerita dengan aku walaupun sebelum ni ada 'peristiwa' yang terjadi antara kami.

Kalau nk kata aku terguris, ya, memang terguris. Tapi perasaan tu tak kan dapat mengatasi rasa ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi..Tak apelah. Biar masa yang tentukan segalanya. Aku tersangat yakin segala persoalan dan syak dalam jiwa aku selama ni akan terjawab satu hari nanti.

Saturday, March 6, 2010

+ skill memasak tu penting dong +

Salam Selamat Malam.....!!

Malam ni aku tinggal sorang. Yang lain semua balik ke kampung halaman masing2. Tapi tak apalah, bukan tak biasa pun kan? Baru aje lepas tengok slot Cerekarama TV3, 'Dalil Cinta'. Mak aii..seram tgk si isteri yang memang jahil bab2 rumahtangga..

Jangankan memasak, mengemas rumah pun tak tahu. Semua baju kotor sorok dlm almari! Nasib la baik ada si suami yang tersangat sygkan isterinya, sanggup bantu buat semua tu (how sweeeeettt hubby).

Bercerita bab masak ni, rasanya aku tersangatlah kerdil dalam hal ni..Huaaaaa!!!
Takutnya bila fikir bab nak masak utk mak mertua nanti..Ya ampun mak, tolonglah ajar anak menantu mu ini kalau ada apa2 yang kurang nanti.

Setakat ni, aku takdelah nk menipu tentang kejahilan aku dalam bab memasak. Nasiblah bakal suami (errr...macam janggal gitu nk sebut nama ni) faham kekurangan diriku ini (ewah) dan sudi nk terima aku seadanya..TERIMA KASIH ye awak.

Hah, lupakan bab masak2 ni..Apa yang penting pada aku, kesungguhan untuk memperbaiki segala kekurangan. Bukan hanya meratap kritikan mengenai kekurangan tanpa berusaha menambahnya untuk kebaikan bersama.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dlm diri masing2kan? So, pada aku kita tak perlu takut untuk berhadapan dengan kenyataan tu. Bukan ke zaman sekarang ni semuanya d hujung jari. Kalau kata nk belajar masak, internet pun mampu menjadi guru pada mereka yang memerlukannya. Persoalannya sama ada kita rajin dengan malas aje..