Saturday, December 18, 2010

*zaiZura*

Assalamualaikum..

DAH masuk Disember. Syukur sangat sebab masih boleh bernafas dan dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan membahagiakan orang lain. Hehehehe...Lain macam aje bunyi. Aduhai, walaupun Sabtu, tapi komitmen bekerja tetap ada. Tak kisah pun sebab rasanya dah lama tak kerja Sabtu dan Ahad. Sesekali kena kerja, rasa segar pulak. Berbeza dengan waktu kerja hari biasa. Tak tau la. Mungkin aku je yang rasa.

MINGGU lepas (10 & 11 Disember 2010) hati tersangat gembira. Gembira sangat. Sangat-sangat gembira! Bukan apa, kawan baik sejak sekolah rendah, agama dan menengah; Nurzalifah Ghazali, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan; Sari Indra Saputra (Indra). Terkinja2lah aku dan suami terchenta menghadiri majlis berkenaan. Hilang penat lelah selepas memandu dua jam dari JB.

ZAI sangat cantik! Busana merah-hitam memang klasik. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk bergambar dengan pengantin. Bersanding dah sejam. Makan beradab lagi. Last2 aku ambil gambar dia masa tengah makan. Tersengeh2 kawan aku tu. Besar dah kau ye Zai. Dulu kecik2 kita macam tak da arah. Degil. Tak padan kecik, pendek, ligat kita berjalan sana sini. Kayuh basikal tengah2 panas. Pening kepala mak ayah. Sekarang tak sangka, semuanya berubah.

KAWAN yang kahwin tu, kira kahwin la juga. Ni kawan yang dah kahwin dan datang sebagai tetamu bukan main hebat makan nasi minyak si kawan yang kahwin. Mula2 makan meja dekat dengan pintu rumah. Sepinggan settle. Dah tu bila datang Nohal & Suami serta Intan, berpindah ke meja lebih luas. Ceh, gaya macam baru datang aje. Hehehehehe..Sempat pulak suami aku minta aku masak nasi minyak! "Sayang, agak2 la. Kalau nasi ayam tu boleh dilayan lagi..Ni nasi orang kahwin, meleleh air mata kat dapur". Namun, aku berazam akan menunaikan permintaan itu. InsyaAllah ;)

APA pun, kenduri kahwin Zai haritu banyak membawa aku kepada kawan2 sekampung yang satu masa dulu pernah sama2 melayari alam kanak2 bersama. Makcik2 yang duduk sekampung. Ada juga saudara mara jauh (Zai & aku ada pertalian darah) pun selalu aku nampak melintas depan meja kami. Senyum2 aje sebab aku tau diorang sure tak cam aku. Melainkan aku datang dengan mak abah. Disebabkan aku dari JB, maka mak abah terpaksa pergi asing2.

IKUTKAN aku yang jadi pengapit. Tapi atas alasan tertentu, makanya hari kejadian aku datang sebagai tetamu. Hehehehehehe..Kalau tak, memang malam lah baru balik rumah. Tapi tak apa, aku senang hati tengok Zai dan Indra..Semoga bahagia selamanya beb!

STATUS dah bertukar. Harap2 lepas ni keluarga kami akan berkembang. Dan harap2 juga hubungan silaturrahim ini tak akan putus sampai bila2. Sayang sangat.


*sedapnya Nescafe Soda..!


*zai..berarak.


*senyum Zai..semoga bahagia ke akhir hayat!


*makan beradab.


*Pengantin lama mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk Zai & Indra.

5 comments:

  1. kan? sangat cantik..akak pn suke tgk..nnti intan buatla tema cmtu. time kasih!

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru Zai.. Semoga bahagia & kekal sehingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. gosh! tetiba rsa nk google nama sendiri and tadaaaa!! nampak blog ni. huhu thanx zura... seyes nmpk ko dr jauh. ikutkn cam nk lepak sesama tp apakn daya.. kena maintain.. hehe
    *comotnya aku di dlm gmbar2 itu!

    *Alianis - thanx =)

    ReplyDelete
  4. zai..biasela..name pn Raja Sehari..mane ble duduk lepak dgn rakyat biase..hehehehe..

    ReplyDelete