Sunday, July 4, 2010

* bujang kembali *

Assalamualaikum....
Salam Hujung Minggu...!


HAI, teruja pulak nak menaip. Maklumlah, perut dah kenyang *terima kasih McD*. Ni semua gara2 Sha, dia yang sebut2 pasal McD semalam, jadi celik je mata memang otak aku dah set nak makan benda tu hari ni. Ok tak apalah, janji perut dah tak kosong. Otak pun dah tak bengong. Hehehehehe..

JAM lapan malam semalam, bertempat di Danga City Mall, staf Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB menggedik untuk adakan perlawanan bowling. Ni bukan lawan suka2. Tapi Dr Zana *our bosssss* siap sediakan hadiah. Hah, pening kepala tengok hadiah yang siap dengan kategori. Sungguh psycho!

GEMBIRA tu memang lah. Walaupun main tak sehebat mana, tapi masing2 tak mahu kalah nak tunjukkan skill yang ada. Yang kononnya dah 20 tahun tak main pun tak kurang hebatnya. Bola bowling dijunjungnya atas kepala. Tak kira pulak pasal mereka yang kata tak pernah main langsung. Hah, sekalai hayun, ala2 berus baju dan giling cili gitu..*syabas Kak Ella*. Ada pulak yang dapat skill berkat bawa kereta manual. Skill tukar gear namanya *hebat kau Kak Liana*

MENANG kalah jatuh nombor 3. Yang penting enjoy. Bukan senang nak tengok semua warga Blood Bank turun dengan anak bini *kecuali aku la yang kekal solo*. Walaupun ada yang tak main, tapi kehadiran mereka dengan suami/isteri dan anak2 memeriahkan suasana *ni bukan ayat bodek tapi berdasarkan pemerhatian*

LAST sekali, lepas semua hadiah diserahkan ke tangan yang berhak, sesi bergambar2 menjadi penamat cerita. Haruslah bergambarkan. Kalau tak, Facebook tak ada fungsi. Kekekekekekeke~ Oh, lupe. SELAMAT HARI JADI Kak Liana! Semoga nyanyian koir kami di sana semalam tersemat dalam ingatan sampai bila2.

Jom layan pix yang tak berapa nak clear ni...


*amik mood. Kot2 boleh bawa balik Piala Berpusing ni*


*Dah lama tak main..test bola no 13. hehehehe....*


*AZ & Kak Liza..boleh menang ke? hehehehehehe*


*Sesi mengira markah*


*Muka pura2 gembira. Sebenarnya takut kalau2 dpt Juara Longkang. Kan??*


*Yelaaaa...layankan mood gembira ni ok*


*Khalish dan Kak Zura*


*Anak2 muda bergembira*


*Sesi nak umum pemenang. DupdapDupdap*


*Masih menunggu*


*Juara Longkang. Ingat senang nak score?*


*Yeaaah..ada pertambahan ahli lagi*


*Muka tak caya dapat Naib Juara*


*Oh Tuhan, betulkah?*


*Ini bukan mimpi, tapi realiti. TENGOK!*


*Merekalah JUARA. Tahniah!*


*Last posing sebelum balik*


*Inilah dia*

2 comments:

  1. tangan bedung??
    ape punye lawak name
    kuikuikui~~

    ReplyDelete
  2. hahahahah....ni sume suke2 je Intan. Nanti jom lawan. Tapi heri sangat teror ok!xmau lawan dengan dia.

    ReplyDelete