Friday, September 3, 2010

* nasi lemak dan bubur lambuk *

Assalamualaikum...

HARI ni rasa nak senyum je boleh tak? Kenapa? Sebab setiap manusia memang dah dianugerahkan dengan otot2 yang menyokong perbuatan senyum tu, kan? Hehehehehehe.....(amacam, sakit hati tak dengan alasan tu?). Tak da la, sebenarnya aku tersenyum bukan disebabkan angau. Tapi lebih kepada rasa tak percaya dengan perubahan 'seseorang'.

YE. Dia adalah 'seseorang'. Dia yang aku kenal sejak 2005. Masa mula2 aku kenal dia, memang kami tak berapa nak rapat. Bukan apa, karakter dan cara kami berbeza. Tapi kalau dah jodoh, taaaaaaakkkk suka macam mana pun, akhirnya kekal sebagai kawan. Kalau ada yang mengenali dia ni, mungkin ramai yang anggap, dia ni biasa2 aje. Tak ada yang special pun. Tapi bagi aku tak. Dia ada 'sesuatu'. Pernah juga ada yang cemburukan kami. Tapi lantak lah. As long as kami tahu batas duduk hubungan tu, Alhamdulillah..Akhirnya kami kekal berkawan sampai hari ni.

TAPI disebabkan komitmen pada pelajaran, aku dengan dia jarang jumpa. Kalau ada pun, bila aku balik cuti. Jumpa tak lama. Biasanya melepak mengeteh sama2. Macam biasa, dia akan bercerita semua tentang kisah yang berlaku sepanjang kami tak jumpa. Paling wajib sesi luahan perasaan. Hah...bukan perasaan kami. Tapi perasaan dia. Masalah dia. Aku pulak, akan tekun duduk di sebelah menjadi pendegar setia. Eceh! Kadang2 tak cukup cerita depan mata, sambung pulak dalam phone. Disebabkan tu la agaknya kami rapat. Sebab aku suka melayan dan mendengar setiap cerita dia walau mata tinggal sekerat!

SEPANJANG berkenalan..rasanya, tak pernah aku dengar dari mulut dia untuk berubah menjadi seperti yang dia ingin jadi sekarang (ALHAMDULILLAH). Minggu lepas, aku tersentak bila dapat SMS dia. Mengatakan yang dia nak berubah. Nak mencari pasangan hidup. Nak kahwin. Nak punya anak serta keluarga sendiri. Dia dah bosan dengan apa yang dilalui selama ni. 'Hah?Betul???' Sampaikan aku boleh tergelak bila dia hampir menangis menyatakan kesungguhan untuk berubah. Aku jahatkan?

MULANYA aku anggap kesungguhan yang dia tunjuk hanya pura2 dan drama semata2. Tapi selepas melihat kesungguhan dia, aku akhirnya akur dengan ketentuan-Nya. Semua yang berlaku dalam bulan Ramadan satu hikmah yang nilainya teramat tinggi. Tak kan dapat dibeli. Kat Pavillion, Sunway Pyramid, Mid Valley..Tak ada. Benda tu hanya ditawarkan dalam diri orang2 terpilih seperti dia.

MELIHAT kepada perubahan dia, aku tersangat bersyukur sebab dia bersungguh buat apa yang dia cakap. Banyak benda yang dia mintak tolong aku ajarkan. Tapi aku pun manusia yang serba kekurangan. Apa yang aku tau dan mampu, InsyaAllah aku akan tolong. Harapan aku satu. Andai dia mampu berubah sepenuhnya, aku anggap tu hadiah hari jadi yang paling bernilai daripada dia untuk aku. Dia sahabat aku. Nilai persahabatan tak boleh diukur dengan harta benda. Tapi boleh dinilai dengan ketulusan jiwa.



*Lama tak jumpa dia. Hanya hello2 thru phone je. Nanti kalau senang, teringin jugak nak mengeteh sama2...Kita suka kan??

No comments:

Post a Comment