Sunday, January 8, 2012

*kisah susu sejuk*

Assalamualaikum...

SEMALAM hari tanpa entri. Demam tiba-tiba. Menggigil tengah malam. Sakit satu badan. Syukurlah tak melarat sampai berhari-hari. Bangun pagi tadi dah rasa ok sikit walaupun masih ada saki baki pening dan lenguh sendi.

DISEBABKAN demam, maka semalam tak dapat nak menyusukan Thaqif secara direct. Budak bulat tu terpaksalah minum susu yang dah dipam. Susu pam ni biasalah, lepas pam mesti kena simpan dalam peti ais. Kalau tak nanti basi.

PETANG tadi bagi susu yang sama pada Thaqif. Cuaca panas, jadi cepatlah dia minta susu. Kalau nak ikutkan dia akan menyusu setiap dua jam. Tapi mungkin disebabkan cuaca, tekak dia pun cepatlah haus. Dan bila haus dia tak akan rela menunggu lama. Kalau lambat dapat susu, haruslah menjerit macam kena cubit.

MEMANG
pun dia menjerit-jerit masa tunggu proses memanaskan susu. Proses tu adalah makan masa dalam 15 minit. Bergantung pada suhu air panas yang digunakan. Di sebabkan tangisan Thaqif agak luar biasa kuatnya, maka si mama ni tadi tak sangguplah nak mendengarnya. Susu yang disangka dah hangat terus disumbat masuk dalam mulut si anak. Tangisan berhenti serta merta. Thaqif menikmati susu dengan tenang sehinggalah habis 3 oz. Syukur.

SELANG
dua ke tiga minit selepas minum, dia tiba-tiba menangis memejam-mejam. Eh, cuak juga lah dibuatnya. Aku dengan mak ingatkan dia kepanasan. Bermacam-macam cara kami buat. Tak juga jalan. Akhirnya mak tepuk-tepuk perut dia. Kembung. Perut dia pun agak buncit dan keras. Alahai...

LEPAS sapu minyak telon, dia mula muntah. Bukan muntah meleleh. Tapi menyembur! Oh, sangat takut! Diselang seli dengan kentut yang berdas-das! Adalah dalam 3 kali tukar pampers sebab setiap kali kentut pasti ada 'sesuatu' yang mengikut sama. Tak kisahlah janji dia rasa lega dan selesa.

KUANTITI muntah dan berak Thaqif dalam tempoh setengah jam selepas menyusu tadi memang melebihi 3 oz susu yang dia dah minum. Aku pun susukan dia lagi. Kesian tengok anak aku. Berpeluh-peluh. Tapi keadaannya nampak tenang dan selesa berbanding sebelumnya. Habis menyusu dia pun tidur.

TENGOK anak dah tidur, aku pun kutip semua baju kotor termasuk botol susu yang dah digunakan. Berderau darah bila pegang botol susu tadi. Sejuk! Maknanya susu yang aku hangatkan tadi tak hangat sepenuhnya! Hanya hangat pada bahagian bawah. Kenapalah aku cuai sangat? Nasib Thaqif tak apa-apa. Maafkan mama sayang...



*Bila tengok Thaqif tidur sambil kedua-dua tangan terangkat ke atas (gaya orang tengah azan), rasa lega. Itu tandanya dia berada dalam zon selesa dan relaks!

No comments:

Post a Comment