Friday, July 2, 2010

* batu bata hempap muka *

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..!!

PEJAM celik pejam celik, dah sampai Jumaat pun. Alahai, cepatnya masa berlalu. Esok, genap tiga minggu usia perkahwinan kami *eceh*. Sebenarnya usia pun baru setahun jagung. Masih terlalu mentah dan agak 'bayi' lagi. Dan setiap hari yang berlalu, aku tak pernah jemu mohon pada Tuhan supaya diberi peluang dan kesempatan untuk duduk bersama yang tercinta *sedih*. Tak apalah, mungkin ini yang dimaksudkan 'jauh di mata, dekat di hati'.

SYUKUR sebab walaupun 'otak kedua' kosong, tapi presentation pagi tadi dah pun selamat. Hai la pendrive, kejam sungguh cara kau bergurau sekarang ni ye? Tak apalah, ni bukan kali pertama benda macam ni berlaku. Masa zaman belajar dulu, pernah CPU aku meragam tak mahu 'on'. Hanya satu cara je nak bagi dia sedar diri. FORMAT. Hah, nangis air mata darah pun, meraung sambil lari2 satu Seksyen 2 Shah Alam pun, yang hilang tetap hilang ok!! Jadik, apa yang pendrive aku buat semalam, tak seteruk mana la kot. Cumanya apa yang hilang, buat aku rasa ralat sangat2..

TENGAH HARI tadi, aku lunch call dengan Kak Liana. Lepas present kitorang berdesup ke Kota Raya. Makan rojak. Haiiii nikmatnya. Walaupun tak sesedap Asma Rojak, tapi bila perut dah lapar, apa pun yang melintas kat tekak, semuanya rasa macam hidangan dari syurga *hehehehehe...* Sangat bangga sebab menjelang tengah hari sampailah ke 2.45pm, langsung tak ada donor. Bila perut dah kenyang, pastinya dia pun ajak mata bercinta. Kan?

HAJAT nak balik terbantut. Hujan lebat mencurah2. Mulanya aku pun tak tahu hujan kat luar. Sebelum balik aku tanya lah Kak Jem (bukan nama sebenar). 'Kat luar hujan ke?' Dia dengan yakin beritahu aku, 'A'ah tapi rintik2 aje'. Ok. Aku pun keluar. Hah kau, hujan yang turun depan mata kalau nak buat mandi@basuh satu hospital pun dah cukuuuuuuup sangat. Rintik2 apa?? Jadik, berpayunglah aku mendekati Bibah.

BALIK tadi, lepas selesaikan apa yang patut, aku tidur. Nikmat tidur bila hujan2 nih. Boleh pulak mimpi menyeramkan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Kacau betul! Helmi sibuk dengan badminton. Sempat juga dia bagi tau tentang Abang Manaf masuk hospital. Wad mana tak tahu. Insyaallah esok aku melawat. Boleh jumpa Syadiaa. Hehehehehe...


*Esok Tanty kahwin. Beb, sorry, aku tak dapat datang....*

No comments:

Post a Comment