Thursday, July 1, 2010

* kaki jalan tak jejak tanah *

Assalamualaikum...
Salam Semua..


BEBERAPA hari aku 'menininggalkan diari' aku ni. Bukan jauh hati tapi kesuntukan masa untuk kami 'bercinta' setiap hari. Minggu ni minggu pertama aku naik kerja. Jadi banyaklah kerja tergendala yang perlu dan wajib disiapkan. Nak2 pulak esok (Jumaat) aku ada presentation. Hmmmm...Kenalah aku 'tinggalkan' kejap diari ni.

SEJAK Isnin lepas aku rasa penat sangat. Macam lelah pun ye. Mungkin disebabkan penat yang tak hilang lagi. Tapi rasa tu memang buat aku tak selesa. Nak siapkan kerja pun rasa tak ada mood je. Tapi terpaksalah lawan sebab kalau dibiarkan mesti menyusahkan aku jugak. Kan?

PETANG
tadi, mak Melaka call. Rasa bersalah pulak sebab sepatutnya aku yang call dia, bertanya khabar..*apa nak jadi la aku ni?* Risau. Banyak kali tanya pasal pertukaran aku. Banyak kali tanya aku ok ke tak. Banyak kali tanya aku dah makan ke belum. Hai mak, marilah kita sama2 doa semoga semuanya dipermudahkan. *Tiba2 rasa rindu nak balik Melaka*

MALAM ni nak tidur awal. Malas nak stay up sampai jauh malam. Sebenarnya sejak Isnin lepas aku tunggu mood untuk menulis. Dah dua minggu lebih aku tak ada idea dan keinginan nak menulis. Apa agaknya yang Qaleeda tengah fikir? Boleh ke Naemaa hidup sendiri? Pandai ke dia berdikari? Entah, semuanya masih tergantung. Harapan aku, semoga mereka dapat apa yang diimpikan. Persoalannya, boleh ke kalau takdir mereka dah ditentukan?

ALAHAI, tiba2 terpandangkan pendrive ni. Menyirap pulak darah. Semalam 'otak kedua' aku ni betul2 berjaya buat jantung aku berhenti berdegup. Apa taknya, SEMUA yang ada dalam tu hilang sekelip mata!! Slide presentation, gambar2, teks, statistik 2007 - 2010 hilang! Aku sangat bengang ok!!!


*Rindu*

2 comments:

  1. kak, mebi die hidden kot
    try tgk hidden file

    ehem ehem rindu mak melaka yerr
    abg kL rindu x?
    hahaha
    larikkkkk!

    ReplyDelete
  2. alaaa intan, buatpe nk lari?meh diri dekat akak meh...hehehehehe

    rindu semuanye intan.MUAR-MELAKA-KL, semua akak rindu!

    hah, bercakap psl pndrive tu, mmg akak da cek, hidden file pon xde.geram btol. tp nnti nk try bukak+tgk lagi..sgt sedey ok!

    ReplyDelete