Wednesday, September 8, 2010

* Kau Ilhamku *

*SATU*

“Naem, jom makan.” Panggilan Syila hanya dibalas dengan senyuman. Naemaa menggeleng. Tumpuannya kembali kepada skrin komputer di depan mata. Jarinya ligat menaip satu persatu huruf pada papan kekunci. Sesekali dia menoleh pada beberapa helaian kertas yang agak berselerak di tepi skrin.

Syila dan dua lagi rakan memerhati sejenak tingkah laku rakannya yang agak berbeza berbanding sebelum ini. Namun dia faham mengapa ianya terjadi. Syila tak mahu memaksa Naemaa. Dia hanya berlalu keluar dengan perasaan simpati. Baginya, makan tengah hari kini bertukar menjadi sunyi sepi. Tak ada lagi gurau senda dan gelak tawa Naemaa.

Tumpuan Naemaa hanya seketika. Bingkai gambar di sisi kanan meja ditenung lama-lama. Gambarnya dan Qaleeda sewaktu mereka masih menuntut dalam semester tiga Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tujuh tahun lepas. Jelas kelihatan wajah keanak-anakan mereka. Kalau dulu dia akan tersenyum setiap kali terpandang gambar itu, tapi kini dia akan menangis. Terasa dia sudah kehilangan segala-galanya.

Kandungan mesej yang diterima tadi dibaca berulang kali. Otaknya bagai berhenti berfikir. Dia tak tahu apa yang perlu dibalas kepada si pengirim. Hatinya berbisik, ‘maaf Rais’. Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam beg yang disilangkan ke tepi badan. Padanya, itu yang terbaik buat masa ini. Naemaa yakin. Tugas yang tergendala di sambung kembali.

BUNGKUSAN makanan itu langsung tak dihirau. Syila memandang Naemaa. Wajah rakannya yang dulu berisi kini semakin cengkung. Dia tahu apa yang ditanggung Naemaa kini. Tapi dia tak mampu untuk mengurangkan kesengsaraan itu. Dia juga tahu Naemaa perlukan masa. Sebab itu dia tak terlalu mendesak Naemaa untuk melakukan itu dan ini. Seperti selalunya, dia berlalu meninggalkan Naemaa. Walaubagaimana pun, dia amat berharap Naemaa akan menjamah makanan yang dibelinya tadi sebelum petang. Bimbang ia akan basi.
“Hello Naem, tengah buat apa?” Kedengaran lembut suara di hujung talian. Naemaa menarik nafas panjang. Terasa sebak untuk bersuara.
“Kerja,” jawabnya ringkas. Sebenarnya dia tak mampu nak berkata-kata. Setiap kali nak bercakap, air matanya akan mula bergenang.
“Naem, Yana minta maaf. Yana tak dapat datang hari tu. Yana dapat berita pun dah lewat. Maafkan Yana.” Beriya-iya Yana menuturkan ayat itu. Mata Naemaa mula berkaca-kaca. Bugkusan makanan yang satu itu kelihatan pecah menjadi tiga dan empat bungkusan. Air mata Naemaa tumpah lagi. Kali ini tiada esakan. Dia tak mahu menarik perhatian Syila yang sentiasa peka dengan pergerakan dirinya kini.
“Tak apa Yana. Aku tak kisah. Lagi pun semuanya dah selamat. Kau doakan untuk dia ye?” Kali ini Naemaa menekup mulutnya sendiri. Esakannya semakin kuat namun masih belum sampai ke pendengaran Syila. Yana terdiam di hujung talian. Mungkin dia juga turut menangis. Agak lama talian sepi.
“Yana, mintak tolong yang lain sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah,” Naemaa menyambung kembali perbualan. Kali ini dalam nada agak tegas. Air matanya dikesat perlahan-lahan. Sudah bayak kali dia berjanji pada diri sendiri yang dia tak akan menangis lagi. Tapi janji hanya tinggal janji. Naemaa tewas dengan perasaan sendiri.

Agak lama untuk Naemaa mengembalikan semula semangat untuk menyambung kembali tugasan yang tergendala tadi. Walaupun ketua editornya belum bersuara, namun Naemaa faham, tugasan hari ini perlu dihantar untuk semakan sebelum jam lapan malam. Kini jam lima petang, Dia hanya ada masa lebih kurang tiga jam untuk menyiapkan dua lagi berita yang tinggal. Mahu tak mahu, Naemaa terpaksa juga memerah otak untuk mengarang ayat demi ayat sehingga terbentuknya satu perenggan seterusnya menghasilkan sebuah berita lengkap. Kerjanya jadi mudah jika tak ada yang mengganggu fikiran.

Monday, September 6, 2010

* buah hati dah mandi *

Assalamualaikum..

SIANG tadi memang tak ada mood nak kerja. Sebab? Sakit perut. Badan rasa seram sejuk je. Tapi bukan demam ke apa, cuma perut meragam sejak awal pagi semalam. Tak tahu lah pasal apa. Huh..Terjejas mood nak kerja tau!

NASIBLAH adik aku MMS kan gambar Uteh yang selalu aku rindukan tu. Hari ni dia mandi awal. Habis basah kuyup satu rumah. Sebab dia tak tahu jilat dan bersihkan bulu. Selama ni bergantung sepenuhnya pada mak dia, Roonie. Jadi bila dah duduk dengan kitorg, terpaksa lah dia belajar sendiri dan berdikari. Tak kan nak harapkan Yot pulak???Hah, kalau nak tengok dunia terbalik, silalah suakan dua makhluk ni.

BERDASARKAN cerita adik aku, lepas mandi tadi Uteh berlari satu rumah. Bayangkanlah, lepas keluar bilik air, terus berlari. Mak aku pun tak sempat nak tangkap dan lap badan dia. Berlari bukan seminit dua ok! Tapi TIGA JAM!!!

LEPAS
tu surelah dia kepenatan dan menjelirkan lidah ala2 anjing gitu. Belum sempat bagi makan, dia dah sibuk tengok adik aku mengemas. Agak jaki (pelik & jakun kot) bila adik aku on vacum cleaner. Dia tak lari macam Yot. Tapi berdiri dengan dua kaki. Pelik dan comel kan? Hahhhhhh...bila aku dapat balik peluk budak debab tu?????

YOT? Macam biasa, terpaksa dikeluarkan bila sampai turn budak debab tu keluar dari sangkar. Nanti bila budak tu da masuk sangkar, barulah panggil balik Yot. Kalau tak, memang dia bertekak dalam rumah. Bukan senang nak leraikan. Silap hari bulan kaki kita yang jadi mangsa. Sumpah. Sebab aku sendiri dah kena masa hari pertama bawa masuk Uteh dalam rumah. Rasanya? 'Sangat tak sakit!'


*muka innocent...sebelum mandi.


*Lepas mandi. Seminit dua aje jilat bulu. Lepas tu...


*Lepas berlari TIGA jam.


*Hah, saya sangat penat!!

* Kau Ilhamku *

*PROLOG*

AIR mata Naemaa dah tak mengalir seperti dua hari lepas. Waktu itu dia menangis bagaikan hanya mempunyai peluang sehari sahaja untuk mengeluarkan air mata. Rasa malu menangis di khalayak terutama rakan sekerja bagaikan hilang sebaik menerima berita sedih itu. Perasaan hibanya bertambah bila satu persatu wajah rakan sekolejnya datang bersalam dan memeluknya erat-erat. Tak ada langsung kata-kata yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya mahu pun mereka yang datang. Hanya kedengaran esak tangis yang bertali-tali.

Diari hitam kuning yang berada di depan mata masih ditenungnya sayu. Sudah tiga hari dia tidur bertemankan diari itu. Dia masih belum ada kekuatan untuk menyentuh apatah lagi membaca helaian demi helaian yang terkandung di dalam diari itu. Hatinya bagaikan dihiris apabila terpandangkan nama si pemilik diari yang terletak pada bahagian bawah diari tersebut. Air matanya mula bergenang. Matanya dipejam rapat-rapat. Berat sungguh ujian yang diterimanya kini.

Badannya mula panas. Tekaknya kian perit. Kepala semakin berdenyut. Namun Naemaa tak menjadikan ketidakselesaan itu sebagai sebab untuk dia berbaring seharian di atas katil. Perutnya juga pedih. Seingat Naemaa, kali terakhir dia menjamah makanan tiga hari lepas. Itu pun waktu sarapan bersama beberapa rakan kerjanya di kafeteria bangunan pejabatnya.

Makanan yang disediakan rakan serumah langsung tak disentuh. Dia hanya minum bila terasa dahaga. Perutnya bagai mengerti kesedihan yang ditanggung Naemaa. Langsung tak ada rasa lapar yang mencucuk-cucuk seperti selalunya. Tapi Naemaa tak ambil peduli semua itu.

Komputer riba dan kamera yang berada di atas meja kecil di sisi katil dipandang sekilas. Bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya untuk mencapai kamera digital itu. Jarinya menekan butang ‘on’ kemudian butang ‘play’. Kali ini air matanya tak mampu dibendung. Bahunya terjungkit-jungkit menahan esak. Bimbang tangisannya dipagi hari didengari rakan serumah.

Setiap imej yang terpapar pada skrin kamera ditatap satu persatu. Hanya bila imej Qaleeda yang muncul, dia akan mengetap bibir. Dadanya bagai mahu pecah menahan sebak. Semua gambar yang dirakam tiga tahun lepas sengaja dipindah masuk semula ke dalam kad memori kameranya itu. Baginya, bila terasa rindu, mudah untuk dia melihat kembali gambar-gambar berkenaan.

Selama ini, Hanya gambar yang menjadi temannya ketika hendak tidur. Hanya gambar yang mengisi rasa sepinya ketika bersendirian di rumah. Hanya gambar yang membantunya mengubat rindu kepada rakan-rakan sekelas. Sehingga dia tak mampu nak bayangkan kalau suatu hari nanti, kesemua gambar itu hilang daripada simpanan kad memorinya. Naemaa tak ada bahan kenangan lain selain daripada gambar-gambar itu.

Detik jam pada dinding bilik semakin lemah dipendengarannya. Jam berapa dia tidur, pukul berapa dia bangun langsung tak dihiraukan. Dia hanya mengikut gerak hati. Kalau rasa nak tidur, Naemaa akan berbaring sambil memeluk kameranya. Begitu juga setiap kali terjaga. Kamera akan diletakkan di atas meja dan beralih pula kepada diari hitam kuning itu. Diari itu ada semua kisah yang pernah menjadi asam garam hidupnya beberapa tahun yang lepas. Ya. Diari itu.

* ahli keluarga baru *

Assalamualaikum...

LEGANYA bila buka tadi dapat minum air masak. Nak ikutkan, waktu berbuka dah cukup kalau dapat teguk segelas air. Tu lah sebenarnya ubat paling mujarab untuk hilangkan keletihan selepas seharian berpuasa. Tapi tu bagi aku lah. Tak tahu orang lain macam mana. Lain orang, lain selera. Kan?

SEMENTARA nak tunggu masuk waktu tadi, sempat juga berSMS dengan Abby (Zafrina Zairuddin). Bertanya khabar. Dia baru bersalin Sabtu lepas. Sayangya aku individu paling terkebelakang yang tahu pasal berita gembira ni. Sedihnya. Tapi tak apalah, dari langsung tak tahu. Kan?

MUHAMMAD Khalis Zaim Bin Khairul Marhan. Sweet! Sepanjang berbuka tadi nama si kecil tu asyik bermain2 dalam kepala ni. Sedap nama tu. Pandai Abby pilih. Dan selesai berbuka, aku tak buang masa. Terus buka Facebook. Tak sabar nak tengok wajah putera sulung Abby!!

COMEL. Wajah ada iras mak dan ayahnya (actually akak tak tahu Zaim panggil mak ayahnya apa. Mama-Papa? Ibu-Ayah? Mummy-Daddy? Ummi-Abah?). Entah bila akak dapat cubit2 pipi gebu si kecik tu kan? Lepas ni Abby dah balik Ipoh. Yang pasti Pak Lang dah tak keruan tunggu kepulangan Zaim. Hehehehe....

AKAK harap lepas ni Abby & K-Rol bertambah bersemangat. Gembira. Bahagia. Bertanggungjawab. Diam tak diam nanti sekejap je Zaim dah besar. Dah boleh geng dengan Muaz dan Dania. Wah...meriah keluarga Ibrahim. Hehehehehehe....Insyaallah kita jumpa nanti k. Do take care. Miss you..!

*Nak kongsi gambar ni. Comel kan?