Sunday, January 23, 2011

*janganlah sakit..saya risau*

Assalamualaikum...

BARU beberapa jam tadi sampai JB. Biasanya akan terasa kepenatan. Tapi hari ni, sepanjang perjalanan, otak dan badan tak sehaluan. Kalau ikutkan perancangan awal, sampai je JB, nak keluar dengan Kotot. Tapi cancel. Sebab aku langsung tak de mood. Risau. Sedih. Rasa nak patah balik KL pun ye jugak.

APA taknya, sejak semalam Cinta Hati Saya tak sihat. Demam dek kerana keracunan makanan. Ikutkan hati memang nak ambil cuti panjang tapi keadaan tak mengizinkan. Lagipun, cuti yang berbaki perlu disimpan untuk sesuatu yang lebih penting nanti.

JAM 1.00 pagi semalam kami bergegas ke klinik. Mula2 jalan kaki sebab klinik sebelah rumah je. Tapi klinik yang disangka beroperasi 24 jam rupa2nya tutup menjelang malam minggu. Hampa. Lagi bertambah risau bila tengok muka suami dah keletihan. Dia mengadu sakit dada dan susah bernafas. Aku sangat cuak.

DIA yang aku kenal, tak akan mudah ke klinik kalau tak betul2 sakit. So semalam dia sendiri yang offer diri untuk ke klinik. Maknanya memang dia betul2 sakit. Disebabkan aku tak sabar nak tunggu siang, aku paksa juga dia ke klinik berhampiran Sunway Pyramid. Syukur ada dua buah klinik yang beroperasi 24 jam. Tapi parking sangat bermasalah. Malam minggu..Sabar aje la..

MUJUR tak ramai orang. Hanya seorang mak cik yang semput dan juga kami. Sementara nak tunggu turn tu, suami aku tak henti mengadu sakit dada. Ya Allah, masa ni aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Nak menangis tapi terngiang2 di telinga aku ayat yang selalu dia ucapkan pada aku..."sayang saya kan kuat". Ya, aku kuat! Aku tarik nafas dalam2. Tak terkata apa2.

LEPAS keluar dari klinik, dia sempat ajak aku ronda2 kat area Sunway. Aku tengok muka dia sedikit ceria. Mungkin dia tak nak aku risau. Walaupun dia cakap dia dah ok, tapi aku takut sangat. Ronda2 pun tak lama. Perut dia pun belum baik sepenuhnya.

PAGI tadi, sakit dadanya dah kurang. Cuma katanya kadang2 terasa ngilu bila nak tarik dan hembus nafas. Melihat keadaan dia yang bersemangat sediakan sarapan pagi kami, aku agak yakin dan senang hati dengan kesihatan dia. Harap sangat semuanya kembali normal. Haiii...lambatnya nak bulan Februari.

2 comments: