Saturday, December 31, 2011

*2011 adalah yang terbaik*

Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak update blog ni. Seingat aku sejak Februari lepas. Teruknya. Bahasa pun mesti tunggang langgang! Tak apa lah. Hari yang ke-366 (sebab tahun ni Tahun Lompat) ni aku nak mulakan sedikit cerita. Saja. Buat lepas rindu.

Sebenarnya sebelum ni aku tak berapa teruja untuk sambut tahun baru. Sejak beberapa tahun lepas, setiap kali masuk tahun baru, aku mesti akan berhadapan dengan 'kehilangan'. Macam-macam jenis kehilangan. Permulaan tahun 2011, aku tak ada azam. Yang ada hanya harapan. Harapan untuk segera bertukar ke Kuala Lumpur. Duduk sebumbung dengan suami. Itu saja harapan aku. Tapi dalam masa yang sama, aku tak terlalu mengharap sebab aku tau harapan tu adalah mustahil (sebab proses permohonan pertukaran aku sangat complicated).

Tapi Allah Maha Adil. Semuanya telah diaturkan ;)

Januari~ Adik aku dapat tawaran belajar di Johor Bahru. Syukur! Hanya DIA yang tahu betapa gembiranya kami saat itu.

Februari~ Penantian aku berakhir. Permohonan untuk bertukar ke KL lulus! Tamat sudah kisah duduk berjauhan dengan En. Suami. Tamat sudah kisah travel selama 4 jam (naik bas)/ 3 jam (naik kereta) dari JB ke KL setiap kali dapat cuti hujung minggu. Tamat sudah kisah ke sana ke mari dan buat itu ini secara solo sepanjang berada di JB walaupun sudah bersuami. Ye, semuanya tamat. Bermula kisah mengharungi jem di KL setiap kali balik kerja. Tapi aku tak kisah pun! Lapan bulan menanti. Apalah sangat kalau sangkut dalam jem setakat satu ke dua jam!

Penghujung bulan ni juga, aku disahkan mengandung! Sangat sangat bersyukur. Benda yang kami tak jangka akan berlaku dalam masa terdekat! Alhamdulillah.

Jun~ Genap setahun usia perkahwinan aku dan En. Suami. Oh, sekejap je kan?? Rasa macam baru je berkenalan dengan dia. Hehehehehe...

Julai & Ogos~ Pertama kali sambut Ramadan dan Syawal dengan En. Suami secara full-time! Sebelum ni, berjauhan. Perasaan? Entah. Hanya yang pernah melaluinya akan faham.

Juga pertama kali menyambut bulan mulia ni sebagai ibu mengandung. Terima kasih pada teman2 yang tak pernah jemu bertolak ansur dan bagi semangat.

November~ Tadaaaaa! Kelahiran Muhammad Thaqif. Permata hati kami yang pertama. Terima kasih atas hadiah yang Kau berikan ini.


Tahun 2012 diharap akan menjadi tahun lebih baik dan hebat untuk kami. Rasa sangat yakin dan bergaya untuk mulakan tahun baru bersama orang baru dan kehidupan baru. Kepada Thaqif, mama sayang kamu. Cepat besar ye. Terima kasih kerana telah memilih untuk lahir ke dalam keluarga kita. Alhamdulillah.Syukur.

No comments:

Post a Comment